Wednesday, March 12, 2008

Re: [ReSpeKs] Analisis Politik teruskan atau berhenti di sini???

"Jason Bourne" jasonbourne2810@gmail.com

Askum.. semua.. Harap di teruskan..

2008/3/11 Mafia Rawang mafia_rawang@ yahoo.com:

Saya sokong juga ruangan ini diteruskan.Cuma yang saya rasa terkilan disini,banyak juga kiriman saya yang tidak disiarkan.Kalau ruangan ini diasaskan dengan rasa saling menghormati antara ahli janganlah sampai sesetengah email tu di banned.Dimanakan kebebasan bersuara.Tapi jika email tu berunsur perkauman atau sesuatu yang boleh membawa kepada huru hara,memang sepatutnya tidak disiarkan.
Wasalam.

Girl Forever lailatul71@yahoo. com wrote:
Saya pun setuju sesangat....
...


----- Original Message ----
From: Shahrul Nizam snizam_mr@yahoo. com
To: ReSpeKs@yahoogroups .com
Sent: Monday, March 10, 2008 8:13:57 PM
Subject: Re: [ReSpeKs] Analisis Politik teruskan atau berhenti di sini???

Tabik tuan.
Suara rakyat harus diteruskan.

----- Original Message ----
From: Kadet Pencen yahoo.com
To: ReSpeKs@yahoogroups .com
Sent: Sunday, March 9, 2008 9:31:15 PM
Subject: Re: [ReSpeKs] Analisis Politik teruskan atau berhenti di sini???

Assalamu'alaikum,

Ulungnya saya ingin memohon maaf kepada kesemua ahli groups ini seandainya kiriman berita saya selama ini tidak disenangi.

Selama saya menjadi ahli groups ini, saya kira ini kali pertama saya membalas kepada sesuatu isu atau soalan yang ditujukan. Ketahuilah bahawa tujuan saya semata untuk menyampaikan berita yang tidak dipaparkan oleh media perdana dan bukan bertujuan untuk berdebat; seandai sesatu berita itu ada kebenaran maka kebenaran itu harus diketahui. Disebaliknya seandai ada yang tidak bersetuju dengan berita yang dihantar, maka itu hak peribadi masing masing dan tidak ada sesiapa yang harus menghalangnya.

Ingin saya menyatakan di sini bahawa sesatu perjuangan itu tidak terhenti dengan kemenangan di peti undi, malah kemenangan di peti undi boleh dikatakan permulaan baru kerana perjuangan kerana Allah dan untuk rakyat tidak ada hentinya sehingga ke satu detik di mana ianya ditentukan Allah s.w.t. iaitu hari sesaorang itu mati atau hari Qiamat.

Kita sebagai hambaNya yang lemah setiasa dibuaikan dengan pelbagai khayalan dunia hingga menyebabkan kita lupa pada tanggungjawab kita bukan sahaja dalam menjaga solat, tetapi juga dengan amal ibadah harian. Sejarah telah membuktikan kejathuan pelbagai tamadun apabila mereka mula lalai dan angkuh dengan perintah Allah. Kaum Lut, Aad, Rom, Mesir purba, Byzantium, dan banyak lagi apabila mencapai kemuncak kejayaan mereka, mula lalai dengan tanggungjawab dan keprihatinan kepada rakyat dan angkuh kepada Allah, kesemua mereka telah pupus atau hampir pupus. Maka dengan itu kita - samada yang memerintah ataupun rakyat - harus diingatkan selalu mengenai tanggungjawab masing masing agar kita sentiasa berada di jalan yang benar.

Di Malaysia pula di mana media arus perdana bertindak berat sebelah, berita yang sebenar disembunyikan dari pengetahuan ramai dan rakyat sentiasa dibuaikan dengan pelbagai hiburan yang keterlaluan. Bukannya kita tidak boleh berhibur, tapi memadailah dengan secara sederhana.

Kini parti parti politik alternatif telah berjaya mengurangkan majoriti 2/3 pemerintah di peringkat Federal, dan menerima mandat rakyat di 5 buah negeri. Namun media arus perdana akan terus menenggelamkan kejayaan pentadbiran parti alternatif di negeri negeri ini, malah memburukkan lagi seperti mereka telah terbukti melakukan sedemikian di Kelantan. Tanpa saluran berita lain, ramai yang terpedaya dengan ketidakbukaan media arus perdana.Ibarat pertelingkahan 2 pihak di mana rakyat menjadi hakim, maka seharusnya fakta dan rayuan kedua belah pihak diperdengarkan agar rakyat dapat memahami sebelum menghukum. Namun sedihnya, ini tidak berlaku di Malaysia.

Izinkan juga saya menerangkan sedikit mengenai diri saya: saya bukanlah seorang ahli politik yang berpegang jawatan di dalam mana mana parti; diri saya hanyalah rakyat biasa yang menghantar berita berita ini secara sukarela - tanpa diminta apalagi dibayar - agar rakyat mendapat gambaran sebenar situasi sebenar di negara kita yang tercinta ini.

Dengan itu, saya meminta izin kepada semua agar janganlah menutup di antara beberapa saluran kecil yang ada seperti di groups ini daripada menerima berita berita samada dari saya ataupun dari sesiapa. Seandainya saluran saluran kecil ini ditutup maka ia akan mengembalikan kita ke situasi sebelum wujudnya groups seperti ini di Internet, di mana pandangan rakyat akan digelapkan hanya dengan berita media arus perdana.


Wassalam
kadetpencen@ yahoo.com



umar faruqi wrote: Salam....... ......... ........


Sebelum ni kita hangat berkempen di groups kesayangan kita ini......... . dan hari ini, kita telahpun tahu keputusannya. .. Terima lah dengan Redho kehendak dariNya..... .. Segalanya ada hikmah ynag mungkin kita tidak pernah terfikirpun. ........ Pada saya sesuatu yang amat baik!!! Mengundi bukan lagi kerana perkauman... ....... Satu langkah bijak....... . Cuma di sana bagaimana kita menyesuaikan diri dalam suasana baru ini......... ......... ...... Malaysia ku terlalu Unik!!!


Apapun bukan itu perbincangan. .. Cuma, ingin bertanyakan pada sahabat semua ahli groups...... .... perlukah kita teruskan dengan isu politik dan analisis kedai kopi di groups ini??? Atau kita berhenti sekadar itu sahaja...... ......... ......... ..


Mungkin sahabat ada pandangan???


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: