Monday, March 10, 2008

PRU 12 PAS Johor Mencipta Kejutan, Melakar Sejarah

"Pas Johor Bahru" pasjohorbahru@yahoo.com

Alhamdulillah iaitu syukur yang tidak terhingga kepada Allah SWT yang telah mengurniakan kepada kita semua kemenangan di dua Dun iaitu Dun Sungai Abong dan Dun Maharani.
Pesuruhjaya PAS Negeri Johor Dato Dr Mahfodz Mohamad berkata ini adalah detik yang bersejarah kepada PAS Johor setelah sebelum ini menang 1 kerusi Dun di Senggarang secara percuma melalui wakil rakyatnya Dr Md Ramli Md Kari.
Kemenangan ini benar-benar adalah manifestasi dari undi suara rakyat Johor yang inginkan perubahan yang mana ianya adalah undi protes dan tidak percaya kepada kepimpinan Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman yang sarat dengan skandal wanita dan salah guna kuasa.
Secara keseluruhannya undi kepada parti pembangkang meningkat dengan peratusan keluar mengundi kali ini sekitar 75 peratus berbanding 2004 iaitu 62 peratus.
Tidak cukup dengan itu parti DAP juga melakukan kejutan dengan menang 4 dun iaitu Dun Skudai, Bentayan, Mengkibol, Senai dan 1 kerusi parlimen iaitu Parlimen Bakri. Pengerusi DAP Johor Dr Boo Cheng Hau sendiri terkejut dengan undi kepada beliau di Dun Skudai dengan majoriti 12,854 undi.
Kini Sheikh Ibrahim Salleh yang mewakili Dun Sungai Abong dan Hj Mohamad Taslim di Dun Maharani berhadapan tugas berat untuk membawa suara rakyat Johor di Dewan Undangan Negeri untuk membetulkan kembali keadaan negeri Johor yang berkecamuk dengan pelbagai masalah untuk diselesaikan secara muafakat yang selama ini disembunyikan dan dinafikan oleh UmnoBN Johor.
InsyaAllah pada masa akan datang PAS Johor dan pembangkang akan menyertai liga pembangkang yang menang di 5 buah negeri lain untuk membentuk kerajaan yang Islamik,demokratik dan adil....AllahuAkbar

Sumber : Jundullah


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: