Thursday, March 6, 2008

SELOKA PRU12 : APA ERTI PEMBANGUNAN

"pak_kadok" azidusop@gmail.com

APA ERTI PEMBANGUNAN

Apalah ertinya Pembangunan?
Kalau hanya satu pihak mengaut keuntungan
Mengambil tender projek harga jutaan
Biarkan rakyat selesa menanggung beban

Apalah ertinya Pembangunan?
Kalau sekadar inginkan nama diperantauan
Megah hanya dengan bangunan
Rakyat jelata dibiar kelaparan

Apalah ertinya Pembangunan?
Menara tinggi melepasi awan
Nak menaiki jangan le berangan
Kalau tidak dengan bayaran

Apalah ertinya Pembangunan?
Kecanggihan KLIA dibina untuk mejana pendapatan
Belum sekali pun pesawat Super Sonik didaratkan
Ruang kedai juga banyak yang telah dikosongkan

Apalah ertinya Pembangunan?
Dulu LTAS banyak memberi kemudahan
Rakyat mudah untuk berurusan
Sekarang KLIA, rakyat banyak keluarkan perbelanjaan

Apalah ertinya Pembangunan?
Hanya sekadar besarnya bangunan untuk tatapan
Semuanya untuk korporat menambah kekayaan
Rakyat hanya diberi tapak menjaja ditepi jalan

Apalah ertinya Pembangunan?
Kalau hanya janji sebagai modal insan
Tanpa peduli akan gejala rempit jalanan
Hilang akhlak dan adab sopan

Apalah ertinya Pembangunan?
Kalau gejala sosial dibiar dan tak diberi perhatian
Orang Besar melakukan seks bebas dibiarkan
Buat ikutan remaja sebagai tauladan

Apalah ertinya Pembangunan?
Untuk membentuk modal insan konon
Hinggakan pelatih PLKN sanggup dikorbankan
Tenaga pelajar yang diharap tapi bersifat syaitan

Apalah ertinya Pembangunan?
Buaian gantung dibina tepi tasik dalam taman
Berapa kerat pelancung yang datang untuk dibuaikan
Rakyat juga yang dikenakan bayaran

Apalah ertinya Pembangunan?
Semuanya untuk rakyat dimasa depan
Tanpa ihsan menaikan harga barangan keperluan
Peduli apa, rakyat yang tanggung beban harian

Apalah ertinya Pembangunan?
Kalau rakyat tetap miskin dan banyak pengangguran
Berilah mereka ini sedikit elaun bulanan
Kalau nak iku sangat pembangunan Negara Maju lakukan

Apalah ertinya Pembangunan?
Pangsapuri Mampu Milik di Putrajaya didirikan
Kos selenggara bulanan cecah ratusan
Tanpa segala kemudahan disediakan

Apalah ertinya Pembangunan?
Negara AMAN, SELAMAT dan MAKMUR sebagai slogan
Tapi kes Ragut, Rogol, Bunuh, Rompak, Rempit dan Culik dipandang ringan
Sedarlah.... sebenarnya kita ni hidup sentiasa dalam ketakutan......

RENUNGKAN..... FIKIRKAN.....
DEMI MASA DEPAN KESELESAAN HIDUP ZURIAT KITA.....
KITA TAK MAMPU AWASI ANAK-ANAK KITA 24JAM.....
PERSEKITARAN YANG MENGAWAL MINDA MEREKA TANPA KITA SEDARI.....


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: