Thursday, March 20, 2008

Sentimen perkauman diapikan untuk alih tumpuan

"r r" alternatif2007@yahoo.com

Date: Sunday, March 16 @ 02:51:11 EST
Topic: Kenyataan Akhbar


Oleh Anwar Ibrahim

Agenda Ekonomi Malaysia oleh KeADILan adalah komited untuk memperbaiki dan menaiktaraf golongan miskin dan terpinggir samada Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan dan lain-lainnya.

Kami sentiasa menegaskan bahawa di bawah kepimpinan kami, kepentingan orang Melayu akan dipelihara dan kami kekal komited untuk membina sebuah sistem baru yang lebih adil, lebih saksama dan berperanan untuk memastikan tidak ada seorang pun yang ketinggalan di belakang tanpa mengira apa agama dan bangsa mereka.

Kami merancang untuk melaksanakan mekanisme-mekanisme baru untuk menyalurkan bantuan ekonomi kepada sejumlah besar peniaga-peniaga kecil dalam komuniti Melayu dan memastikan peluang pendidikan, skim kewangan mikro kredit, perkhidmatan sosial dan kebajikan serta pelbagai lagi bentuk bantuan ekonomi terbuka untuk masyarakat Melayu.



Saya percaya bahawa semua rakyat Malaysia termasuklah golongan Melayu mengalu-alukan mandat yang diperolehi KeADILan pada 8 Mac lepas dan mereka memandang ke hadapan untuk membentuk sebuah kerajaan yang lebih berakauntabiliti, memerangi rasuah dan melaksanakan janji-janji untuk memacu pertumbuhan ekonomi dan membasmi kemiskinan di dalam pelbagai sektor masyarakat.

Justeru saya turut terkesan dengan pelbagai usaha yang dilakukan oleh segelintir pihak untuk mengapi-apikan sentimen perkauman selepas Pilihanraya Umum 8 Mac yang lepas.

Kami mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa kempen ganas ini dipelopori segelintir Melayu korporat dan pimpinan Umno yang bersalah kerana menyalahguna dan menyelewengkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) untuk memperkayakan kelompok dan kroni mereka menggunakan wang yang sepatutnya disalurkan kepada rakyat.

Hubaya-hubaya ini mempergunakan Umno dan media kawalan kerajaan untuk menyemarakkan rasa takut di kalangan masyarakat Melayu dan mengalihkan tumpuan daripada kekalahan mereka dan kegagalan terbesar Umno dalam sejarah, kepada memberi tumpuan dan fokus kepada keperluan seluruh rakyat Malaysia termasuklah Melayu miskin dan tertindas.

Saya menyeru kepada seluruh rakan warga Malaysia untuk menolak usaha desperado tajaan pimpinan dan ahli Umno untuk menyelamatkan harapan rakyat daripada dimanipulasi sebuah parti yang rosak yang menyemarakkan ketakutan rakyat dan berusaha memecahbelahkan rakyat negara ini.

Kita mesti kekal bersatu untuk menjunjung Harapan Baru untuk Malaysia


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: