Thursday, March 20, 2008

Sekali Lagi Pak Lah Mesti Letak Jawatan

"Pas Johor Bahru" pasjohorbahru@yahoo.com

Setelah mengumumkan Barisan Kabinetnya yang lebih kecil pada hari Selasa yang lalu Pak Lah menerima tamparan yang hebat apabila buat pertama kalinya dalam sejarah tanahair ahli parlimen Kimanis, Datuk Anifah Aman yang juga adik kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, menolak jawatan timbalan menteri pengangkutan.

Tiada alasan lain yang diberikan selain katanya beliau sudah berkhidmat selama dua penggal sebagai timbalan menteri perusahaan perladangan dan komoditi dan sewajarnya "memberi laluan kepada orang yang lebih muda".

Tambah memeritkan ialah BN Sabah melahirkan kekecewaannya kerana tidak banyak memperoleh jawatan-jawatan kanan dalam kabinet biarpun prestasi negeri Sabah agak cemerlang berbanding negeri-negeri lain.

Datuk Seri Rafidah Aziz yang digugurkan dari senarai kabinet juga mendapat bantahan dari
Pergerakan Wanita Umno biarpun Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, yang tewas di kerusi Lembah Pantai dilantik sebagai penasihat khas Perdana Menteri bagi hal-ehwal sosial dan wanita ini masih tidak dapat meredakan kekecewaan mereka kepada Pak Lah.

Dengan masalah pimpinan kerajaan Perlis masih bergolak biarpun Menteri Besar yang baru sudahpun dilantik ditambah sehingga hari ini Terengganu masih tidak mempunyai ketua kerajaan ini terus melengkapkan lagi koleksi sebab musabab kenapa Pak Lah mesti meletakkan jawatan.

Presiden PAS Dato'Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang pula berkata kabinet baru Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hanya menaikkan kumpulan yang menyokong dirinya sendiri dan pada waktu yang sama mengetepikan sokongan kumpulan pro-timbalannya Datuk Seri Najib Razak.

Beliau juga mendakwa kabinet yang diumumkan semalam "turut dianggotai oleh tokoh-tokoh yang moral dan kebersihannya sangat diragukan oleh rakyat".

"Abdullah jelas tidak mengambil iktibar daripada kemerosotan sokongan rakyat," katanya, dengan menambah barisan kabinet 2008 akan terus mengulangi kesilapan dan kelemahan Perdana Menteri seperti penggal lepas.

Bekas Timbalan Perdana Menteri, yang juga penasihat PKR, Dato' Seri Anwar Ibrahim semalam meramalkan Umno akan terus bergolak susulan pengagihan jawatan dalam kabinet kali ini.


Sumber : Jundullah


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: