Sunday, March 16, 2008

Rusuhan Komtar untuk renungan

"kudii magan" kudiimagan@gmail.com

Komentar


more and more at : http://bukanbumiputra.blogspot.com


Petikan Berita Harian bertarikh Sabtu 15 Mac 2008 ,mentafsirkan 2000 penunjuk perasaan di KOMTAR ,Pulau Pinang yang melanggar undang – undang negara seperti keselamatan negara, ketenteraman awam , melumpuhkan kegiatan ekonomi rakyat Pulau Pinang, menakutkan pelancong asing serta menggugat pelabur asing yang semakin serius memfokus keatas negeri Pulau Mutiara ini ekoran dari keputusan rakyat selepas pilihanraya umum 2008 sebagai “ Perhimpunan Secara Aman”.Sedangkan peserta perhimpunan aman BERSIH ,BAR Peguam dan HINDraf di kategorikan perusuh,penjenayah,anti keamanan?

Faktor penggiraan peserta demontrasi yang mana satu diambilkira oleh Fazzallah Pitt pengarang BH? Sila kemukakan formula yang digunapakai oleh pihak media arus perdana dalam penggiraan para demontrasi tersebut.Kesahihan peserta di Komtar ,Pulau Pinang itu adakah berdasarkan pengamatan mata kasar seperti anjuran pihak BERSIH dan HINDRAF yang dianggarkan oleh media sekitar 5000 orang peserta sahaja?Sedangkan jumlahnya melangkau 70000 peserta.

Mengapakah media meniupkan slogan anti kaum Melayu, sedangkan kami anak bangsa Malaysia tidak pernah bermusuh dengan mana-mana kaum?Kami beranggapan sebagai rakyat Malaysia , warga Malaysia,anak bumi Malaysia tercinta.Tiada negara lain untuk kami menaburkan bakti selain dari Malaysia yang aman ini.Kenapa selalu disalah ertikan oleh golongan yang mempunyai kepentingan tersendiri?

Saya berani bersumpah semangat kenegaraan saya demi Malaysia mungkin melebihi sebilangan penduduk yang mengaku Bumiputra .Jasa keluarga kami untuk negara mungkin tidak seberapa seperti para Negarawan yang lain tetapi sumbangan pada peringkat dan status saya , amat membanggakan diri saya.

Akhir kata , saya adalah pembaca setia akhbar Berita Harian sejak dari bangku sekolah sehingga kes anjuran perhimpunan Bersih 2007.Saya terkejut pada pagi ( sehari selepas Perhimpunan Bersih)itu apabila muka hadapan menunjukan tajuk “ Rusuhan di Pakistan” tetapi isu Bersih di muka surat keempat kolum yang kecil sekali.Sejak itu saya bernekad untuk berhenti melanggan suratkhabar arus perdana.Duit RM 1.50 sehari saya labur untuk mendapatkan isu semasa yang sahih,releven dan tepat tapi ditapis dan dipesongkan maklumat sebenar dan tiada keadilan dalam proses penyebaran maklumat kepada pembeli seperti saya. Cuma kini seperti penanggih dadah yang telah lama tidak hisap, terasa gian menjadi – jadi. Selepas pilihan raya saya mula membeli akbar.Tetapi masih tidak berubah.Sungguhpun minda rakyat telah berubah tapi media Malaysia masih ingin menarik rakyatnya untuk setia dalam tempurung media mereka.



*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: