Monday, March 17, 2008

Siapa pengkhianat Melayu?

"Ummu Waheedah" assakynah@yahoo.com

Siapa pengkhianat Melayu?
Posted on Sunday, March 16 @ 21:23:06 MYT by SongkokPutih
Komentar Oleh Rosly Yusof

 Setelah gagal dalam Projek Tanjung 1 hingga ke projek Tanjung 3 DAP melangkah ke pilihan raya 2004 ini tanpa pengharapan untuk menerajui kerajaan negeri Pulau Pinang. Mimpi untuk menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang mungkin hanya pada Penasihat Parti DAP sewaktu beliau menjadi setiausaha agung parti tesebut suatu ketika dulu tetapi mungkin tidak bagi anaknya Lim Guan Eng.

Dalam kenyataan-kenyataan nya sebelum pilihan raya setiausaha agung DAP ini tidak pernah membayangkan DAP akan menguasai negeri Pulau Pinang. Apa lagi jika di lihat sikap pengundi cina di Pulau Pinang yang membuat pecahan undi yang cukup ketara bagi kerusi parlimen dan DUN pada setiap kali pilihan raya. Sebagai contoh dapat kita ambil satu keputusan pilihan raya 2004 di parlimen Bukit Mertajam di mana calon DAP memperolehi hampir 9,000 majority tetapi sekiranya di bandingkan ketiga-tiga DUN di Parlimen Bukit mertajam BN memperolehi majority hampir 10ribu undi.

Begitu juga di parlimen Bagan, Tanjong, dan Bukit Gelugor. Dari kenyataan inilah DAP tidak pernah untuk menaruh harapan untuk menjadi penguasa di Negeri Pulau Mutiara ini.. Guan Eng dalam satu kenyataannya sebelum pilihan raya berkata BN sudah pasti akan terus menang tetapi apa yang di harapkan janganlah terjadi Tsunami BN sehingga BN menyapu semua kerusi. Namun tsunami politik yang di bimbangi Guan Eng itu bukanya melanda pembangkang tetapi menghanyutkan terus MCA,Gerakan dan MIC di Pulau Pinang . Inilah kenyataannya.

UMNO Pulau Pinang tonggak atau tunggul?

Tun Dr Mahathir dalam satu lawatannya di Pulau Pinang sebelum bersara dari jawatan Perdana Menteri berkata keadaan hidup orang melayu Pulau Pinang seperti zaman perang Jepun. Melayu Pulau Pinang hanya berbangga dengan bagunan yang tinggi melayut di depan mata mereka sedangkan mereka sama ada sedar atau tidak di sebalik pembangunan itulah terselit kedaifan melayu Pulau Pinang. Inilah mentality melayu Pulau Pinang khususnya mereka yang tinggal di sebelah pulau. UMNO dulu kini dan selamanya telah mengkhianati melayu Pulau Pinang. Ketika Gerakan yang yang pada suatu ketika dahulu menjadi parti pembangkang berjaya menakluki negeri Pulau Pinang, UMNo masih teguh berdiri, Yang hilang adalah kerusi MCA dan begitu juga Ketika Gerakan dan MCA hilang banyak kerusi pada pilihan raya 1990 umno masih kekal berdiri dengan semua kerusi UMNO tidak hilang Kesimpulannya orang melayu terus setia kepada UMNO walaupun sejarah telah menunjukan orang cina sudah 3 kali membuat perubahan politik di negeri Pulau Pinang. Persoalannya benarkah suara melayu di Pulau Pinang telah hilang setelah DAP menjadi Ketua Menterinya. Kenapa sekarang baru timbulkan perkara ini? Setelah 50 tahun di kuasai MCA dan kemudiannya Gerakan baru sekarang terasa melayu akan di pinggirkan.

UMNO Pulau Pinang dan ketuanan melayu.

Ini sajalah modal umno untuk terus menipu orang melayu. UMNO sememangnya juara dalam isu perkauman. Bagi orang melayu Pulau Pinang(Bukan semua) hanya umno lah satu-satunya tempat mereka benaung. Dengan selogan Hidup Melayu, parti kebangsaan melayu ini terus menerus menipu orang melayu Pulau Pinang. Bagi melayu Pulau Pinang sekira jatuhnya UMNO maka akan lenyaplah melayu di Pulau Pinang. Inilah yang didendangkan oleh pemimpin UMNO dalam perjumpaan dengan orang melayu. Sekian lama sejak penulis mula mengenali dunia politik inilah satu modal pemimpin UMNO yang membuat UMNO terus di sokong oleh melayu Pulau Pinang walaupun mereka tahu bahawa di dalam umno itu terpalit dengan berbagai gejala yang buruk dan busuk. Jeritan ketuanan melayu hanyalah selogan untuk meneruskan penguasaan pemimpin umno meraih kekayaan untuk diri sendiri sedangkan orang melayu terus terpinggir di Pulau Pinang .

PRU 12

Bekas ketua menteri Pulau Pinang Tan Sri Dr Koh Su Kon dalam setiap kenyataannya sebelum pilihan raya telah membayangkan betapa Gerakan akan melalui detik yag paling sukar di dalam pilihan raya kali ini. Setelah mengabil alih jawatan presiden Gerakan daripada Dato Seri Lim Kheng Yek bekas ketua menteri ini begitu berat untuk meninggalkan kerusi empuk di Pulau Pinang yang telah 18 tahun beliau duduki. Di atas kapasitinya seorang pemangku presiden mahu tidak mahu beliau terpaksa juga beralih angin ke pusat untuk menjadi seorang menteri penuh. Sikap pengundi cina yang selama ini membuat pecahan undi dalam setiap pilihan raya bukanlah sesuatu yang selesa bagi bekas ketua menteri Pulau Pinang ini untuk begitu yakin di kerusi parlimen. Setelah di tinjau di setiap parlimen yang di peruntukan kepada Gerakan akhirnya beliau memilih untuk menghitung nasib di kerusi parlimen P46 Batu Kawan yang sebelum ini di wakili oleh Naib Ketua Pemuda Gerakan Malaysia saudara Huan Cheng Guan. Dengan berbekalkan keputusan pilihan raya 2004 bermajaroti lebih dari 8000 undi Tan Sri Koh meletakan keyakinan yang tidak pasti di parlimen tersebut. Lawanya Prof Dr P. Ramasamy seorang bekas pensyarah UKM di bawa khas oleh DAP untuk bertanding menentang beliau. Dengan kelebihan pengundi cina sebanyak 55% dan di tambah dengan kesetiaan orang melayu kepada BN seramai 22% Tan Seri Koh mengharapkan Batu Kawan menjadi penyelamat beliau untuk meneruskan survival seoarang menteri penuh kerajaan Malaysia. Namun telah terjadi apa yang telah terjadi beliau tersungkur dengan kalah majority lebih 9 ribu undi. DAP dan PKR menyapu bersih di kesemua DUN tersebut. Sehingga jam 8 malam pada hari tersebut DAP sahaja telah merampas 18 kerusi DUN di seluruh negeri Pulau Pinang. Di mana sahaja calon MCA, Gerakan dan MIC bertanding rakyat telah memberi pukulan KO tanpa rasa belas lagi.

Melayu penyelamat BN di Pulau Pinang .

Dalam peralihan pengudi cina dan India pengudi melayu masih memberi taat setianya kepada BN. UMNO menang di semua DUN yang majority besarnya orang melayu. Dari 15 kerusi DUN yang di berikan kepada UMNO, UMNO berjaya mempertahankan 11 kerusi yang sedia ada. Inilah 11 wakil umno yang selama ini nyenyak tidur di dewan undangan negeri kini menjadi wakil pembangkang. Setelah 50 tahun menjadi pemerintah, selama 50 tahunlah UMNO hanya menjadi pengikut kepada MCA dan kemudiannya Gerakan kini barulah merasa untuk menjadi ketua di Dewan undangan negeri Pulau Pinang walaupun bukan ketua menteri tetapi ketua pembangkang. Inilah nasib UMNO Pulau Pinang yang hanya mampu menjadi ketua setelah hilangnya kesemua kerusi MCA dan Gerakan. Mungkin sekiranya MCA atau Gerakan masih mempunyai satu kerusi di Pulau Pinang jawatan ketua pembangkang akan terus di berikan kepada mereka.

Sekiranya di kaji kepada keputusan pilihan raya di Pulau Pinang melayu masih memberi undi kepada calon-calon MCA dan Gerakan di Pulau Pinang . Sebagai contoh kerusi P46 Batu kawan yang di tandingi oleh bekas ketua menteri masih meraih undi sebanyak 13ribu. DUN N17 Bukit Tengah mempunyai pengudi melayu teramai di parlimen tersebut menyumbangkan hampir 7 ribu undi kepada BN. Dua orang calon UMNO/BN yang tewas pula adalah di tempat pengundi melayunya hanyalah seramai 27% di N20 Sungai Bakap dan N37 Batu Maung iaitu seramai 50%. Dua lagi calon UMNO/BN yang tewas adalah di kawasan kubu kuat BA iaitu N11 Permatang Pasir dan N12 Penanti iaitu di Parlimen Permatang Pauh.

Di kesemua kawasan yang di tandingi PKR dan DAP di kawasan pengudi melayu kurang dari 20% parti bekas pembangkang ini memperolehi majorti undi yang cukup banyak.

Kesimpulan dari keputusan pilihan raya ini dapatlah di buat bahawa melayu Pulau Pinang masih terus setia kepada BN walau hidup mereka terus di tindas dari masa ke semasa tanpa pembelaan sewajarnya dari parti yang selama ini menjadi tempat bergantung harap mereka.

Kerajaan baru untuk semua?

Ketua menteri Pulau Pinang yang baru YAB Lim Guan Eng dalam kenyataan sulungnya kepada media terus mempertahankan bahawa kerajaan DAP Pulau Pinang adalah kerajaan untuk semua. DAP yang membawa bersama PKR dan PAS dalam kerajaannya tanpa megira kaum dan agama. UMNO yang baru tersedar dari mimpi indah selama 50 tahun terus dengan tradisi perkaumannya mengapi apikan orang melayu bahawa kerajaan DAP Pulau Pinang akan meminggirkan melayu Pulau Pinang. Maka timbulah cakap cakap seperti orang yang tak punya pelajaran seperti masjid akan di robohkan, sembahyang jumaat tidak di benarkan lagi dan lebih hebat bila YAB Ketua Menteri menyatakan Pulau Pinang tidak lagi memerlukan DEB.

Inilah UMNO bila terantuk baru nak melangut. Apa yang UMNO buat untuk orang melayu selama berkuasa? Mengapa sekarang baru becakap soal masjid sedangkan UMNOlah yang menyekat dan menyempitkan fungsi masjid semasa berkuasa dulu. Di manakah ekonomi orang melayu Pulau Pinang sewaktu DEB masih ada?

Sejarah era DAP baru bermula.

Kepada pemimpin UMNO kita ingatkan jangan cuba bermain api perkauman untuk meraih simpati orang melayu. Bukalah sejarah kembali siapakah yang menyokong syarat jus soli yang di minta British? Cari semula memorandum PAS kepada Suruhan Jaya Bebas ketika kepimpinan Dr burhanuddin al Helmi tentang syarat British itu untuk memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu. UMNO di bawah YBM Allahyarham Tengku memandang remeh malah di bakul sampahkan pandangan bangsanya sendiri. Mengapa kini baru kita membangkitkan isu isu perkauman yang cukup sempit ini.

Belum seminggu DAP menjadi kerajaan sudah riuh pemimpin UMNO menuduh DAP itu dan ini tanpa fakta. Ingatlah DAP belum punya sejarah meruntukan rumah ibadat orang Islam. DAP belum punya sejarah meminggirkan orang melayu. Sejarah DAP sebagai pemerintah baru bermula pada 8 mac lalu. Yang punya sejarah termaktup adalah BN itu sendiri. Bukankan kerajaan UMNO/BN yang meruntuhkan masjid dan surau? Bukankah kerajaan UMNO/BN yang membiarkan melayu terus terpinggir di tanah airnya sendiri. Itulah sejarah yang berfakta setelah 50 tahun UMNO/BN di beri mandat untuk mentakbir Pulau Pinang.
rujukan:http: //www.tranungkit e.net/v7/ modules.php? name=News&file=article&sid=7642



*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: