Thursday, March 6, 2008

Solat Subuh Bekalan Terakhir / Polis merekod kenyataan saya



PAS Johor Bahru
Kepada semua petugas parti, syabas saya ucapkan melihatkan kegigihan anda untuk melihat perubahan, dalam PRU ini. Syabas diucapkan kepada petugas yang bersengkang mata siang dan malam. Moga Allah merahmati kamu semua.


Kegigihan tuan/puan amat menakutkan & menggerunkan pihak lawan, menyebabkan mereka tidak senang duduk dan terpaksa menggunakan t.v, radio, suratkhabar, penyanyi, angkasawan, pelakon, tinggal lagi mereka tak berkempen dalam panggung jer......

Nampak riak muka pemimpin tertinggi begitu keletihan, intonasi suara tak tentu terkadang perkara tak penting tiba-tiba suara naik tinggi. Orang yang mendengar pun tak ramai sebab dah tahu apa mereka nak cakap... modal insan, keamanan, kecekapan mereka memerintah, dan macam macam lagi.

Bagi mereka yang dengar mereka buat tak pot dalam erti kata lain... lantaklah kau labu.

Namun dalam kita berjuang ini ada satu lagi yang saya amat-amat ingin beritahu para petugas SOLAT SUBUH JANGAN LAH TERTINGGAL. Saya amat khuatir jika ini berlaku.

Marilah kita berjuang sambil dalam ertikata ALLAH Sentiasa menyayangi kita.

Untuk petugas pilihanraya: -

i) Buatlah Solat Sunat Hajat sebelum hari mengundi
ii) Sentiasa ingat Allah
iii) Ambil wudhu
iv) Membaca Fatihah, 3 Qul
v) Berdoa kepada Allah
vi) Doa agar Allah mencampakkan persaan takut apabila mereka memandang kita
vii) Doa agar Allah melindungi kawasan mengundi agar jin, syaitan termasuk pengundi hantu tidak dapat masuk dan takut untuk masuk.

Selamat melakukan perubahan... Jadikan bulan Mac Hari terakhir kita membayar TOL & Membayar minyak dengan harga Mahal....

Wassalam

Sumber : Jundullah - BuahBeluluk



Roslan SMS Corner

Polis merekod kenyataan saya

Kira-kira jam 4.00 petang tadi saya dikunjungi oleh 3 orang pegawai polis berpangkat ASP dari Bukit Aman. Kehadiran mereka adalah untuk merekodkan kenyataan saya yang kononnya menyatakan bahawa “PAS sedia guna kekerasan” sebagaimana yang terbit dalam muka hadapan akhbar Berita Harian semalam.

Saya dan rakan-rakan sudah mula menjangkakan yang pihak Bukit Aman akan hadir kerana pagi tadi kami difahamkan yang pemberita Berita Harian yang berkenaan telah dipanggil ke Bukit Aman untuk direkodkan kenyataan beliau.

Saya difahamkan siasatan terhadap saya dibuat ekoran satu aduan yang dibuat di Terengganu.
Inilah suasana demokrasi di Malaysia hari ini. Bukan hanya pihak pembangkang disekat dari mendapat liputan di media arus perdana, kempen ceramah memerlukan permit jika tidak ia akan dileraikan walaupun dalam musim pilihan raya. Kebebasan bersuara dan mengeluarkan pendapatan sudah dikira mengancam keselamatan negara kiranya terbit dari pihak pembangkang.

Saya memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pegawai-pegawai berkenaan yang saya sedar sekadar menjalankan tugas masing-masing. Saya nyatakan apa yang sebenarnya berlaku tanpa sedikit pun berselindung atau cuba menyembunyikan sesuatu. Saya berlapang dada dan menyerahkan segala-galanya kepada Allah swt. Apa pun saya yakin hasil dari pendedahan PAS dari hari ke hari, kini semua pihak semakin berhati-hati dan memberi perhatian ke atas kenyataan PAS itu.

PAS tidak akan memulaukan pilihan raya, PAS akan terus bekerja kuat dan bertanding 8 haribulan ini dengan harapan lonjakkan sokongan pelbagai kaum kali ini, termasuklah undi simpati dari rakyat yang melihat dengan mata kepala mereka sendiri betapa rakus dan zalimnya BN terhadap parti-parti lain yang bertanding, akan menjadi tsunami besar yang akan memukul dan merobohkan tembok angkuh yang dibina oleh BN itu.



*** - ***
JANGAN LUPA: HARI SABTU PAKAI KUNING!
Link Baru
webtv8 di http://wtv8. tv/v2/ tvpas di http://www.tvpas. com/

*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: