Sunday, March 2, 2008

'Terimalah padahnya' jika tolak MIC / 50 Tahun, Korupsi, Penyelewengan dan Jenayah

(SABTU HARI KUNING! / YELLOW SATURDAYS!)
(Cetak dan Sebarkan Berita Kepada Rakyat!)



Detikdaily
'Terimalah padahnya' jika tolak MIC
Posted on Thursday, February 28 @ 22:48:13 EST by reformis
Berita MIC hari menyiarkan siri iklan kedua dengan nada amaran "jika ada tidak mengundi MIC, terimalah padahnya", khusus untuk pengundi atasan masyarakat India itu.

Iklan sehalaman penuh berbunyi, antara lain, pengundi India akan "kacau bilau" jika menyokong PAS dengan membandingkan keadaan di Kelantan yang kini ditadbir parti Islam itu.

"Undi PAS dan lihat apa yang pada Kelantan. Begitulah nasib kawasan anda lima tahun akan datang.

"Jika anda fikir anda tidak maju bersama MIC, jadi fikirkanlah bagaimana kacau bilau kehidupan anda bawah pentadbiran PAS," iklan itu, dalam huruf besar berwarna merah, dipetik.

Ia dimuatkan antaranya di akhbar-akhbar The Star dan New Straits Times hari ini. Iklan itu pertama kali muncul semalam di dua akhbar tersebut.

Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu semalam berkata parti itu akan memuatkan empat siri iklan untuk kelas atasan komuniti itu yang tidak membaca akhbar berbahasa Tamil.

Iklan hari ini juga menyebut, jika pengundi tidak memilih calon MIC, anak-anak mereka akan terjejas peluang untuk menghayati bahasa Tamil, agama Hindu dan pendidikan.

Ia juga menyatakan sokongan kepada pembangkang hanya bermakna "undi untuk kata-kata manis" sahaja tanpa tindakan nyata.

"Undi utuk MIC satu undi positif untuk tindakan dan penyelesaian. Setiap orang India masuk tidur setiap hari dengan menyedari MIC ada sebagai rakan 'yang tidak nampak' dan boleh membantu," iklan itu dipetik.


Samy Vellu the desperado... .


50 Tahun, Korupsi, Penyelewengan dan Jenayah

Kuala Lumpur, 29 Feb � �Selama 50 tahun Umno-BN memerintah negara ini, korupsi serta rompakan kekayaan negara oleh segelintir pemimpin kerajaan serta suku-sakat mereka bertambah, penyelewengan serta pembaziran meluas, harga barang keperluan melambung, hidup rakyat biasa semakin susah dan jenayah meningkat.�

Demikian kata Timbalan Presiden KeADILan Dr. Syed Husin Ali dalam satu kenyataan media hari ini.

Mengikut beliau, janjian Abdullah Badawi dalam pilihanraya 2004 untuk menghapuskan korupsi masih tidak dilaksanakan. Manifesto Bn 2008 yang dilancarkan minggu lepas pula mengulangi semula janji yang sama.

Abdullah juga telah berjanji tidak akan melaksanakan projek-projek mega yang membazir serta mengakibatkan pembaziran.

�Tetapi sekarang beliau merancang projek-projek koridor yang lebih mahal daripada projek-projek mega di zaman Mahathir, untuk memudahkan lagi keluarga serta kroninya merompak kekayaan negara. Sebaliknya keadaan golongan miskin dan berpendapatan rendah dari semua kaum tidak terbela sepenuhnya� kata Dr. Syed.

�Beliau menyebarkan Islam Hadari konon untuk membina masyrakat beragama serta tinggi akhlak, tetapi di bawah Abdullah Badawi kadar jenayah meningkat paling tinggi, hampir 50 peratus, dan akhlak/moral di kalangan pimpinan Umno yang korup serta anak-anak muda yang tidak mendapat panduan baik bertambah teruk.�

Syed Husin berkata, perubahan besar perlu dilakukan dengan berundi.

�Umno-BN sudah diberi peluang bereksperimen selama 50 tahun. Dalam empat tahun terakhir di bawah Abdullah Badawi eksperimennya mengakibatkan keadaan Negara dan nasib rakyat semakin parah.�

Syed Husin menyeru untuk parti-parti pembangkang diberi peluang satu penggal untuk membuktikan kebolehan mereka dan membersihkan segala kekotoran yang dibawa oleh Umno-BN selama ini.



HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov. himpunan. info/
Lawati laman Bersih di http://bersih. org/


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: