Monday, March 17, 2008

Re: Selangor menanti kedatangan TGNA untuk bermunajat di stadium Shah Alam.

"Kadet Pencen" kadetpencen@yahoo.com

Assalamu'alaikum warahmatullah hi wabarakatuh,

Semnjak akhir ini, terdapat banyak berita yang disebarkan samada secara peribadi, sms, dan juga emel, sehingga menyebabkan ramai yang tertanya mengenai kesahihan berita berita itu. Di sini, ingin saya meminta orangramai supaya mendapatkan kesahihan sesatu berita yang diterima sebelum menyebarkannya.

Antara satu dari berita yang diterima baru baru ini, adalah kedatangan YAB TG Nik Aziz ke Stadium Shah Alam pada hari Khamis 27/28 Mac ini. Setelah mendapat kesahihan dari 2 sumber:

1. Saudara Sayuti, Ketua Lajnah Penerangan DPP Shah Alam, dan
2. Saudara Roslan Shahir, Setiausaha Akhbar Presiden PAS,

izinkan saya menyatakan bahawa berita ini TIDAK BENAR; tidak ada atau belum ada lagi rancangan sedemikian buat masa ini! Saya juga telah difahamkan bahawa berkemungkinan besar kerajaan baru Negeri Selangor akan mengeluarkan kenyataan mereka tidak lama lagi.

Terima kasih.


Wassalamu'alaikum warahmatullah hi wabarakatuh,
kadetpencen@ yahoo.com

*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: