Sunday, March 16, 2008

Selangor menanti kedatangan TGNA untuk bermunajat di stadium Shah Alam.

"umar faruqi" faruqi03@yahoo.com

Selangor menanti kedatangan TGNA untuk bermunajat di stadium Shah Alam.
Posted on Saturday, March 15 @ 18:45:12 MYT by greenboc
Coretan @ Luahan Oleh masajie



"a
Assalamualaikum. .... salam intifada' buat semua yang telah membantu kejayaan BA dalam PRU ke 12 yang lalu. Dan seperti yang diharapkan Kota Raja menjadi Kota Bersejarah dengan kemenangan calunnya Dr Mariah Mahmud, bahkan jumlah majoritinya yang sebanyak 20 ribu itu, sungguh memberikan petanda memang pengundi Kota Raja menolak calun BN tersebut. Tahniah! pengundi Kota Raja.



Apa yang dapat saya rasakan bahwa kemenangan BA di Selangor sudah pastinya masjid masjid akan kembali menjadi makmur, yang sebelum ini diibaratkan patung bernyawa, tidak dapat berfungsi untuk memberikan kefahaman kepada rakyat.



Jika sekadar untuk menjadikan tempat ibadat, maka banyak lagi surau surau, bilik bilik solat yang memang telah disediakan untuk bersolat, tetapi menjana minda dan peningkatan amal, maka sewajarnyalah fungsi masjid itu dikembalikan keasalnya. Dan diharapkan pula, kepada JAIS, agar ajk masjid itu diserahkan kepada qariah mereka untuk menentukan siapakah yang paling layak untuk menguruskan rumah Allah ini.



Mereka qariah lebih mengetahui siapa yang layak untuk diberikan amanah tersebut. Harapan saya seterusnya, apa yang berlaku di Kelantan seperti solat beramai ramai di stadium, akan kita rasakan pula kali ini di Selangor, moga akan ada munajat perdana distadium Shah Alam ataupun yang lebih besar di Stadium Bukit Jalil, buktikan kepada mereka yang selama ini menuduh berbagai terhadap PAS, kita tengok sokongan rakyat selepas PRU 12.



Apakah kita ini sebenarnya pencetus keganasan ataupun kita mengajak rakyat kepada kebaikan. Menafaatkan kedua dua stadium tersebut untuk menjelaskan Islam kepada rakyat.



Adakan Forum perdana, diskusi dan seumpamanya, moga rumput rumput distadium tersebut juga bersyukur diatas kemenangan BA kali ini, bahkan mereka juga ingin menikmati apa yang dinikmati oleh rumput rumput distadium Mohamad di kelantan yang menyaksikan airmata tok guru berlinang di subuh hening...... .mereka ingin menjadi saksi diakhirat kelak, bahwa Tuan Guru telah membawa kesejahteraan bukan saja kepada mahluk yang bernama manusia, tetapi juga semua mahluk Allah di bumi ini. amin! Allahu Akbar! 3x


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: