Saturday, March 29, 2008

RM300 juta Piala Monsun sama belanja kerajaan negeri PAS

"Nawawi Mustafa" lot3137@yahoo.com

Adnan Ibrahim
Tue | Feb 26, 08 | 9:27:10 am MYT

KUALA TERENGGANU, 26 Feb (Hrkh) - Perbelanjaan menganjurkan Piala Monsun termasuk prasarana yang dikatakan berjumlah RM300 juta sebenarnya menyamai perbelanjaan mentadbir negeri Terengganu selama setahun di bawah pemerintahan PAS sebelum ini, kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Abu Bakar Chik.


Beliau yang merupakan bekas Exco kerajaan Terengganu semasa pemerintahan PAS, menyifatkan penganjuran Piala Monsun itu membazir dan tidak banyak memberi keuntungan kepada rakyat.


Sebaliknya kata beliau ia hanya memberi keuntungan peribadi untuk segelintir orang luar terutama Dato' Patrick Lim dan dalam Terengganu.


Beliau yang ditemui di sini berkata maklumat perbelanjaan penganjuran itu telah disiarkan oleh sebuah majalah terkemuka bagi Asia Pacific.


"Inilah pemerintahan Umno Terengganu selama 40 + 4 tahun pemerintahan mereka yang menyusahkan rakyat. Perancangan dan program bukan untuk menguntungkan rakyat kebanyakan sebaliknya hanya segelintir yang menikmati keuntungan," katanya lagi.


Segelintir inilah yang mewujudkan jurang pendapatan yang semakin melebar di bawah pemerintahan Umno.


"Golongan mereka membolot hasil negeri berganda-ganda sebaliknya rakyat hanya menerima cebisan malah sebahagian besar rakyat tidak menikmati faedah langsung sebaliknya menjadi rakyat yang menangung kerugian dan pembaziran program tersebut," ujarnya yang ditemui di sini.


Tambah beliau, kerana Piala Monsun rakyat Terengganu terpaksa membayar cukai pintu yang dikenakan oleh pemerintahan Umno untuk menampung berbelanjaan mentadbir negeri. Sedangkan cukai pintu telah dimansuhkan dibawah pemerintahan PAS.


Sebelum ini, isu penganjuran kejohanan kapal layar Piala Monsun di Pulau Duyung, Terengganu, telah dibangkitkan pada sesi pendengaran awam Jawatankuasa Pilihan Khas Dewan Rakyat mengenai Intergriti.


Pengerusi Jawatankuasa itu, Dato' Dr Wan Hashim Wan Teh berkata, pihaknya diberitahu bahawa rakyat Terengganu tidak puas hati kerana sukan tahunan itu menelan belanja besar tetapi tidak banyak memberi faedah kepada mereka.


"Sebagai contoh, kata mereka, hotel tidak menerima banyak tempahan sempena kejohanan itu," ujar Wan Hashim kepada pemberita selepas sesi pendengaran awam itu di Wisma Darul Iman, Terengganu sebelum ini.


Penganjuran Piala Monsun ini terut merakamkan kenangan manis Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi bersama Datuk Michelle Yeoh.


Sebagai seorang cucu kepada ulama tidak sepatutnya berlaku berbuatan memegang bahu wanita tanpa berlapik kecuali beliau sebagai popular Islam Hadhari yang mengambarkan satu dimensi agama baru boleh bertindak demikian.


Bagi Islam perbuatan tersebut sangat tidak berakhlak dan bermoral apalagi sebagai seorang pemimpin yang ternama dan sering bercakap atas kapasiti Islam.


Malah gambar tersebar luas itu cukup menjelekkan apabila rakyat hari-hari mendengar lagu 'Ku Cari Damai Abadi' yang disiarkan TV sempena kempen pilihan raya ini. - mks.



*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: