Saturday, March 8, 2008

Selamat, Aman, Makmur: Hanya Allah penjamin keselamatan

Selamat, Aman, Makmur: Hanya Allah penjamin keselamatan

Zaini Hashimi
Fri | Mar 07, 08 | 9:29:49 am MYT
Tidak ada satu makhluk pun di alam maya ini boleh bertindak dengan sewenang-wenangnya dengan berkata, bahawa dia mampu memberi jaminan mulut dan bertulis negara akan selamat, aman dan makmur.
Kerana yang mengungkapkan kata-kata itu juga tidak terlepas daripada mara bahaya jika tidak dipelihara Allah SWT.

Ungkapan seumpama itu berlaku, boleh disifatkan dalam dua keadaan, pertama mungkin tidak memperdalami ilmu-ilmu agama lantaran sibuk dengan tugas-tugas dunia, kedua kerana terdetik dalam hati bahawa dia berkuasa dan boleh bertindak mengikut naluri hati.

Apapun kenyataan seumpama itu pada hakikatnya amat bertentangan dengan disiplin ilmu akidah Islam, malah ia amat berbahaya kerana boleh dikatogeri sebagai menghina Ketuhanan Allah SWT.

Dalam pendekatan ilmu akidah Islam, tiada Tuhan selain Allah yang mampu bertindak untuk memberi sesuatu kesan terhadap makhluk melainkan Dia sahaja secara mutlak.

Ini bermakna, jika terdapat di kalangan makhluk bertindak menyuarakan pandangannya mampu memberi kesan kepada makhluk lain, bererti dia telah mengambil tempat sebagai Tuhan.

Pengawal keselamatan yang menjaga keselamatan pun tidak akan mengetahui apakah dia benar-benar selamat.

Ini menandakan manusia lupa, bahawa Allah SWT sahaja yang boleh keselamatan, sering kita baca wirid selepas solat, "Allahumma Antas Salam, Wa minkas Salam, wailaka ya'Udus Salam", membawa maksud: "Ya Allah! Engkaulah Tuhan Yang maha Pemberi keselamatan, dari-Mu jualah datangnya keselamatan dan kepada-Mu jua akan kembali keselamatan. "

Allah SWT telah turunkan keselamatan melalui agama-Nya bernama Islam yang bererti menjamin keselamatan dunia dan akhirat.

Apabila manusia turut Islam dalam segenap peraturan dan undang-undangnya, pasti mereka akan diselamatkan Allah, sebagai contoh, terdapat sebuah negara yang diurus tadbir dengan undang-undang Islam, pasti rakyat negara itu terjamin keselamatan mereka, kerana Allah SWT amat sayang para pemerintahnya, rakyat serta diberkati segala apa yang ada di negara berkenaan.

Tidak cukup negara itu diselamatkan Allah, malah dianugerahi dengan segala bentuk nikmat, keberkatan yang lahir dari sifat takwa para pemerintah yang ikhlas memimpin rakyatnya mendapatkan keredaan Allah.

Keselamatan negara bererti tidak ada jenayah serius berlaku, kadar-kadar jenayah kecil juga dapat dikurangkan, rakyat tidak sanggup untuk menjadi penjenayah yang boleh memusnahkan keharmonian sesebuah negara yang dibina atas dasar iman dan takwa.

Pada waktu itu, ramai di kalangan anggota polis tidak perlu banyak meronda kawasan, kerana keadaan berada pada tahap maksimum yang menyeluruh, mereka boleh memohon persaraan awal untuk menceburi bidang lain seperti bisnes secara kecil-kecilan, yang penting dapat menikmati hidup bersama ahli keluarga, tidak perlu lagi berpindah-randah dari satu pos ke satu pos polis yang lain.

Ini semua akan terbukti apabila manusia beralih angin untuk memajukan negara dengan Islam, pada ketika itu, semua warganegara akan menikmati kebenaran aman, selamat dan makmur ciptaan Allah SWT. - lanh



HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov. himpunan. info/
Lawati laman Bersih di http://bersih. org/



*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: