Friday, March 14, 2008

Teori Anwar Jadi PM Beberapa Bulan Lagi..

"Bukit Lintang" bukitlintang4@yahoo.co.uk

Teori Anwar Jadi PM Beberapa Bulan Lagi..
Posted on Wednesday, March 12 @ 07:22:05 MYT by SongkokPutih
Analisis Isu Oleh ibnuhasyim

"

 “BETUL ke ada teori Datuk Seri Anwar untuk jadi Perdana Menteri dalam beberapa bulan lagi?” Itulah antara yang ditanyai pada saya ekoran tulisan saya yang lepas.

“Ya.” Jawab saya. “Jumlah kerusi parlimen di Malaysia yang ditandingi berjumlah 222 kerusi. BN menang 140 kerusi. Pembangkang dapat sebanyak 82 kerusi (iaitu Kadilan 31, DAP 28 dan PAS 23). Untuk menjadikan pembangkang kuasai parlimen dan menukar PM sekarang kepada PM pembangkang, ialah melalui perlunya pembangkang dapat lebih kerusi dari BN.



Setakat ini, BN lebih 58 kerusi (iaitu 140 kerusi BN ditolak 82 kerusi pembangkang) dari pembangkang. Kalau pembangkang boleh dapatkan lebih separuh dari 58 kerusi tersebut , sekurang-kurangnya 30 kerusi BN di‘curi’ oleh pembangkang, menjadikan BN peroleh 110 dan pembangkang dapat 112 kerusi, barulah Pak Lah akan tersungkur dari kerusi PM. Itulah teorinya!”

“Curi??” Kawan saya itu macam terkejut..

“Ya. Saya sebut perkataan ‘curi’ kerana nak bezakan dengan perkataan ‘beli’, yang perlu gunakan wang.. Suatu hal selalu berlaku kepada wakil-wakil rakyat pembangkang yang lompat kepada parti pemerintah yang banyak wang … Sila teliti balik dalam sejarah pilihan raya di Malaysia. Dan saya juga bimbang dengan penubuhan kerajaan negeri Perak, yang kerusi pembangkang cuma lebih 3 kerusi saja, iaitu BN 28 kerusi dan pembangkang 31 kerusi (DAP 18, Keadilan 7 dan PAS 6). Saya bimbang kerana ini satu ujian besar kepada wakil-wakil rakyat pembangkang, kerana BN cuma perlu dapatkan 2 kerusi saja lagi, untuk tumbangkan kerajaan pembangkang di Perak. Harga kerusi mereka (pembangkang) terlalu mahal sekarang, apalagi maufakat antara pembangkang- pembangkang di Perak masih rapuh lagi! Jadi sebelum kerusi pembangkang di’curi’, pembangkang kena curi kerusi parlimen mereka dulu!! ”

“Ha.. itu bukan kerja mudah..” Dia masih ragu.

“Betul, itu bukan kerja mudah, tetapi saya yakin Dato’ Seri Anwar, Penasihat Keadilan itu mampu buat. Masih ramai lagi setiakawan-setiakaw an beliau ada dalam BN, terutamanya seperti di Sabah dan Serawak. DAP juga pun saya yakin mampu main peranan di kalangan kerusi-kerusi milik bukan Melayu dalam BN.”

“Tapi Dato’ Seri Anwar masih belum jadi ahli parlimen lagi?”

“Itu sebab saya sebut dua tiga bulan lagi. Bulan depan ‘edah pantang larang berpolitik’ yang dikenakan atas beliau akan tamat.. Beliau akan bertanding di Permatang Pauh (P.044) yang akan dikosongkan oleh isteri beliau Dr Wan Azizah. Kerusi yang menang dengan majoriti besar hari tu..”

“Jadi ada harapan le Anwar jadi PM…”

“Ya. Ada lagi satu teori bagaimana Anwar boleh jadi PM… Kita sambung lagi dalam sembang-sembang PRU 12 akan datang. Wallahu ‘aklam.

Catatan santai: ibnuhasyim. blogspot.com (e-mail: ibnuhasyim@ gmail.com) 11-03-08. KL.



*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: