Friday, March 14, 2008

Renungan untuk penyokong PAS & PKR di negeri selatan

"Suara N9" pasn9@yahoo.com

Sebelum kita menyalahkan orang lain, cerminlah diri
kita sendiri. Apakah kelemahan yang ada pada PAS dan
PKR di negeri-negeri selatan tanahair yang menyebabkan
pencapaian PAS dan PKR di Negeri Sembilan, Melaka dan
Johor tidak begitu memberangsangkan dalam Pilihanraya
Umum ke 12 yang lalu.

Setiap pihak harus mencermin diri mereka sendiri baik
peringkat pimpinan, ahli, petugas, penyokong dan para
pengundi sendiri.

Di Negeri Sembilan buat pertama kali PKR telah berjaya
memenangi 1 kerusi Parlimen dan 4 kerusi DUN,
sementara PAS buat pertama kali juga berjaya memenangi
1 kerusi DUN.

Sementara di Johor pula, berjaya menambah 1 kerusi
DUN, dimana PAS telah berjaya memenangi 2 kerusi DUN,
tetapi kehilangan 1 kerusi DUN yang dimenangi tanpa
bertanding pada tahun 2004.

Di Melaka pula PAS dan PKR tidak memenangi sebarang
kerusi.

Pelbagai teori dan andaian diperkatakan diatas
prestasi yang tidak begitu memberangsangkan untuk PAS
dan PKR di selatan tanahair.

Apakah pendekatan berkempen perlu dikaji semula ?
Perlu diperbanyakkan ceramah �soft campaign� bukannya
ceramah yang menyerang pihak lawan ? Perlu
diperbanyakkan ceramah apa tawaran PAS dan PKR untuk
penduduk setempat ?

Apakah pengedaran risalah tidak begitu meluas , kerana
petugas PAS dan PKR syok sendiri menggantung bendera
kurang berminat untuk mengadakan kempen rumah ke rumah
serta mengedar risalah rumah ke rumah ?

Apakah PAS dan PKR kekurangan petugas di pondok panas,
petugas kira undi dan sebagainya kerana penyokong PAS
dan PKR syok sendiri dengan ceramah yang dihadiri oleh
ribuan penonton, walhal mereka yang mendengar ceramah
itu mungkin bukan pengundi di kawasan tersebut ?

Apakah perlu diperbanyakkan lagi laman web yang
membangkitkan isu permasalahan setempat bukannya laman
web yang mengulas isu nasional semata-mata ?

Apakah perlu penyokong PAS dan PKR sentiasa
mendampingi semua bangsa dan agama termasuk
orang-orang UMNO sendiri ?

Apakah perlu setiap penyokong, petugas, ahli PAS dan
PKR perlu lebih banyak berkorban masa dan wang ringgit
untuk membantu calon , bukan semata-mata mengharapkan
kewangan dari calon atau pimpinan pusat ?

Banyak lagi andaian dan spekulasi yang boleh kita buat
dengan pengundi hantunya, membeli pengundi dan
sebagainya. Tapi cermin diri kita sendiri sebelum kita
salahkan orang lain.

Berusahalah dari sekarang untuk mencapai kejayaan
dalam Pilihanraya Umum ke 13 nanti insyaAllah. Yang
belum mendaftar sebagai pengundi , daftarlah segera.
Ajak sanak saudara dan rakan taulan supaya mendaftar
sebagai pengundi. Yang sudah mendaftar sebagai
pengundi , tapi masih belum ubah alamat, ubahlah
segera. Ini ada yang duduk Negeri Sembilan tapi suami
mengundi di Pahang, isteri mengundi di Johor, camno ?

Buatlah tabungan dari sekarang baik diperingkat parti,
peringkat kepimpinan, diperingkat ahli, penyokong dan
seterusnya supaya PAS dan PKR mempunyai sumber
kewangan yang cukup untuk menghadapi pilihanraya dan
untuk mempertahankan kerusi yang sedia ada.

NEGERI UTARA SUDAH BERUBAH , KITA DI SELATAN BAGAIMANA
?

Blog PAS N.Sembilan http://pasns. blogspot. com
Rembau http://rembau- hari-ini. blogspot. com
Anak Muda Kampung http://amkns. blogspot. com

*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: