Sunday, March 16, 2008

Re: [ReSpeKs] Melayu menang sorak

"mr coconut" mrcoconut@hotmail.com

SALAHKAH MELAYU SOKONG DAP
BILA MELAYU UMNO SOKONG MCA, GERAKAN DAN MIC

UMNO MENANG DI PENANG
TAPI JAWATAN KETUA MENTERI DI SERAH PADA GERAKAN

DAP MENANG DI PERAK
TAPI JAWATAN MENTERI BESAR PADA PAS

BUKAN DAP YG HAPUSKAN BIASISWA MELAYU
TAPI KERANA UMNO !

BUKAN DAP YG HAPUSKAN QUOTA PELAJAR MELAYU
TAPI KERANA UMNO !

BUKAN DAP YG HAPUSKAN KUASA RAJA-RAJA MELAYU
TAPI KERANA UMNO !

BUKAN DAP YAG TUKAR TANAH MELAYU KEPADA TANAH PERSEKUTUAN
TAPI KERANA UMNO !

BUKAN DAP YANG RAMPAS TANAH REZAB MELAYU PENANG
TAPI KERANA UMNO !

BUKAN DAP YG HARAMKAN PARA MUFTI BERI KULIAH
TAPI KERANA UMNO !

BUKAN DAP YG RUNTUHKAN SURAU DAN KUIL
TAPI KERANA UMNO !

BUKAN KERANA DAP MELAYU PENANG TERCAMPAK KELUAR
TAPI KERANA UMNO !

BUKAN KERANA DAP MELAYU PENANG MUNDUR
TAPI KERANA UMNO !

BUKAN KERANA DAP

OLEH ITU DI MANA KAH KEWAJARAN MELAYU UMNO MAHU BERDENTUM MARAH KAN DAP DAN PEMBANGKANG PUNCA SEGALA KERUNTUHAN DAN KEMUNDURAN MELAYU BILA 50 TAHUN UMNO GAGAL MEMBELA MELAYU.

LEBIH 30 TAHUN DENGAN DEB MELAYU PENANG TETAP TERCAMPAK KELUAR, BUKAN KERANA DAP TAPI KERANA UMNO !

MUSUH ORANG MELAYU ADALAH UMNO ! BUKAN DAP BUKAN PAS, BUKAN PKR.

UMNO YG GAGAL BUKAN DAP, PKR ATAU PAS !

ORANG MELAYU SEPATUT NYA BANGKIT MENYALAHKAN UMNO DI ATAS KEGAGALAN DEB DAN UMNO MEMBELA NASIB MELAYU. BUKANNYA MENYALAHKAN ORANG LAIN.

SELAGI MELAYU TIDAK TAHU SIAPA MUSUH MEREKA SEBENARNYA SELAGI ITULAH MELAYU BERADA DALAM KEMUNDURAN.

SELAMA BERSAMA UMNO LAH MELAYU PENANG MENANG SORANG KAMPUNG TERGADAI ! BUKAN KERANA DAP TERHADAP APA YG TERJADI PADA MELAYU PENANG SEBELUM 8-MAR-2008. BUKAN KERANA PEMBANGKANG TAPI KERANA UMNO !

KENALI MUSUH ANDA DAN JANGAN BERTERUSAN DI PERKUDAKAN UMNO !


To: hanef_1pw@yahoo. co.uk; amriwahab@gmail. com; mymasjid@yahoogroup s.com; ingatan@yahoogroups .com; musamusang@yahoo. com; salasiah@ikram. com.my; kulaan_23@yahoo. com; norfian_nazir@ yahoo.com. my; nuratikah1180@ yahoo.com; mustakim_mohdsalleh @yahoo.co. uk; norbaini_shamsuddin @rhbbank. com.my; ruzilai@tnb. com.my; idaizumi@sarawak. uitm.edu. my; abanghamizam@ sarawak.uitm. edu.my; zulkifflee.mohamed@ mmu.edu.my; rosliza_abdrahman@ yahoo.com; shahriln@bnm. gov.my; mrz4cute@yahoo. com; jmlhabdullah@ yahoo.com; rusliis@csd. tnb.com.my; mhh56@yahoo. com; xpwc@yahoogroups. com
From: amir@fcm.com. my
Date: Thu, 13 Mar 2008 10:47:29 +0800
Subject: RE: INGAT-INGAT SESAMA INSAN Re: [ReSpeKs] Melayu menang sorak

Dulu pun kite UMNO kita sokong tapi kini UMNO takleh harap nak sokong jugak. bodo la kite ni.Jadi kayu ikut menkhinzir buta mau macam tu ka?
-----Original Message-----
From: ingatan@yahoogroups .com [mailto:ingatan@ yahoogroups. com]On Behalf Of hanef mohd salleh
Sent: Wednesday, March 12, 2008 10:07 PM
To: wahabamri; mymasjid@yahoogroup s.com; ingatan@yahoogroups .com; ensem; kadai kulaan; salasiah kulaan; pakar komputer; Princess Nanako; must 24; mus baini acu; Ruzila Ismail; Professor; Professor; Dr. Professor Gone; Dr. Rosliza; Chain't; Mariam Zakaria; kak mariam abg mat; Rosli; itd Hj Hamidi; xpwc
Subject: INGAT-INGAT SESAMA INSAN Re: [ReSpeKs] Melayu menang sorak

OH ! ! ! KAKITANGAN KERAJAAN
AKU SEORANG DOKTOR,
AKU SEORANG PEGUAM,
AKU SEORANG PENSYARAH,
AKU SEORANG JURUTERA
AKU SEORANG ANAK BANGSA
MEGAHNYA BERKATA-KATA
KEJAYAAN DILAUNG BERSAMA-SAMA,
TAPI MEREKA LUPA,
DARI MANA MEREKA BERMULA,
DARI SEKOLAH KERAJAAN YANG ADA
BELAJAR,SEHINGGA BERJAYA
DI HANTAR KELUAR NEGARA
YAYASAN PELAJARAN, MARA,BIASISWA JADI PENAJA
DUIT KERAJAAN DIA YANG GUNA
MAKA INILAH MEREKA. . . .
BAGAI KACANG LUPAKAN KULIT,
MADU DIHISAP SEPAH DIBUANG
BAGAI GUNTING DALAM LIPATAN,
SANGAT SESUAI JADI RENUNGAN,
UNTUK ORANG-ORANG BERKENAAN! ! !
SUDAH BERJAYA KERAJAAN DILUPAKAN,
TIDAK ADIL LAH DI KATAKAN,
PERIUK NASI PUN DARI KERAJAAN,
ELAUN TAK CUKUP DINAIKKAN
RUMAH TAK ADA ... KUARTERS DISEDIAKAN
HOSPITAL KERAJAAN JADI TUMPUAN
ALMAKLUMLAH HOSPITAL SWASTA TAK CUKUP DUIT BUAT BAYARAN
BAGI MEMBANTU RAKAN DAN TAULAN
BONUS PULA JADI TARUHAN
TAK MALU MUKA KATAKAN
KALAU TAK SUKA KERAJAAN
LEPASKANLAH JAWATAN,
PERGI CARI YANG BERKENAN,
MAKLUMLAH SEKARANG DAH BANYAK KERAJAAN
RENUNGLAH SEJENAK
BUAT TATAPAN KAKITANGAN KERAJAAN


wahabamri wrote:
Air kalau mengalir tanpa saluran atau parit
ia akan melimpah dan memusnahkan
Begitulah SEMANGAT kalau tidak ada disipilin,
dan tidak terpimpin
ia akan merosak dan memusnahkan.


Begitulah yang bakal terjadi khasnya kepada MELAYU Pulau Pinang kerana semangat sangat nak berubah
Pi pangkah DAP, DAP dengan MALAYSIAN MALAYSIAnya bererti MELAYU PP kena bersaing dengan kaum lain tanpa bantuan kerajaan yang akhir nya akan jadi saperti MELAYU SINGAPURA terpinggir,terpenci l dan tertinggal kebelakang.MELAYU SINGAPURA hanya terpaksa menjadi YES MAN kepada kerajaan untuk hidup.



On 12/03/2008, umar faruqi <faruqi03@yahoo. com> wrote:

Melayu menang sorak



KEPUTUSAN Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12, seperti PRU-10 pada tahun 1999, sekali lagi menggugat penguasaan politik mutlak UMNO di kalangan orang Melayu.

Sebaliknya, DAP dan PKR telah berjaya mengancam 'perpaduan' dalam BN yang selama ini dikatakan penyelesaian untuk masa depan orang Melayu dan kaum-kaum lain.

Masalahnya, segala urusan ini adalah urusan manusia yang pastinya tidak terkecuali daripada cacat cela dan kealpaan yang pada suatu masa nanti akan terkopak luas dan mencetuskan kejutan yang tidak diduga.

Selama ini MCA dan MIC diharapkan sentiasa menjadi pasak-pasak utama kepada UMNO dan sentiasa diberikan kedudukan sewajarnya termasuk dalam Kabinet.

Demikian juga Parti Gerakan yang pada tahun 1969 bertanggungjawab dalam Peristiwa 13 Mei, menyertai Barisan Nasional (BN) dan diberikan 'geran bebas' atau freehold oleh Tun Abdul Razak iaitu kalau UMNO punya kerusi terbanyak di DUN Pulau Pinang, Ketua Menterinya tetap daripada Gerakan.

Malangnya semua kontrak politik ini tidak kekal kerana kaum Cina dan India sentiasa mengubah cita rasa. Ini disebabkan kerajaan yang diterajui UMNO terlalu murah hati atau lemah kerana membiarkan DAP iaitu serpihan dari PAP - parti yang diasaskan oleh Lee Kuan Yew dengan perjuangan cauvinisme Cinanya - terus meluaskan pengaruh di kalangan kaum Cina.

Matlamat DAP ialah hendak menjadikan Malaysia satu lagi Singapura yang berasaskan meritokrasi. Bermakna Melayu akan dimonopoli oleh bukan Melayu dan meritokrasi pula semestinya tidak ada peruntukan untuk gagasan ketuanan Melayu, bahasa Melayu, agama Islam dan institusi-institusi Melayu dari zaman silam.

Seperti orang Cina, kaum India juga kecewa dengan kepimpinan MIC dan akhirnya mereka sekarang lebih mematuhi arahan dari Hindraf berbanding MIC sendiri. Inilah jadinya.

bersikap terlalu terbuka dan mempercayai kaum lain - pendirian yang diwarisi dari zaman Tunku Abdul Rahman. Walhal keadaan sudah berubah kerana orang Melayu lupa bahawa kebanyakan orang Cina dan India di negara ini menganggap diri mereka sebahagian daripada Chinese Diaspora dan Indian Diaspora dulu, kemudian baru sebagai rakyat Malaysia.

Sebab itulah kepimpinan MCA dan MIC sentiasa menghadiri persidangan- persidangan antarabangsa Cina dan India seberang laut.

Tetapi di sebalik semua senario ini UMNO tetap mematuhi kontrak sosial dalam perlembagaan yang digubal oleh pakar-pakar luar negara iaitu setiap rakyat Malaysia mempunyai satu kuasa undi atau one man one vote, bukan orang Melayu ada dua undi atau rakyat luar bandar yang miskin perlu ada suara lebih di Parlimen.

Kalau dilihat di negara-negara lain konsep one man one vote iaitu demokrasi ala Westminster inilah yang mengakibatkan rakyat asli Fiji dan Guyana di Amerika Selatan kehilangan kuasa politik mereka menyebabkan pihak tentera Fiji merampas kuasa.

Di sebalik itu, UMNO masih juga baik hati dan masih ghairah bercakap soal perkongsian kuasa BN, yang juga boleh dilihat dalam Kabinet. MCA punya 'hak mutlak' bagi Kementerian Kerajaan Tempatan, Kementerian Kesihatan, Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Pengangkutan. MIC pula untuk Kementerian Kerja Raya.

Apa yang dibimbangkan ialah sejak 50 tahun ini, orang Melayu masih tidak bijak bermain politik, amat lurus bendul dan langsung tidak tahu membaca silat terajang musuh politik.

Lagi satu selama ini kepimpinan UMNO sentiasa mengamalkan politics of accomodation atau appeasement atau politik jalan tengah yang hanya baik buat sementara tetapi lebih banyak mudaratnya kepada orang Melayu dan Islam.

Contohnya, menjadikan Thaipusam cuti umum sedangkan kaum India minoriti (telah diberi cuti Deepavali) Ia ditambah pula dengan sifat tamak segelintir orang UMNO maka kita berhadapan dengan kemelut yang agak rumit ini, lebih-lebih lagi mengenangkan nasib anak cucu kita.

Jadi melihatkan keadaan di Pulau Pinang, Perak dan Selangor, kepimpinan Melayu mesti membuka langkah politik baru untuk mengekalkan kuasa politik Melayu yang tidak mengancam nyawa bukan Melayu.

Contohnya, di Pulau Pinang kesemua DUN UMNO, PKR dan Pas (21) boleh mewujudkan satu pakatan khas untuk Pulau Pinang berbanding DAP (19).

Di Selangor, jumlah kerusi UMNO, PKR dan Pas (41) sudah cukup untuk menghalang sebarang kongsi kuasa dengan DAP (13). Di Perak, jumlah 40 kerusi sudah lebih daripada cukup untuk menghalang DAP (18).

Inilah masanya pihak istana dan pejabat Gabenor Pulau Pinang memainkan peranan. Lebih-lebih lagi amalan sekarang memberikan kuasa mutlak kepada sultan dan perlembagaan negeri untuk memilih ketua kerajaan.

Kaum Cina dan India perlu diberitahu bahawa pada masa ini pun Melayu Islam keturunan Arab sendiri tidak boleh jadi Menteri Besar Johor dan Kelantan.
�" SAAD HASHIM


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: