Sunday, March 23, 2008

SIAPA YANG LEBIH BIADAP ........?????

"onn abubakar" onnabubakar@gmail.com

Tindakan jika Ahmad angkat sumpah MB
Mar 22, 08 11:26pm
Kemelut isu pelantikan menteri besar Terengganu berlarutan apabila Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) dan Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata Datuk Ahmad Said akan berhadapan dengan tindakan disiplin Umno dan "menanggung akibat" jika beliau menerima pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan menteri besar esok.

Sambil mengingatkan Ahmad, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijal, supaya mematuhi peraturan parti, beliau berkata Ahmad sepatutnya meletakkan kepentingan parti terlebih dahulu dan bukan dirinya.

Tengku Adnan berkata Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, yang juga Presiden Umno, telah mengeluarkan suratcara pelantikan kepada Datuk Seri
Idris Jusoh sebagai Menteri Besar dan adalah tidak betul bagi Ahmad untuk mengangkat sumpah jawatan itu.

Pejabat Sultan Terengganu hari ini mengumumkan Ahmad, 51, akan memegang jawatan Menteri Besar dan mengangkat sumpah jawatan di Istana Tamu pagi esok.

Berikutan pengumuman itu, kesemua 23 Adun BN Terengganu dalam satu sidang akhbar memberi amaran memboikot majlis angkat sumpah jawatan Menteri Besar esok
atas alasan tidak menyokong calon lain selain Idris sebagai Menteri Besar.

Bernama memetik Tengku Adnan sebagai berkata: "Kami semua adalah anggota komponen BN dan UMNO. Oleh itu, adalah perlu bagi semua anggota untuk mematuhi keputusan yang diambil oleh pucuk pimpinan. Tidak kiralah apa hasilnya tetapi sekali keputusan telah dibuat, ia mesti dipatuhi semua anggota."

Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan apakah bentuk tindakan disiplin yang akan diambil terhadap Ahmad, jika beliau terus menerima pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan esok.

Dalam perkembangan lain, Tengku Adnan berkata Abdullah telah mengadakan pertemuan dengan pemimpin UMNO negeri di Seri Perdana mulai semalam untuk mendengar sendiri daripada mereka mengapa BN kalah di lima negeri pada pilihanraya umum 8 Mac lepas.

Semalam, Perdana Menteri menemui pemimpin dari Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka manakala hari ini, giliran pemimpin dari Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Terengganu.

"Ia adalah suatu bentuk sesi penjelasan. Terdapat juga sesi soal jawab. Selepas ini, kami akan mengadakan pertemuan antara mereka dengan Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) dan diikuti pertemuan dengan Naib-naib Presiden Umno," kata Tengku Adnan.


Probable Source: Malaysiakini
*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: