Monday, March 17, 2008

Rais Derhaka Kepada Raja-Raja Melayu

"r r" alternatif2007@yahoo.com

Rais Derhaka Kepada Raja-Raja Melayu
Tarikh : Sunday, March 16 @ 01:41:37 MYT
Topik : Kenyataan Media


a
Ahli Parlimen Jelebu, Rais Yatim Khamis lalu mengeluarkan kenyataan yang biadap terhadap Raja-raja Melayu. Kenyataan beliau disiarkan di media pengampu BN semalam

Dalam kenyataannya, Rais berkata, sepatutnya sultan atau raja melihat kepada satu parti yang beroleh kerusi yang paling banyak dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk melantik siapa Menteri Besar.

''Sultan memang berkuasa untuk menentukan siapa yang menjadi Menteri Besar dan ia adalah satu-satunya kuasa diraja yang masih kekal,'' ujar beliau. Rais berkata, di Perak, sultan boleh mengambil salah seorang wakil parti yang dianggap mencapai majoriti kepentingan dalam Dewan Undangan Negeri.

''Kalau ambil dari parti yang kecil kerusinya, ia adalah salah dari segi amalan demokrasi Westminster, '' ujarnya. Mengulas mengenai konflik pelantikan Menteri Besar dan pembentukan kerajaan di Perak, beliau berkata, keadaan itu berlaku akibat kesilapan pihak yang memberi nasihat kepada sultan.

Kenyataan di atas membuktikan bahawa Rais memperkecilkan kemampuan Raja-raja Melayu dan penasihat-penasihat baginda. Saya mencadangkan supaya Rais dikenakan tindakan seperti melucutkan pingat yang diterimanya dari Raja-raja Melayu kerana jelas kenyataan Rasi benar-benar biadap dan memperkecilkan kemampuan Raja-raja Melayu.

Saya juga menggesa Rais menarik balik kenyataan menghina Paduka Sultan Perak ini secara bertulis dan memohon maaf dengan serta merta.

Sofi Wahab
Ketua Penerangan PAS Negeri Melaka


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: