Tuesday, March 18, 2008

Terengganu cipta rekod tiada MB selepas 10 hari pilihan raya

"umar faruqi" faruqi03@yahoo.com

Terengganu cipta rekod tiada MB selepas 10 hari pilihan raya
Posted on Tuesday, March 18 @ 11:04:54 MYT by greenboc
Analisis Isu Oleh kelantankini


"a
BILA upacara angkat sumpah jawatan Menteri Besar Terengganu akan berlangsung masih samar-samar dan tiada petunjuk ia akan diadakan hari ini. Sebelum ini majlis itu dikatakan akan berlangsung Selasa lepas, tetapi sehingga lewat petang semalam tiada pihak dapat mengesahkan tarikhnya.



Malah, Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Idris Jusoh yang disebut-sebut akan meneruskan khidmatnya sebagai Menteri Besar mempunyai jadual yang agak padat hari ini sekali gus memberi petanda bahawa tiada upacara angkat sumpah jawatan akan berlangsung.

Mengikut jadual Idris yang diedarkan kepada media melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) Setiausaha Akhbarnya, Sajulia Ahmad, Idris akan mengunjungi seorang pelajar cemerlang Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) di Mengabang Telong di sini pukul 10 pagi.

Pada pukul 5 petang pula, Idris dijadualkan menziarah seorang petugas BN yang didakwa kononnya dicederakan penyokong pembangkang di Bukit Sawa, Marang.

Jika upacara angkat sumpah masih tidak diadakan hari ini, bermakna Terengganu merupakan satu-satunya negeri yang masih belum mempunyai Menteri Besar selepas sepuluh hari Pilihan Raya Umum Ke-12 berakhir.

Sehingga pukul 6.30 petang semalam tiada petunjuk jelas mengenai persediaan bagi mengadakan majlis itu.

Semua pihak yang dihubungi enggan mengulas mengenai perkara itu dan meminta pihak media menunggu sehingga pengumuman dibuat oleh pihak istana.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mokhtar Nong pula enggan menjawab sebarang soalan berkaitan dengan isu itu.

‘‘Yang itu saya tidak payah jawab, nanti awak tulis saya kata esok (upacara angkat sumpah), payah. Minta maaf saya tidak boleh jawab, bagi tahu begitu saja, saya tidak boleh cerita,” katanya.


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: