Friday, March 7, 2008

SPR hakis keyakinan pelabur / RM20 billion general election

(SABTU HARI KUNING! / YELLOW SATURDAYS!)
(Cetak dan Sebarkan Berita Kepada Rakyat!)



Pengumuman SPR hakis keyakinan pelabur pada kerajaan BN
KUALA LUMPUR, 6 Mac (Hrkh)- Pasaran saham negara dikejutkan dengan kajatuhan mendadak indeks komposit Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) sebanyak 33.79 mata atau 2.57 peratus dan dijangakakan akan terus menjunam pada hari ini.

Kejatuhan indeks pasaran saham Malaysia itu membuktikan para pelabur asing telah hilang kepercayaan dan keyakinan kepada kerajaan BN, demikian menurut Setiausaha Akhbar Presiden PAS, Roslan Shahir Mohd Shahir.

Menurutnya, kejatuhan mendadak pasaran saham negara itu adalah berkait rapat dengan ketidakyakinan pelabur asing terhadap senario politik semasa Malaysia.

Dari maklumat yang diterima, kata Roslan, salah satu faktor utama kejatuhan saham BSKL disebabkan pengumuman SPR tentang pembatalan dakwat kekal semasa mengundi.

"Ini membuktikan pengumuman tersebut telah menghakis keyakinan rakyat dan para pelabur asing terhadap ketelusan proses pilihan raya dalam negara, seterusnya mengancam sistem demokrasi yang diamalkan dalam negara," katanya.

Menurut salah seorang penganalisa saham yang dihubungi beliau, sesungguhnya peranan menafikan 2/3 majoriti BN di parlimen penting demi mengembalikan keyakinan itu di kalangan rakyat dan pelabur asing.

Beliau juga juga membidas kenyataan Timbalan Presiden Umno dengan memberikan 2/3 majoriti kepada BN, ia akan menstabilkan ekonomi negara.

"Rupa-rupanya terbukti semalam, indeks BSKL menjunam, tindakan membatalkan dakwat kekal 8 mac ini jelas menghakis keyakinan para pelabur asing terhadap ketelusan sistem pilihan raya negara," katanya.

Justeru tegasnya, tidak ada jalan lain untuk rakyat mengembalikan keyakinan kepada pelabur asing melainkan rakyat sendiri bertindak menafikan 2/3 majoriti BN pada 8 mac nanti.

Pengarah Pilihan Raya PAS Dato' Mustaffa Ali yang sepatutnya memberi sidang media pada hari ini tidak dapat menghadirkan diri kerana memberi komitmen kepada aktiviti berkempen, bagaimanapun Calon PAS Kuala Terengganu Mohammad Sabu menggantikan beliau. Turut sama, Setiausaha Dewan Pemuda PAS Sabkhi Yusuf. - mns




ROCKY'S BRU

RM20 billion general election

Blogger's take. Blogzine www.republikkita. blogspot. com wanted my views on the 12th general election. I had just arrived in Kota Bharu via the East-West (pic) from Jerlun, Kedah. It was the night of the day the EC left a big black blot on this election with its illogical reversal on the use of the indelible ink. I hadn't had a shower. I said I felt this GE was "the dirtiest election ever".

The RM20 billion figure is talk you hear on the road. I am sometimes wrong. I said Kelantan will remain in Pas' hands. I am sometimes right.

Read Zulfikar Samsuri's posting on the interview with me, here.



HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov. himpunan. info/
Lawati laman Bersih di http://bersih. org/


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: