Wednesday, March 19, 2008

Teroka khazanah al Quran untuk kemerlangan ummah - Exco

"umar faruqi" faruqi03@yahoo.com

Teroka khazanah al Quran untuk kemerlangan ummah - Exco
Muhammad Yusri Amin
Wed | Mar 19, 08 | 3:24:55 pm MYT


KOTA BHARU, 19 Mac (Hrkh) � Umat Islam disaran meneroka khazanah ilmu terkandung dalam al-Quran bagi mencapai kecemerlangan dan kegemilangan yang seimbang di dunia dan akhirat.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri, Ustaz Mohd Amar Abdullah berkata, langkah itu diharap mampu membuka minda umat Islam supaya lebih bersikap proaktif.

�Ini kerana teras kekuatan ummah bagi melahirkan umat Islam yang lebih berkualiti dengan berpegang teguh kepada ajaran al-Quran dan Hadis.

�Langkah ini selari dengan manifestasi kerajaan negeri menjadikan al-Quran sebagai panduan dan petunjuk sepanjang zaman,

� katanya ketika merasmikan Majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Kelantan 1429 Hijrah di Balai Islam, Lundang baru-baru ini.

Menurutnya al-Quran sebagai qalam Allah mampu mendorong dan menyemarakkan semangat umat Islam supaya mencintai, menghayati serta mengamalkan ajaran Islam dalam kehidupan.

Selain itu katanya, mempelajari al-Quran secara menghafaz merupakan usaha berasaskan Sunnah Rasulullah saw.

�Menjadi pemangkin kepada generasi muda mempelajari bidang hafazan al-Quran bagi melahirkan huffaz berkualiti yang akan menjadi tulang belakang membina dan mengawal kesahihan al-Quran,� ujarnya.

Terdahulu, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan, Haji Abdul Aziz Abdul Rahman berkata, al-Quran menjadi petunjuk kepada kehidupan manusia.

Beliau berkata, kekuatan umat Islam pada masa dahulu tidak hanya sekadar menjadi huffaz yang faham ilmu qiraati sebaliknya memahami maksud tersirat dalam al-Quran sebagai sumber berfikir.

�Akhlak adalah risalah kenabian utama di mana apabila baginda Rasulullah menjiwai al-Quran, maka perkataannya, perbuatannya, jihad, amalan, dakwah dan tarbiah mendokong risalah Qurani.

�Keruntuhan moral remaja hari ini akan dapat diubati dengan mengembalikan mereka kepada pendidikan al-Quran,� katanya. - mj



*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: