Monday, March 31, 2008

Sultan Terengganu juga wajar Pecat Ketua Polis Terengganu, Datuk Ayub!!

"jaga jaga" jagajagala@yahoo.com.my

Sebelum hari penamaan calon saya telah menulis satu artikel agar Pas Terengganu berhati hati apabila Datuk Ismail Omar membuat satu lawatan mengejut ke Terengganu, mungkin bagi orang lain itu adalah perkara biasa bila seorang Timbalan Ketua Polis Negara membuat lawatan ke sesebuah negeri, bagi saya saya lebih risaukan andai Datuk Ismail Omar datang berbanding Musa Hassan. Ismail Omar yang saya sifatkan sebagai kejam dan licik ini menjadi “Mastermind “ untuk kerja kerja jahat Umno. Pelbagai tulisan telah saya ceritakan berkenaan Ismail Omar. Andai Ismail Omar masih lagi menjawat jawatan sebagai ketua Polis Selangor pada pilihan raya yang lepas jangan harap kita mampu menang di Selangor, lihatlah bagaimana keputusan di Ijok ketika Ismail Omar masih menjadi ketua Polis Selangor, nasiblah dia dibawa ke bukit aman setelah Datuk Ramli Yusuf digugurkan oleh team Musa Hassan.atas sebab itu kita jangan cepat bergembira kerana andai Datuk Ismail Omar menjadi ketua Polis Negara 1 tahun lagi, 5 Negeri Barisan rakyatpun mampu ditawan kembali regim Umno ini, kerana ia dilakukan oleh manusia bernama Ismail Omar.

Kita minta Pas Terengganu mendesak agar Datuk Ayub dipecat ataupun ditukar dari jawatannya sekarang ini sebagai ketua Polis Terengganu, kerana dia akan terus menerus menjadi barua kerajaan Pusat Umno dan pencetus ketidakstabilan dan ketidakamanan di Terengganu. Beberapa peristiwa penangkapan dan penggunaan peluru hidup untuk menembak orang yang hadir dalam sesi ceramah oleh Polis berlaku dibawah arahan Datuk Ayub. Malah dia masih setia dengan Idris Jusoh ketika tempoh peralihan kerajaan Terenggani, malah Polis membiarkan penyokong Idris Jusoh bermaharajalela diatas jalan raya berdemontrasi malah dengan menggunakan sepanduk menghina institusi Diraja, jadi adalah wajar agar Datuk Ayub juga didesak berundur!!

Dari awal tahun 2004 lagi setelah Umno menang di Terengganu polis dipergunakan Idris Jusoh, ataranya Polis dan Fru dikerah menghalau penduduk dari kampong bujal dan merobohkan rumah penduduk dan Masjid yang 70% siap. Manakala dalam satu majlis agama disebuah Masjid batu 6 , jemaah disembur gas pemedih mata kedalam Masjid dimana Tuan Guru Haji Hadi antara yang menjadi mangsa serangan . Polis yang bertanggung jawab iaitu ketua unit Khas cawangan Khas Terengganu tidak lama selepas itu terbunuh dalam satu kemalangan jalanraya bersama ahli keluarganya apabila berlanggar dengan sebuah lori, dan mayatnya dibawa pulang ke Gopeng Perak untuk dikebumikan dan ketika itu ketua Polis Negara turun dengan Helikopter untuk menghadiri majlis pengekebumian mayat bekas Ketua Cawangan Khas Umno Terengganu tersebut. Dalam Talqin itu yang kebetulannya adalah jemaah kita telah secara terang menegur kepada semua orang yang hadir jangan berlaku zalim kepada Islam.maka bersedialah dengan pembalasan tuhan.Namun itu belum cukup bagi juak juak Polis di Bukit Aman ini berasa Insaf walaupun ketika itu Ketua Polis Negara Bakri Omar agak sedikit kendur menyerang aktiviti PAS sehinggalah datangnya Datuk Ayub ke terengganu untuk menjalankan kerja kerja Khas Umno.

Saya meminta jangan kita jemaah PAS leka dengan kemenangan ini , kerana Polis , badan kehakiman, BPR ,SPR dan Jabatan Peguam Negara masih dibawah kekuasaan Umno. Tumpuan kita agar alat kerajaan ini dapat di “reformasi” secepat mungkin. Gunakan kuasa rakyat agar perubahan dapat membersihkan kekotoran dalam regim Paklah.

Ingat.. perjalanan perjuangan kita masih jauh, lakukan reformasi total..!! jangan cepat berasa gembira kerana sistem negara masih Korup!! guna taktikal strategik melumpuhkan alat regim Umno.


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: