Monday, March 3, 2008

Stadium Juara kosong di majlis PM / sambutan hebat di Putrajaya

(SABTU HARI KUNING! / YELLOW SATURDAYS!)
(Cetak dan Sebarkan Berita Kepada Rakyat!)



SIASAH

Stadium Juara kosong di majlis PM

KUALA LUMPUR, 3 Mac: Walaupun pihak penganjur mensasarkan 5,000 orang yang bakal hadir tetapi ternyata di dalam dewan hanya kira-kira 2,220 orang sahaja. Banyak kerusi kosong. Bas juga disediakan untuk mereka yang tinggal di luar Kuala Lumpur.

Demikian apa yang berlaku di majlis anak perantau Kelantan bersama PM di Stadium Juara semalam.

Jika dilihat kepada kehadiran itu ia menunjukkan majlis malam tadi tidak berjaya dan mengecewakan penganjur. Apa lagi jika diambil kira majlis itu dihoskan sendiri oleh seorang Perdana Menteri. Dalam keadaan sekarang tidak seharusnya majlis dihadiri Perdana Menteri terdapat kerusi kosong.


Angka tidak rasmi jumlah anak-anak Kelantan yang berada di Kuala Lumpur dan Selangor ialah kira-kira 400 ribu. Jika 10% daripada mereka merupakan pengundi di Kelantan bermakna yang hadir semalam tidak sampai 0.01 %.


Mungkin menyedari kehadirannya kurang, Setiausaha MKK Suhaimi Yaacok ketika berpapasan dengannya membisikan kepada saya; majlis ini dirancangkan tiga hari saja.

Berdasarkan kepada apa yang berlaku malam tadi kalau Umno mengharapkan pengundi Kelantan di Kuala Lumpur untuk menjatuhkan Pas bagi membina Kelantan baru, harapan itu sia-sia saja.

"Kalaulah setara ni, nampakannya tak jadi apa.. tak pecah keberas!" begitulah komen salah seorang yang hadir yang mengakui dia hadir kerana ingin makan dan dengan dikir barat.




Tuan Guru Nik Aziz dapat sambutan hebat di Putrajaya
Salmiyah Harun | Foto Wan Zahari Wan Salleh
Sun | Mar 02, 08 | 8:31:17 pm MYT
PUTRAJAYA, 2 Mac (Hrkh) - Kehadiran Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat disambut hebat kira-kira 4,000 penduduk Putrajaya di Dewan Besar kompleks serbaguna Presint 9, petang tadi.
ImageTuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan, yang tiba di Putrajaya kira-kira jam 6.45 petang tidak menghampakan penduduknya biarpun beliau hanya sempat meluangkan masa selama kira-kira 15 minit.

Beliau tiba dari Kelantan untuk menghadiri program bersama anak-anak Kelantan di perantauan (Perakan) di Hotel Nikko, Jalan Ampang, Kuala Lumpur malam ini.

Tidak menghampakan rakyat, Tuan Guru Nik Aziz terus menuju ke Putrajaya bagi memenuhi permintaan pengundi-pengundi Putrajaya untuk mendengar amanat beliau sendiri.

Biarpun hujan lebat turun, para pengundi tidak berganjak malahan mereka terus memenuhi ruang di dalam dewan tersebut.

Memandangkan dewan yang hanya boleh memuatkan 1,000 orang, pihak penganjur menyediakan skrin besar di luar dewan.

Di akhir ucapan Tuan Guru meminta rakyat Kelantan yang mengundi di negerinya agar jangan lupa balik pada hari mengundi, 8 Mac ini.

"Semua rakyat Kelantan pakat balik mengundi pangkah bulan," katanya yang diikuti takbir daripada orang ramai.

ImageCalon PAS Putrajaya, Mohamad Nor Mohamad ketika ditemui, berkata walaupun Tuan Guru hanya sempat berucap pendek, bagaimanapun itu sudah memadai dan memberi kesan kepada penduduk.

"15 minit beliau berucap dah cukup, penduduk Putrajaya hanya nak tengok Tok Guru saja, orang yang sentiasa difitnah oleh media arus perdana," katanya.

Mohamad Nor juga percaya pengundi yang hadir pada petang ini adalah di kalangan penduduk Putrajaya dan berharap apa yang disampaikan Tuan Guru Nik Aziz melekat di hati mereka.

Menurut penganjur program Ceramah Perdana itu dipancarkan secara langsung ke seluruh dunia melalui laman web.

P.125 Parlimen Putrajaya menyaksikan satu lawan satu antara Mohamad Nor Mohamad (PAS) dengan Dato' Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (BN), BN yang menang majoriti pada 2004 dengan KeADILan sebanyak 3,546 undi.

Di Presint 9 mempunyai 3,000 pengundi yang majoritinya di kalangan orang Melayu Islam. - mr/mks




*** - ***
JANGAN LUPA: HARI SABTU PAKAI KUNING!
Link Baru
webtv8 di http://wtv8. tv/v2/ tvpas di http://www.tvpas. com/

*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: