Tuesday, March 25, 2008

Ribut Monsoon (Cup)

"Chemical Romance" poji2ya@gmail.com

Posted on Monday, March 24 @ 19:49:47 MYT by greenboc
Artikel Oleh bwan

"a
Sejak pertengahan tahun 1970an, Terengganu telah menikmati wang royalti sebanyak 5% terhadap sumber minyak dan gas yang disedut keluar dari bumi Terengganu. Ini berdasarkan apa yang terkandung di bawah Akta Pembangunan Petroleum. Sememangnya, bukan sahaja Terengganu, mana-mana negeri yang mempunyai sumber minyak akan mendapat royalti yang sama.

Bagaimanapun, pada tahun 2000, royalti ini telah ditarik dan dijadikan Wang Ehsan. Tidak semena-mena, sejumlah wang RM800 juta setahun yang sepatutnya diperolehi oleh Terengganu sebagai syer sebanyak 5% daripada pendapatan minyak dan gasnya telah ditarik keluar dari bumi Terengganu dan dibolot oleh seorang manusia, iaitu Idris Jusoh.

Malaysia pada ketika itu diserang wabak JE. Tetapi di Terengganu JEnya adalah berbeza, iaitu Jusoh Enterprise atau Perniagaan Idris Jusoh dan keluarga. Jusoh Enterprise or JE tiba-tiba mendapat durian runtuh, lebih tepatnya sebanyak RM800 juta pitih. Selepas itu, pada tahun 2004, UMNO, di bawah kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi memenangi semula Terengganu dari tangan PAS. Tetapi, kerajaan negeri tidak mendapat balik wang royalti tersebut. Wang Ehsan diteruskan dan Idris Jusoh yang kini bergelar Menteri Besar, terus secara berseorangan menguruskan dana tersebut. Sehingga State Economy Develepment Corporation (SEDC) dan Unit Perancang Ekonomi Negeri Terengganu (UPENT) pun terpinga-pinga dalam gelap. Hanya seorang manusia yang bernama Idris Jusoh sahaja memutuskan bagaimana hendak membelanjakan wang tersebut yang sangat besar jumlahnya.

Tetapi Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi tidak boleh bertolak ansur dengan seorang manusia yang menguasai kekayaan negeri itu. Beliau mahu supaya Idris menyerahkan wang RM800 juta setahun itu. Bagaimanapun, untuk mengembalikan semula royalty 5% bermakna menyerahkan wang tersebut kepada kerajaan negeri. Ini tentunya tidak menepati tujuannyanya. Mereka mahu menguasai wang itu secara langsung. Sekarang duit itu di bawah kuasa Jabatan Perdana Menteri tetapi diserahkan ke tangan Idris Jusoh. Apa yang perlu mereka lakukan ialah menghalang wang tersebut jatuh ke tangan Idris Jusoh.

Lalu, muncullah Khairy Jamaluddin, penasihat merangkap menantu Pak Lah yang mengemukakan satu "konsep payung" yang lebih baik daripada konsep yang digunakan oleh Mahathir. Mereka ingin menguasai wang RM800 juta setahun itu. Tetapi mereka tidak mahu mengambilnya daripada tangan Idris Jusoh dan menyerahkannya kepada Kerajaan Negeri. Itu seumpama mengeluarkan daripada mulut buaya dan dimasukkan ke mulut harimau. Mereka mahu kawalan secara langsung ke atas wang tersebut tanpa memberi kesempatan kepada Idris untuk membuat keputusan bagaimana wang itu harus dibelanjakan.

Dan inilah cara yang mereka lakukan. Pertama, mereka melantik Wan Farid, pencacai Khairy sebagai Setiausaha Politik Abdullah. Seterusnya mereka melantik Wan Hisham, adik Wan Farid sebagi Ahli Exco Negeri yang mengetuai Sektor Pelancongan. Kemudian mereka memberikan semua projek yang berkaitan dengan pelancongan kepada Patrick Lim, rakan kongsi niaga Khairy. Sekarang satu rangkain yang sangat kukuh terlaksana dan tangan Idris Jusoh telah terpotong.

Tugas Patrick Lim adalah mencipta projek-projek pelancongan yang menelan belanja yang sangat besar. Dia kemudiannya mencadangkan projek-projek in kepada Wan Hisham, orang yang bertanggungjawab dalam soal pelancongan. Wan Hisham kemudiannya menyerahkan projek ini kepada abangnya Wan Farid sebelum diserahkan kepada Khairy akhirnya. Idris Jusoh tentunya tidak mengetahui apa-apa sehingga projek itu Berjaya dilaksanakan. Umpama peribahasa, nasi sudah menjadi bubur.

Mereka membina 30 buah rumah di atas pulau di Sungai Terengganu dengan kos RM1 juta setiap satu. Mereka melancarkan Perlumbaan Perahu Layar yang dipanggil Monsoon Cup yang menelan belanja RM300 juta setahun. Beratus-ratus juta dibazirkan setiap tahun untuk menarik pelancong ke Terengganu. Nampaknya pada tahun itu jumlah Wang Ehsan yang dibelanjakan melonjak dari RM800 juta kepada RM1 billion � nampaknya ada lebih banyak wang yang boleh dibelanjakan.

Untuk memastikan Idris Jusoh tidak dapat menguasai wang tersebut, Pak Lah sendiri mempengerusikan mesyuarat kerajaan negeri walhal beliau bukannya Menteri Besar Terengganu. Tentu sekali Idris Jusoh turut menyertai mesyuarat tersebut sebagai ketua kerajaan negeri, tetapi beliau tidak mempunya sebarang kuasa untuk membuat keputusan terhadap apa yang dicadangkan oleh mereka. Walaupun tidak mempunyai sebarang jawatan dalam kerajaan, Patrick Lim juga dibenarkan menyertai mesyuarat tersebut.

Pak Lah seterusnya mencadangkan semua projek yang dirancangkan oleh Wan Hisham, Wan Farid dan Khairy. Perinciannya tentu tidak dibincangkan tetapi hanyalah perkara-perkara tertentu sahaja terutamnya jumlah dana yang terlibat. Setiap kali Idris Jusoh membangkitkan sebarang soalan, beliau diberitahu supaya "menyerahkan semuanya kepada Patrick Lim yang lebih tahu apa yang perlu dibuat". Idris Jusoh tidak dilibatkan dengan perkara-perkara yang lebih terperinci.

Tidak berapa lama kemudiannya Idris berasa bosan dan mencuba untuk melawan. Satu projek yang dia tidak tahu apa-apa tentangnya diserahkan kepadanya dan diminta untuk ditandatangani oleh Patrick Lim. Bagaimana beliau hendak menandatanganinya sedangkan beliau tidak tahu apa-apa tetapi akhirnya beliau yang akan dipertanggungjawabk an.

Patrick Lim keluar dari pejabar Idris Jusoh dan menghubungi Wan Farid yang kemudiannya mengadu kepada Khairy. Dalam masa sejam sahaja Idris Jusoh mendapat panggilan daripada Pak Lah yang mengarahkannya supaya mendatanganinya. Tentunya tanpa banyak soal Idris terus menurunkan tandatangannya.

Cengkaman Patrick Lim terhadap Pak Lah jelas terhadap semua orang tetapi bukan Idris Jusoh. Suatu hari Pak Lah datang ke Terengganu untuk mempengerusikan mesyuarat seperti kebiasaannya iaitu bagaimana untuk membelanjakan wang RM800 juta (yang kini berjumlah RM1 billion kerana kenaikan harga minyak). Idris menjemput Pak Lah di lapangan terbang dengan keretanya. Sebelum sempat kereta Idris bergerak, Patrick Lim tiba dan Pak Lah turun dari kereta Idris untuk menaiki kereta Patrick Lim.Sepatutnya pada masa itu Idris telah sedar siapa yang sebenarnya memerintah di Terengganu.

Ya, RM1 billion bukanlah suatu jumlah yang sedikit. Wang ini yang sepatutnya menjadi hak milik rakyat Terengganu tidak disalurkan kepada kerajaan negeri. Ia disalurkan kepada Wan Hisham, Wan Farid, Patrick Lim dan Khairy. Pak Lah mempengerusikan mesyuarat kerajaan negeri untuk memutuskan bagaimana ia patut dibelanjakan. Dan Wan Hashim. Wan Farid, Patrick Lim dan Khairy membantu membelanjakannya. Dan mereka menghabiskan semuanya. Dan Idris Jusoh tak boleh kata apa-apa. Dan kalau dia enggan tandatangan, Pak Lah akan telefon.



*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: