Sunday, March 30, 2008

Robohnya Rumah Setinggan : Antara Desakan Pemaju dan Desakan Keperluan Hidup

"r r" alternatif2007@yahoo.com


Tarikh : Saturday, March 29 @ 10:46:21 MYT
Topik : Artikel


Ditulis oleh Malcom
 Hari ini heboh apabila kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan yang baru menegaskan ingin meneruskan polisi Dasar Setinggan Sifar. Kenyataan ini dikecam dengan begitu hebat. Antaranya Dr. Nasir, JERIT, sahabat � sahabat didalam perjuangan dan para pejuang rakyat.

Saya akan membicarakan dari dua sudut yang senantiasa menjadi isu besar. Robohnya rumah setinggan atas desakan pemaju yang rakus atau robohnya rumahnya setinggan kerana ingin meningkatkan kualiti hidup mereka. Dua persoalan yang harus dirungkaikan dengan baik. Saya bukan penulis yang bagus tapi berharap anda semua pembaca yang bijaksana faham akan maksud saya dan diakhir nanti saya berharap saudara bahaskan dengan baik.

Desakan Pemaju
Jika kita melihat kes � kes perobohan rumah � rumah peneroka bandar di seluruh negara, kita dapat membahagikan kepada dua jenis keadaan. Keadaan yang pertama, perobohan yang berjalan lancar dan aman kerana pihak kerajaan negeri dan pemaju telah memberi pampasan yang setimpal dan menempatkan mereka semula dengan kediaman yang selesa dan infrastruktur yang lengkap. Manakala keadaan yang kedua, perobohan yang tidak lancar dan ganas kerana pihak kerajaan negeri dan pemaju tidak memberikan tempoh yang cukup untuk mereka pindah, tidak menyiapkan rumah yang sepatutnya menempatkan mereka semula, pampasan yang tidak setimpal, dan bermacam � macam hal lagi.


Dua kes yang pernah menggemparkan negara. Kampung Berembang dan Taman Sri Rimba Jaya. (Maaf kalau salah nama taman) Kedua - dua kes ini merupakan satu contoh dimana pihak peneroka bandar atau bahasa kasarnya penghuni rumah setinggan tidak mendapat pampasan yang setimpal. Saya pernah terlibat dengan kes Kg. Melayu Fajar di Taman Melawati.


Kampung tersebut ingin dirobohkan oleh pihak PBT kerana desakan pemaju yang tidak sabar � sabar mahu mendirikan projek di sana. Seluruh penduduk kampung tersebut bantah perobohan tersebut. Mereka menentang kerana mereka diarahkan berpindah dalam tempoh yang cukup singkat. Malah ada sebahagian mereka dijanjikan rumah namun apa tiba saatnya rumah mereka mahu dirobohkan rumah yang dijanjikan tidak siap. Nah dengan segera aksi penentangan dihasilkan. Saya dapat merasakan kesedihan setelah ditipu oleh pihak yang berkenaan.


Mungkin begitu juga dengan kes di Kampung Berembang kerana janji � janji yang ditaburkan tidak ditunaikan. Inilah masalah yang sering dihadapi oleh pihak peneroka bandar. Mereka merasakan diri mereka dipermainkan. Ada juga rumah sudah siap akan tetapi keadaan rumah yang tidak selesa, bilik hanya ada dua, infrastruktur yang tidak lengkap dan lain � lain. Perkara ini juga boleh menimbulkan aksi penentangan kerana bayangkan rumah yang mereka duduki dahulu mempunyai 3 bilik namun rumah yang baru pula hanya ada 2 bilik. Mungkin ada yang mengatakan mereka ini mengada.


Tapi kita harus hargai mereka. Mereka yang meneroka kawasan tersebut hingga tanah yang tidak bernilai menjadi bernilai. Mereka manusia sepatutnya mereka patut diberikan rumah yang selesa dan infrastruktur yang lengkap. Jika semua ini dapat dipenuhi sudah pasti tidak akan wujud sebarang aksi penentangan. Mungkin ada yang akan mengatakan mana mungkin semua benda ini dapat dipenuhi. Saya memberi contoh. Seorang sahabat saya Mohd Khairi Fauzi. Bekas penduduk rumah setinggan di Pantai Dalam. Bekas penduduk Kampung Pasir Kiri, sewaktu menanyakan semasa arahan untuk berpindah dikeluarkan adakah wujud sebarang penentangan oleh penduduk kampung tersebut.


Beliau mengatakan tiada langsung kerana pihak yang berkenaan telah memindahkan mereka dengan tempat yang lebih selesa, infrastruktur yang lebih mantap dan berkualiti. Jadi apa yang saya cuba sampaikan adalah jikalau pihak yang berkuasa ingin tanah itu kembali haruslah memberikan pampasan yang setimpal sesuai dengan jerit-payah mereka menebas semak samun, pokok dan lain � lain, tempatkan mereka dengan tempat yang lebih selesa dan juga sebagaimana yang saya katakan infrastruktur yang berkualiti. Jika kesemua perkara ini tidak dibuat maka para peneroka bandar ada hak untuk membuat aksi penentangan.


Keperluan Hidup
Ketua negeri dan ketua negara terbahagi kepada 2 jenis mengikut pengamatan saya. Yang jahat, rakus dan zalim, Yang baik, jujur dan adil. Kedua � duanya menginginkan kemajuan kepada negara atau negeri masing � masing. Tapi yang negatif perangainya ketika mahu membangunkan sesuatu kawasan akan berperangai seperti bekas MB Selangor dahulu. Kerana tamakkan habuan, tidak sabar � sabar sesuatu projek itu dibangunkan kerana ada saham atau komisyen di dalam projek tersebut maka apa jua cara penduduk setinggan harus dihalau sama sekali. Mereka tidak pentingkan kebajikan penduduk kawasan tersebut. Rumah yang dijanjikan hanya sekadar janji. Paksaan untuk keluar dari rumah mereka dalam tempoh yang singkat amat memeritkan. Kalau dipindahkan sekali pun rumah yang diberikan layak digelar umpama sarang burung merpati, infrastruktur yang teruk dan pampasan yang begitu sikit. Perbuatan seperti ini harus ditentang habis � habisan dan inilah yang menjadi perjuangan kepada badan NGO seperti JERIT, aktivis masyarakat dan lain � lain. Saya yakin perbuatan seperti ini akan mendapat simpati masyarakat seluruh negara.

Buat pemimpin yang mahu membangunkan kawasan setinggan tapi masih mementingkan kebajikan penduduknya pemimpin seperti ini harus diberi kredit walaupun sedikit. Kalau tanah itu mahu diambil untuk tujuan pembangunan tapi kalau pampasan yang diberikan setimpal maka sudah pasti tidak akan muncul aksi penentangan oleh kaum peneroka. Pemimpin baik sudah pasti mahu melihat rakyatnya hidup dalam keadaan selesa,. Infrastruktur yang bagus, rumah yang selesa, dan lain � lain. Saya yakin setiap pemimpin yang baik mahu melihat rakyatnya hidup dalam keadaan selesa. Berikan saya contoh pemimpin mana yang mahu melihat rakyatnya hidup dalam keadaan yang tidak selesa? Saya setuju dengan tuntutan JERIT agar mereka harus dilayan dengan baik dan tanpa ada unsur pengusiran. Malah kaedah yang ingin dilakukan oleh Tan Sri Khalid ingin mengadakan dialog dengan kaum peneroka bandar sebelum tanah yang mereka terokai dulu diambil juga merupakan satu tindakan yang baik. Jangan ulangi tindakan Khir Toyo yang kejam dan zalim. Saya bukan untuk membela Tan Sri Khalid tapi jika itulah pendekatan yang ingin beliau gunakan maka tidak ada sebab mereka yakni kaum peneroka akan bangkit memberontak. Bukankah dalam temubual beliau menekan mereka tidak akan diperlakukan seperti mana yang dilakukan oleh Khir Toyo dahulu.

Kenyataan Tan Sri Khalid �Acknowledging that there will be opposition to this position from many quarters, Khalid assured that the interests and rights of everyone concerned will be taken into consideration.

Nevertheless, it is impossible to please everyone of those with a stake in the matter, he said.
�We will continue to hear these grievances� I do not foresee that we will have a plain sailing exercise here.

�But we have to do what we have to do. Just like the illegal factories issue, this is also going to be a big issue, but we are not afraid to face it. We have to face it,� he said.

Khalid said the state government will seek to go about the �zero squatters� policy as humanely as possible and engage in dialogue with the communities in question in order to avoid a repeat of last year�s fracas in Taman Rimba Jaya, Shah Alam.

Many had criticised the manner in which the authorities carried out the eviction exercise in Rimba Jaya, which saw some municipal council personnel throwing stones towards the temples and other buildings targeted for demolition.

�We hope that it will not be repeated,� stressed the new menteri besar.

�Just like my selection of 10 (state) excos will not please the remaining 25 excos, inevitably, I have to make a decision, and the decision will take into account the needs of the people, but it doesn�t mean you have to please all the people,� he added.

Kenyataan JERIT

Kami dari JERIT menuntut kepada kerajaan Negeri Selangor dengan segera:

  1. Untuk membatalkan Dasar Setinggan Sifar dan menggantikannya dengan Dasar Perumahan Rakyat untuk Semua untuk menonjolkan sikap Kerajaan negeri adalah perumahan untuk semua dan bukan berniat untuk memaksa pengusiran
  2. Kerajaan Negeri juga perlu mengambil tindakan yang sewajarnya untuk menyelesaikan masalah perumahan peneroka bandar di Selangor dimana ada Peneroka yang masih tinggal di dalam khemah
  3. Batalkan semua notis pengusiran yang dikeluarkan oleh Kerajaan sebelumnya dengan serta�merta dan menilai balik dan menbuat kajian semula.
  4. Memastikan Kerajaan Tempatan tidak akan lagi menggunakan undang-undang zalim seperti Ordinan Darurat Pembersihan Setinggan 1969 untuk mengusir masyarakat peneroka bandar.
  5. Memahami dan mengambil kira semua Deklarasi Hak Asasi Manusia Antarabangsa mengenai perumahan, cadangan SUHAKAM mengenai isu hak perumahan dan tuntutan-tuntutan JERIT kepada Kerajaan Negeri sebelum ini
  6. MB mengadakan perbincangan dengan kumpulan masyarakat, penduduk dan aktivis-aktivis yang terlibat dalam isu perumahan untuk memahami isu sebenar sebelum membuat sebarang keputusan.

Jangan Khianati Peneroka Bandar ! Hak Peneroka Bandar Harus Dibela!


Saya akhiri penulisan ini dengan meninggalkan kedua � dua kenyataan dari kedua pihak bertelagah waktu sekarang dan akan sambung balik tulisan berdasarkan perbincangan yang akan dilakukan didalam ruang komen yang disediakan oleh laman ini.
Selamat berbincang�


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: