Sunday, March 2, 2008

Presiden Pas sedia berdebat dengan Presiden Umno / Kenyataan pemimpin BN bercanggah

(SABTU HARI KUNING! / YELLOW SATURDAYS!)
(Cetak dan Sebarkan Berita Kepada Rakyat!)



Presiden Pas sedia berdebat dengan Presiden Umno mengenai manifesto
Nyza Ayob
Fri | Feb 29, 08 | 5:55:57 pm MYT
KUALA LUMPUR, 29 Feb (Hrkh) - Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyatakan kesediaan untuk berdebat dengan Presiden dan Timbalan Presiden Umno mengenai manifesto PAS,'Kerajaan Beramanah Adil dan Bersih, Menuju Negara Berkebajikan' .
Menurut setiausaha akhbar Presiden PAS, Roslan Shahir Dato' Mohamad Shahir, Abdul Hadi bersedia untuk melakukan perdebatan tersebut pada 5 Mac (Rabu) ini dengan Dato' Seri Abdullah Badawi.

Katanya, Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa turut menyatakan kesediaan yang sama untuk berdebat dengan Dato' Seri Najib Tun Razak pada 4 Mac (Selasa). Kedua-dua pimpinan tertinggi PAS itu menyerahkan kepada kedua-dua pimpinan Umno itu untuk menetapkan lokasi bagi perdebtan tersebut.

Jelas Roslan, perdebatan tersebut akan membuktikan kepada dunia keterbukaan semua pihak di Malaysia bagi mandaulatkan demokrasi dan menjalankan pilihan raya secara teratur dan bersih.

"Perdebatan tersebut bagi membolehkan rakyat menilai berdasarkan hujah dan fakta yang dikemukakan. Rakyat tidak mahu, malah bosan dengan propaganda yang berat sebelah, yang hanya menyerang satu pihak tanpa memberi ruang dan peluang kepada pihak berkenaan untuk membela dan mempertahankan diri," katanya sewaktu sidang media di Pejabat Agung PAS hari ini.

Dalam perkembangan lain, jelas Roslan, PAS mendesak agar pihak bertanggung jawab segera menjalankan siasatan terhadap calon BN Dun N.19 Demit Kelantan Dato' Muhamad Abdul Ghani berhubung dakwaan salah laku beliau sebagai Presiden Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM).

Katanya, dakwaan tersebut juga difahamkan turut disertakan kepada pihak BPR.

Sementara itu, jelas Roslan, PAS turut melahirkan kekesalan kerana Barisan Nasional (BN) dengan sewenang-wenangnya telah menggunakan wajah Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menghiasi menifesto BN di muka surat 6, Bab Undang-undang dan keselamatan awam.

Beliau berpendapat, penggunaan wajah Ketua Polis Negara merupakan satu bentuk penyalah gunaan imej penjawat awam untuk kempen politik.

Katanya, dengan menggunakan wajah Ketua Polis Negara seolah-olah BN mengharapkan semua undi pos di kalangan anggota dan pegawai polis akan mengundi mereka. - mns



Kenyataan pemimpin BN bercanggah sesama sendiri


Written by Irwan Global Media Channel
Thursday, 28 February 2008
KENYATAAN yang dikeluarkan oleh pemimpin BN ketika berkempen bagi menghadapi Pilihanraya Umum ke 12, 8 Mac nanti sering saja bercanggah antara sesama sendiri.

Perkara itu boleh dilihat apabila Datuk Seri Najib Razak ketika melawat Kelantan pada 27 Februari lalu membuat kenyataan bahawa Kelantan hanya akan dibangunkan jika BN dapat menawan negeri itu sedangkan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam satu kenyataan dua bulan lepas membuat kenyataan bahawa Kelantan akan tetap dibangunkan jika kekal diperintah oleh PAS.

Mengulas perkara berkenaan, Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa berkata percanggahan pendapat diantara Najib dan Abdullah itu mengambarkan bahawa terdapat pergolakan di dalam Umno/BN.

Beliau juga berkata pergolakan dalaman Umno Kelantan dilihat begitu ketara kerana Najib terpaksa membuat kenyataan agar budaya 'cah keting' tidak berlaku ketika Umno Kelantan sedang bersiap menghadapi Pilihanraya Umum ke 12, 8 Mac nanti.

"Jika BN Kelantan pun tak boleh nak bersatu macam mana mereka (BN) nak tadbir Kelantan," soal Husam dalam sidang media khas di Studio Global Media Channel di Kota Bharu tengah hari tadi.

Husam juga berkata pengakuan yang dibuat Najib itu adalah merupakan realiti sebenar Umno/BN Kelantan dan ianya bukanlah satu tuduhan dari PAS.

Selain itu beliau juga berkata bahawa senarai calon yang dikemukan oleh BN di Kelantan tidak diyakini oleh rakyat kerana seramai 22 Adun BN yang menang pada tahun 2004 tidak menunaikan janji.

Justeru itu, rakyat Kelantan kata Husam lebih selesa berada dibawah pentadbiran Tok Guru Nik Aziz kerana telah terbukti pentadbiran Tok Guru selama 18 tahun lebih baik berbanding negeri-negeri lain yang diperintah BN.

"Jika kita bandingkan hutang kerajaan Kelantan dengan kerajaan pusat hanya RM4juta tetapi hutang negeri-negeri yang diperintah BN adalah melebihi RM100 juta," jelas Husam.

Beliau seterusnya mempersoalkan tuduhan pembangkang bahawa PAS gagal mentadbir Kelantan kerana hutang negeri-negeri di bawah BN jauh lebih tinggi berbanding hutang kerajaan Kelantan dengan kerajaan pusat.




HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov. himpunan. info/
Lawati laman Bersih di http://bersih. org/


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: