Sunday, March 16, 2008

"Shahidan akan lawan" kata orang kanan bekas MB Perlis

"alternatif2007" no_reply@yahoogroups.com

"Shahidan akan lawan" kata orang kanan bekas MB Perlis
Oleh Wartawan KLpos.com
Jumaat, 14 Mac 2008
BEKAS Menteri Besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim dilaporkan
akan melawan keputusan menyingkirkan beliau sebagai MB Perlis.

Portal berita Agendadaily. com memetik kenyataan salah seorang orang
kanan Shahidan berkata, ketuanya itu kini berada di Jabatan Perdana
Menteri dalam usaha untuk menemui Datuk Seri Abdulah Badawi bagi
menangani kemelut terbaru ini.

Shahidan dilaporkan menentang tindak tanduk yang melanggar keputusan
parti yang telah memilih beliau mengetahui kerajaan Perlis.

Dugaan bahawa segalanya selesai setelah Datuk Seri Shahidan Kassim
mendapat watikah lantikan sebagai Menteri Besar dari Perdana Menteri
awal Selasa malam nyata meleset.Sebaliknya Raja Perlis terus
berkeras tidak mahu menerima Sahidan.

Hari ini baginda melantik Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan
BIntong,Dr Md Isa Sabu sebagai Menteri Besar.Hal ini diumumkan
menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Sulit Raja
Perlis Mohd Adib Zakaria di Kuala Lumpur tengahari ini. Dr Md Isa
diketahui umum adalah orang Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad.

*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: