Wednesday, March 26, 2008

Re: [harakahdaily] coretan anak pejuang...

From: "badrulamin bahron" drbadrul.hubb@yahoo.co.uk

Assalamualaikum w.w.

Amat tersentuh dgn coretan dijahis. Maaf, saya tak sempat ziarah almarhum. Sedih jugak kerana tak dapat berita tentang pemergiannya. Yang paling terkilan lagi kerana saya tak ingat 'pak mail' yang mana satu dimaksudkan. Mungkin saya kenal almarhum kerana saya sering juga berulang ke johor... Tolong bagi info almarhum, kalau ada gambar lebih baik buat kenangan.

Buat dijahis, teruskan perjuangan yang diasaskan oleh ayah.

Alfatihah!

Salam. UB.


From: "dzulkefli dahalan" dzulkeflidahalan@yahoo.com

Salam serta takziah. Alhamdulillah, anda memahami perjuangan arwah. Muga-muga arwah pulang dengan aman sejahtera diiring doa kalian, pewaris semangat serta dayajuang beliau. Muga senyuman terakhir itu kekal di hati kalian, menjadi semangat mengukuhkan iman.
...dan hati ini sering bertanya ... bilakah mungkin mampu ku punyai kekuatan hati dan jiwa secekal mereka...? Jarak usia menebalkan rasa malu pada ketabahan dan kegagahan tubuh-tubuh tua mereka dalam perjuangan.. Redakanlah pilu itu.. dan titiskanlah airmata kalian dengan rasa cinta dan bangga, bersyukur menjadi anak wirabangsa dan agama yang sebenar...


gajah kiki wrote:

To: imatchpmium@ yahoogroups. com, ukp@yahoogroups. com,
nisa_malaysia@ googlegroups. com, nisa_team@googlegro ups.com,
anakjohordiperantau an@yahoogroups. com, zamrud@yahoogroups. com,
i_group@yahoogroups .com
From: gajah kiki
Date: Mon, 24 Mar 2008 00:15:50 -0700 (PDT)
Subject: [Imatchpmium] coretan anak pejuang...

dengan nama Allah yg Maha Pemurah Lagi Maha
Mengasihani. .

sekarang di muar lagi.. cyber cafe, dok ngantar emel
pada lecturer, data hilal..

sebenarnya takde ape yang boleh diceritakan tentang
arwah ayah, tapi tak tahu kenapa hati sangat
meronta-ronta untuk menulis sesuatu buat penenang hati
dan merawat sedih..

ayah hanyalah org yang biasa, tapi semangat
perjuangannya sangat luar biasa..tak tahu nak
ceritakan dari mana.. ayah pergi setelah sempat
melihat kemenangan PAS di 2 DUN di Johor, negeri tanah
tumpah darah dan kesayangannya. . negeri yang sejak
hampir 30thn ayah menyertai PAS dan bergerak aktif
dalamnya, negeri yang pernah 'mereka tak faham lagi
tentang PAS' mengacukan parang bila kempen, negeri
yang org selalu kata, -kalau letak batang pisang atas
tiket BN pun sure menang punye- negeri yang
kebanyakannya org jawa ( biasanya memang setia pada yg
satu )..

mungkin kemenangan 2 DUN ini lebih menggembirakan ayah
dari melihat anaknya gembira dan mendapat cucu baru
2bln lepas..kerana itulah perjuangan ayah..

ayah seorang yang tegas pada prinsip, kalau ayah rasa
itu salah, salahlah, ayah pasti akan mempertahankan
pandangannya dalam mesyuarat dan dalam jemaah
sendiri,demi memperbaiki, ayah tak kisah, ayah akan
cakap jg. berani berkata benar.. ayah pasti akan kata
- kene buat juga usrah, walaupun ada yang kata tak
perlu sangat- ayah akan kata, banyakkan ngo - wlupun
org pandang tak perlu- ayah akan kata apa yang
difikirkannya benar tanpa perlu mengambil hati
siapa2..

ayah selalu merasakan diri tak layak..

pernah waktu ustaz omar, pesuruhjaya PAS jhr meninggal
dunia dahulu, arwah ustaz fadzil kata 'nta jadilah
pesuruhjaya' - ayah kata- ana takde ilmu, pak daeng la
syekh'...

ayah akan mementingkan jemaah lebih dari kepentingan
diri..

pernah ayah tanak pegang sesuatu jawatan kerana lebih
mengutamakan jamaah.. biarlah ape org kata, hanya ayah
dan keluarga yang mengetahuinya. .

ayah tak kisah org copy paste dan bawak ke mana
paperwork pengurusan yang dibuatnya dahulu.. asalkan
utk kebaikan semua..
............ ......... ......... ......... ......

semasa lepas maghrib waktu pengiraan undi dan dapat
tahu pas menang di DUN sg Abong,tempat kami anak
beranak mengundi, ayah tengah rehat di bilik kerana
terlalu penat, bingkas bangun dan sebut Allahu
Akbar!!!

bingkas ambil kot yang dah lama ditinggalkannya dan
terus ke jubli perak tempat mengira undi..di sana dan
ke markaz sehingga pukul 4 pagi baru balik umah..
takpe ayah, semua hasil penat lelah ayah selama ni
Allah dah bagi kemenangan dengan bantuanNYa.. .

sabtu malam lepas ayah nak sangat ke jubli perak ada
jamuan rakyat sempena kemenangan, pakcik salahudin
ayub nak jmpe borak2 dan pak ungku nak jmpe ayah bagi
ubat, tapi ayah tak larat sangat nak ke sana.. mungkin
takde jodoh ayah nak jmpe sahabat2 baiknya..

selpas 2 majlis di rumah hari sabtu,15mac, ayah nampak
sangat penat, tapi masih lagi ke sana ke mari.. slalu
sangat tak nak susahkan anak2.. kul3pg isnin, mak
kejut, kata ayah sakit dada, nak ke hospital, mak kata
ayah tak kasi ikut.. ayah yang drive sendiri kereta ke
hospital, begitulah ayah, slalu sangat nak buat kerja
sendiri dan tak nak susahkan sesiapa.. dan masuk CCU
di hospital muar, barulah mak suruh datang hspital..

5 hari bersama ayah di hospital, barulah boleh pegang
lama-lama tangan ayah, baru boleh urut2 selalu kaki
ayah, bila fikir2, bukan ayah yang sibuk juga, tapi
kesibukan kita juga yang menyebabkan sangat kurang
masa bersama ayah.. :( moga Allah ampunkan dosa2 anak
ayah ni..

mak cerita, rupanya2 ayah dah berjumpa dengan 'lelaki
berjubah' lambai dan senyum2 pada ayah masa ayah di
CCU..terubat juga melihat wajah jenazah ayah yang
senyum dan berpeluh-peluh, .. semacam ayah masih ada
lagi bersama kami..

tersentuh juga bila k muna cerita mimpi arwah ustaz
fadzil kemas2 bilik.. moga2 ayah dapat bertemu dengan
arwah di sana dan jumpe ngn sahabat2 ayah dalam
perjuangan.arwah us fadzil dapat sambut ayah, sahabat
kesayangan ayah sehingga ayah buatkan puisi utk arwah
ustz fadzil dan selalu sahaja sebut2 namanya..

esoknya, ustaz zaria, mengikut ayah meninggal dunia
dalam tidurnye... moga berjumpa juga di taman
firdausi..

setelah ayah pergi, diri menahan rasa sedih, biar mak
tak nampak anaknya menangis.. sahabat2 ayah datang
dari jauh dan dekat, tak putus2 sehingga hari semalam
(ahad).. sabtu sehari selepas ayah ,meninggal, baru
boleh nangis sepuas hati.. lebih sebak lagi bila amik
kereta ayah di hospital, masih ada lagi bahan2 PRU
dalam kereta ayah..

kepada sahabat2 ayah yang susah senang bersama ayah,
memahami ayah, mempercayai ayah, terima kasih
diucapkan..kepada semua kawan2 ayah, maafkan ayah
seandainya ayah ada kesalahan dan kekurangan, kepada
yang masih berhutang dengan ayah, tlg bagitahu..

yang mendoakan ayah, yang menziarahi ayah di kala ayah
hidup dan lebih2 lagi setelah ayah meninggal
dunia,terima kasih tak terhingga..

terima kasih kepada sahabat2 rumah, sahabat2 sebatch,
sahabat2 sejohor dan sahabat2 nisa' yang disayangi
semua dan semua nya yang tak dapat disebut disini atas
doa,ziarah,ucapan takziah dan kasih sayang sahabat2
semua kepada kami sefamily..

ayah, tenanglah di sana, seperti kata sahabat ayah di
perkuburan, rehatlah mail...

pengakhiran talqin yang us kasim baca diperkuburan
diakhiri dengan 3 kali takbir, melambangkan itulah
perjuangan ayah dan pengakhiran hidup ayah juga..

ayah, kami usaha untuk sambung perjuanguan ayah dan
kebaikan yang banyak telah ayah buat, sebagaimana
pesan sahabat2 ayah, "teruskan perjuangan ayah,
contohi kebaikan yang ayah dah buat, ayah mulia kerana
mendapat hamparan jumaat kepadanya..'

maaf atas coretan dan kata2 yang banyak kekurangan..

doakan kami anak-anak ayah jadi anak soleh solehah dan
mak sentiasa tabah dan sabar..

-coretan anak pejuang-
dijahis
khaDIJAH ISmail

*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: