Tuesday, March 4, 2008

ptptn, riba dan undi

aznan@

Assalamualaikum,

PTPTN riba dan undi..

Saya ingatkan kepada golongan muda yang pernah merasakan tekanan riba dari pemerintah seperti ptptn supaya bertindak dalam pilihan raya kali ini.

Pengaruhi kawan2, keluarga dan seluruh masyarakat untuk tidak mengundi golongan yang tak mahukan islam.. Sayang pelajar2 universiti ada yang digunakan oleh Mustapha Mamat untuk kempen bn tapi di waktu yang sama dia atau yang lain2 lagi masih dibebankan dengan pinjaman riba dan ptptn.. Padahal bukan setakat pinjaman tanpa riba bahkan biasiswa sepatutnya diberikan oleh negara yang bersumber ekonomi minyak!!!

Jangan diperbodohkan! !!

Kurangkan majoriti bn supaya perbincangan di parlimen hangat dan suara keislaman dan suara orang yang dizalimi di dengari. Kekuasaan atau kekuatan golongan yang tak mahukan islam dan tak mahu hapuskan riba di kurangkan!!!

Tolonglah dan marilah berjuang!!!. Jangan terlampau taksub parti, pilih yang lebih kurang kesan buruknya pada Islam.. Utamakan islam!!!

wassalam

*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: