Wednesday, March 19, 2008

Tahap kesihatan kaum India di Seremban membimbangkan

"Rozmal bin Malakan" rozmal@yahoo.com

Semua kaum di Malaysia ini yang memerlukan bantuan ,
haruslah dibantu. Jika tidak jurang perbezaan tahap
kehidupan akan mengundang pelbagai masalah sosial yang
lain.

Negeri Sembilan khususnya di sekitar Seremban
mempunyai begitu ramai kaum India. Ada di kalangan
mereka yang berjaya , menjadi professional serta
usahawam berjaya dan sebagainya.

Namun masih ramai lagi yang hidup dalam kemiskinan
walaupun tinggal di bandar atau pinggir bandar.

Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan
baru-baru ini telah menjalankan Program Khidmat
Kesihatan kepada penduduk di Kg Baru Kombok di Sg
Gadut yang majoritinya kaum India yang bekerja sebagai
pekerja estet.

Majoriti penduduknya mempunyai tahap kesihatan yang
kurang memuaskan. Ramai antara mereka yang menghidap
penyakit kencing manis dan penyakit kulit. Mungkin
disebabkan kurangnya pengetahuan tentang kesihatan dan
kurangnya kemampuan mereka untuk mendapatkan rawatan.

Ini diburukkan lagi dengan pendapatan mereka yang
tidak menentu sekarang ini apabila pokok getah
ditebang untuk penanaman semula.

Menyedari bahawa semua masyarakat di Malaysia ini
perlu dibantu tanpa mengenal batasan agama , kaum
serta umur maka Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri
Sembilan akan melakukan beberapa Program Khidmat
Kesihatan Percuma sekitar Seremban dan jika mendapat
sambutan dan sokongan yang menggalakkan akan
diperluaskan ke seluruh Negeri Sembilan.

Kepada mereka yang ingin memberikan sokongan untuk
program ini boleh hubungi Ketua Koordinator Program
Khidmat Kesihatan Pn Norwani 013-3851202 atau Sdr
Hakki 012-3660646

Rozmal http://waghih. blogspot. com
Yayasan Amal Malaysia http://www.amalmala ysia.net
Kelab AMAL NS http://amal- ns.blogspot. com
Institut Kajian Angkasa http://ikam- space.blogspot. com
Pusat Pendidikan As Saidiyyah http://puspa- ns.blogspot. com

*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: