Thursday, March 6, 2008

re: OPERASI RAHSIA TAWAN KELANTAN DENGAN PENGUNDI HANTU

"jaga jaga" jagajagala@yahoo.com.my

cik jasnie nak bukti yer...yg ni bleh
" Kisah ini menarik dan menggemparkan. Ia boleh menyebabkan ketegangan berlaku sewaktu hari mengundi pada 8 Mac 2008. Jika benar, ia juga mungkin menyebabkan PRU12 menjadi tidak sah. Kisah sepenuhnya adalah seperti berikut:

Pada jam 2.44 pagi, Mac 5 2008, saya membuat posting berjodol Segolongan Anggota Tentera Ada Dua IC? seperti di bawah ini:

Sumber-sumber memberitahu Suara bahawa kini segolongan anggota angkatan tentera dikatakan mempunyai dua kad pengenalan – satu kad pengenalan tentera, satu lagi kad pengenalan awam. Lagi: http://maisuara. blogspot. com

Setakat jam 10.16 pagi, saya menerima empat komen daripada para pembaca. Antaranya yang relevan adalah seperti berikut:

7:03 pagi, Berita Dari Gunung: Dalam filem, sebelum James Bond bergerak untuk sesuatu mission, beliau akan dibekalkan dengan peralatan canggih dan pelbagai pasport. James sentiasa berjaya, walau tertangkap akan lepas juga. Kalaupun ada tentera dengan dua kad, tentulah dengan misi tertentu. Misi tentera selalunya RAHSIA.

7:48 PAGI: SU-KJ: Sebagai seorang bekas tentera, saya rasa perkara ini tidak benar. Tidak mungkin begitu mudah sekali anggota tentera diberi kad pengenalan awam kerana ia boleh memakan diri ATM sendiri. Namun sebagai bekas tentera juga saya ingin memaklumkan bahawa pihak pembangkang tidak perlu risau kerana majoriti bekas tentera dan juga yang masih berkhidmat nafas mereka berbau “pembangkang”. Pengundi-pengundi tentera mahupun bekas tentera, mereka ibarat seperti pengundi rakyat Kelantan..." diberi habuan hamba ambik tapi pangkah demo belum tentu lagi" http://www.penyokon g-kj.blogspot. com/

8:33 pagi, Kamalkamal: Pucuk pimpinan BN semakin tertekan. Semalam SPR membatalkan cadangan penggunaan dakwat kekal di kuku semasa PRU kali ini. Ini menguatkan maklumat yang diberikan oleh "Suara". Bila terdesak manusia sanggup melakukan apa saja asalkan matlamatnya tercapai.

10:16 pagi, Habil: Benar, Malaysian Army mempunyai dua ID dalam rekod SPR. Sebagai bukti, go to website SPR http://daftarj. spr.gov.my/ daftar.asp. Kemudian masukkan no IC tentera ni: T719756. Kemudian, masukkan no IC "orang awam" ni pulak: 750909035727. Bukan kah mereka adalah orang yang sama? Tetapi mengapa satu undi pos di Penang, dan satu lagi ke Kelantan atas nama "Orang AWAM"??? No wonder BN begitu "confident" untuk merampas Kelantan dan lain-lain.. Sungguh jahat, dan tak amanah pemerintahan BN. Saya sungguh kecewa...Teramat sedihh....

Berikutan komen oleh Habil, saya pun akses lamanweb SPR
http://daftarj. spr.gov.my/ daftar.asp. Berikutnya, saya key-in No IC Tentera: T719756 dan saya dapati maklumat di bawah ini:

Kad Pengenalan : T719756
Nama : HAZELY RAZIN BIN YAAKUB
Tahun Lahir : 1975
Jantina : L
Lokaliti : 042 / 06 / 06 / 635 - TUDM B'WORTH
Daerah Mengundi : 042 / 06 / 06 - JALAN MESJID
DUN : 042 / 06 - TELOK AYER TAWAR
Parlimen : 042 - TASEK GELUGOR
Negeri : PULAU PINANG
Pusat Mengundi : POS
Saluran : 0
Masa Mengundi : -
No Siri : 1019

Sesudah itu, saya key-in pula No IC Orang Awam 750909035727 dan memperolehi maklumat berikut:

Kad Pengenalan : 750909035727 / A3170255
Nama : HAZELY RAZIN BIN YAAKUB
Tahun Lahir : 1975
Jantina : L
Lokaliti : 019 / 03 / 13 / 001 - KG BHARU
Daerah Mengundi : 019 / 03 / 13 - KAMPUNG BHARU SUNGAI
DUN : 019 / 03 - PASIR PEKAN
Parlimen : 019 - TUMPAT
Negeri : KELANTAN
Pusat Mengundi : SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MAHMUD MAHYIDIN
Saluran : 3
Masa Mengundi : 08.00 PAGI - 05.00 PETANG
No Siri : 1032

Kedua-dua maklumat di atas amat memeranjatkan saya. Dari namanya (termasuk ejaannya sekali), dari tahun kelahirannya dan dari jantinanya, Hazely Razin Bin Yaakub yang menggunakan Kad Pengenalan Tentera No: T719756 adalah Hazely Razin Bin Yaakub yang juga mempunyai Kad Pengenalan Awam No: 750909035727/ A3170255.

Yang berbeza cuma Hazely Razin yang guna pengenalan tentera membuang undi secara pos untuk DUN: 042 / 06 - TELOK AYER TAWAR dan Parlimen : 042 - TASEK GELUGOR, di Pulau Pinang, sementara Hezely Razin yang menggunakan pengenalan awam akan mengundi di DUN : 019 / 03 - PASIR PEKAN dan Parlimen : 019 – TUMPAT di Kelantan menerusi saluran tiga di pusat mengundi Sekolah Menengah Kebangsaan Mahmud Mahyidin.

Pembongkaran di atas bukan fitnah. Anda sendiri boleh memastikan perkara di atas dengan menurut kaedah yang diberikan oleh Habil. Pastikanlah, dan sesudah itu desaklah SPR dan kepimpinan negara untuk menafikan penyelewengan seperti ini dengan seberapa segera. – Ruhanie Ahmad(bekas Parlimen Parit Sulong)
"
Jasnie Kasturi dewi_mengkudu@ yahoo.com. my wrote:
BUKTIKAN JIKA BN BERTAKTIK BEGITU.... INGAT TAK DULU... PEHAK PEMBANGKANG MENGGUNAKAN NAMER ORG YG DAH MATI UTK MENGUNDI...? ????

jaga jaga jagajagala@yahoo. com.my wrote:
Lanjutan daripada laporan tentang penafian Dato’ Seri Abdullah Badawi, Pengerusi BN bahawa tidak wujud pengundi hantu seperti yang didakwa oleh parti pembangkang, PAS hari ini bersedia untuk mendedahkan dengan lebih lanjut tentang operasi pengundi hantu seperti yang didakwa sebelum ini.

A. PAS telah difahamkan bahawa Barisan Nasional sedang merancang satu penipuan besar-besaran dalam pilihanraya 8 Mac 2008 ini di negeri Kelantan dengan kerjasama SPR bagi tujuan merampas pemerintahan Kelantan daripada PAS. Kepercayaan ini berasaskan kepada tindak-tanduk jentera BN dan fakta-fakta yang diperolehi oleh PAS akhir-akhir ini dan disokong dengan apa yang telah berlaku sejak pilihanraya umum ke-11 pada tahun 2004.

PAS percaya BN akan menggunakan sepenuhnya kepincangan dalam daftar pemilih selain mendapat kerjasama daripada ejensi-ejensi kerajaan yang tertentu untuk membolehkan mereka melaksanakan operasi ini.
Berikut adalah gambaran modus operandi yang telah, sedang dan akan dilaksanakan oleh BN:-
1. Sepanjang tempoh pendaftaran daftar pemilih, BN dengan kerjasama SPR membuat operasi untuk membolehkan wujudnya ”pengundi terancang” (planted voters) di negeri Kelantan iaitu pengundi yang boleh dirancang pengundiannya oleh BN yang terdiri daripada kategori–kategori berikut:-
a. Kategori pengundi tentera dan polis yang berdaftar sebagai pengundi pos dan diwujudkan dalam pendaftaran pengundi awam dengan menggunakan ID awam;
(PAS bersedia mengemukakan bukti wujudnya pengundi yang mempunyai pendaftaran sebagai pengundi pos dan pengundi awam dalam masa yang sama).
b. Pengundi yang dipindahkan ke Kelantan (tanpa pengetahuan) atau didaftarkan tanpa pengetahuan pemilik ID di Kelantan. Kebiasaannya pengundi kategori ini biasanya tidak bersedia untuk mengundi kerana mereka berada di luar Kelantan.
(PAS bersedia mengemukakan bukti wujudnya pengundi yang dipindahkan dari kawasan mengundi di luar Kelantan ke Kelantan dan wujudnya pengundi yang didaftarkan di Kelantan tanpa permohonan oleh pemilik ID).
c. Mewujudkan pendaftaran berulang bagi seorang pemilik ID di dua atau lebih tempat mengundi;
(PAS bersedia mengemukakan bukti wujudnya daftar berulang di dalam daftar pemilih).
d. Mewujudkan pendaftaran palsu dengan ID palsu.
e. Mengenalpasti pengundi-pengundi lesap iaitu pengundi yang rekodnya menunjukkan mereka tidak keluar mengundi dalam pilihanraya- pilihanraya terdahulu.
f. Membuat operasi pendaftaran beramai-ramai secara tidak demokratik iaitu dengan menyalahgunakan kekuasaan (misuse of authority) seperti mendaftarkan pelajar-pelajar universiti melalui pihak berkuasa universiti, juga dengan menyalahgunakan hubungan pengaruh tidak wajar (undue influence) seperti mendaftarkan pekerja-pekerja kilang melalui majikan dan sebagainya. Dengan cara sebegini, pengundi telah tidak diberi kebebasan untuk menentukan di mana pilihan mereka untuk mengundi selain dipengaruhi untuk mengundi BN dengan balasan/habuan tertentu.
2. Seterusnya, semasa musim pilihanraya, BN akan menggerakkan jenteranya untuk mengumpulkan ”pengundi-pengundi upahan” dari luar Kelantan bagi dikerahkan ke Kelantan dan juga di kalangan petugas BN di dalam negeri Kelantan untuk mengundi dengan menggunakan nama dan ID ”pengundi terancang” yang telah diwujudkan di dalam daftar pemilih. Untuk menggerakkan usaha ini, BN biasanya berselindung di sebalik operasi kempen balik mengundi seperti yang dijalankan sekarang sebagai ”Pakat Kelik Ngundi” tetapi sebenarnya adalah untuk menggerakkan pengundi upahan dan untuk merasionalisasikan peratus keluar mengundi yang akan meningkat kerana pengundian pengundi terancang tersebut.
3. Pada kali ini, PAS difahamkan BN sanggup membayar upah sebanyak RM300 sehingga RM600 setiap seorang yang turun mengundi ke Kelantan. Tawaran ini dikemukakan kepada sesiapa sahaja yang berminat tanpa perlu memastikan samada orang tersebut pengundi di Kelantan ataupun tidak. Bagi pengundi upahan yang bukan pengundi berdaftar di negeri Kelantan, PAS percaya satu kaedah pengeluaran ID secara tidak sah (pemalsuan ID) dibuat bagi membolehkan mereka (pengundi upahan) mengundi di atas daftar nama pengundi terancang. Ini boleh diandaikan benar kerana pada pilihanraya sebelum ini, terdapat pengundi berdaftar yang tidak dapat mengundi kerana rekod menunjukkan ada pengundi lain yang mengundi di atas daftar nama beliau. Melalui operasi begini juga, tidak mustahil berlaku seorang pengundi upahan mengundi bagi lebih daripada satu daftar nama (multiple voting) dalam negeri yang sama.
4. Operasi sebegini telah dilaksanakan oleh BN untuk menjatuhkan Kerajaan PAS di Terengganu pada tahun 2004. Pada tahun tersebut, kita semua maklum tentang banyak perkara yang luarbiasa seperti yang telah dilaporkan sebelum ini antaranya:-
a. Pertambahan jumlah pengundi dalam daftar pemilih Terengganu yang luarbiasa sejak tahun 2000 hingga 2004;
b. Peratus keluar mengundi yang meningkat luar biasa sehingga lebih 90% di sesetengah tempat (yang anehnya Pengerusi SPR telah membuat kenyataan beberapa hari sebelum hari mengundi bahawa beliau menjangkakan berlaku pertambahan peratus keluar mengundi yang besar pada tahun tersebut);
c. Pengundi-pengundi yang tidak dapat mengundi kerana rekod menunjukkan mereka sudah mengundi (bermaksud ada orang lain telah mengundi menggunakan nama mereka);
d. Penambahan masa mengundi di Selangor. Penambahan masa ini dipercayai dibuat untuk membolehkan pengundi-pengundi upahan yang mengundi di Terengganu sempat berpatah balik bagi mengundi di Selangor (di dalam keputusan petisyen pilihanraya bagi Parlimen Gombak dan DUN Gombak Setia, mahkamah telah memutuskan bahawa penambahan masa tersebut adalah pelanggaran kepada undang-undang, malangnya mahkamah tidak membatalkan kemenangan BN di atas alasan pelanggaran tersebut tidak menjejaskan keputusan pilihanraya) ;
B. PAS telah menerima maklumat perjalanan bas-bas yang akan membawa pengundi-pengundi upahan ini (pengundi hantu) dari seluruh negara termasuk daripada beberapa universiti tempatan.
C. PAS mengingatkan bahawa, di atas semangat mempertahankan demokrasi, PAS akan melakukan apa saja tindakan bagi menghalang pengundi-pengundi hantu ini dari masuk mengundi ke Kelantan dan Terengganu. Petugas-petugas PAS telah diarahkan dan cukup bersedia untuk memastikan mereka tidak berjaya mengundi sebagai pengundi hantu.
D. PAS mencabar SPR, Barisan Nasional dan semua pihak yang dikaitkan di dalam dakwaan di atas untuk mengakui atau menafikan dakwaan tersebut dan PAS bersedia untuk mengemukakan mana-mana bukti seperti yang dinyatakan dan bersedia untuk memberikan pendedahan selanjutnya selepas ini.
E. PAS akan menghantar sesalinan aduan dan pendedahan ini kepada SPR serta pihak-pihak terbabit dan PAS akan mengulangi pendedahan ini sepanjang baki kempen pilihanraya sehingga pihak-pihak yang terbabit menjelaskan kedudukan masing-masing.

*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: