Saturday, March 8, 2008

Polis Bohong dan SPR Tipu / Pengundi klon jangan jadi pengkhianat Islam

(JANGAN LUPA! SABTU HARI MENGUNDI!)
(UNDI PAS / UNDI BA)



BERSIH

Polis Bohong dan SPR Tipu

Kenyataan Media
Pegawai tertinggi polis berbohong dan Pengerusi SPR menipu berhubung pembatalan sistem calit jari dengan
dakwat selepas mengundi. Mereka bersekongkol untuk membantu Umno-Bn terus menang dalam pilihanraya ke-12
ini secara haram.

Ketua polis menjelaskan beliau mendapat maklumat dari empat sumber di Kelantan, Kedah dan Perlis bahawa ada
pihak yang membeli dakwat kononnya untuk mencalit jari pengundi sebelum pergi mengundi. Beliau sendiri
mengaku maklumat ini sedang disiasat. Jadi, kenapa keputusan begitu penting diambil berasaskan maklumat
yang tidak sahih?

Pihak polis tidak profesional sama sekali. Jikalau sudah diketahui ada yang membeli dakwat itu dengan
tujuan membuat kacau, mengapakah pihak polis tidak menangkap saja mereka untuk disiasat? Jikalau ada
kes, kenapa mereka tidak didakwa di mahkamah dan sekiranya sabit kesalahan dihukum dengan segera?

Tidak dapat diterima akal sama sekali mereka yang membeli dakwat itu dengan mudah saja boleh mencalit
jari pegundi sebelum mereka membuang undi. Jikalau mereka dari Umno, sudah tentu mereka tidak akan
mencalit jari ahli dan penyokong mereka. Dan sudah tentu pula orang dari PAS atau PKR tidak akan
membenarkan jari mereka dicalit.

Pengerusi SPR menerima saranan polis itu tanpa soal. Beliau menambah pula alasan lain. Kononnya sistem
calit jari dengan dakwat ini bertentangan dengan Perlembagaan kerana boleh menafikan hak seseorang yang
enggan dicalit jarinya untuk mengundi. Tentu sekali pihak SPR sudah lama mengetahui peruntukan
Perlembagaan yang boleh dipertikaikan itu. Tetapi mengapa baru sekarang dijadikan alasan untuk
membatalkan keputusan awal yang telah dibuat mengenai pencalitan dakwat di jari pengundi itu?

Sebenarnya, Ketua Polis dan Pengerusi SPR hanya mengadakan-adakan saja alasan konon hendak menjaga
keselamatan dan keamanan di hari mengundi. Mengikut pengalaman lalu, pihak polis dan SPRlah yang
menimbulkan keadaan kacau bilau serta kurang selamat dengan mengadakan daftar undi berbeza, melanjutkan
waktu mengundi dan melindungi pengundi-pengundi hantu yang dibawa berbas-bas.

Lebih serius, kami ketahui seorang bekas Setiausaha SPR telah bersekongkol dengan seorang bekas Pengarah
Pejabat Pendaftaran untuk mengeluarkan kad-kad pengenalan palsu yang boleh digunakan oleh
pengundi-pengundi hantu semasa pilihanraya.

Pengundi-pengundi hantu yang banyak digunakan di Trengganu dalam pilihanraya lalu.

Kami mendapat maklumat dalam pilihanraya kali ini kira-kira 40,000 pengundi hantu akan dibawa dari
Selatan Thai dan lain-lain tempat ke Kelantan. Sekarang jelas sekali polis dan SPR hendak melindungi
pengundi-pengundi haram yang diangkut untuk mengundi.
Dr Syed Husin Ali
Timbalan Presiden keADILan


Pengundi klon jangan jadi pengkhianat Islam
RANTAU PANJANG, 7 Mac (Hrkh) - Pengundi luar yang mendapat kad pengenalan klon diperingatkan tindakan mereka boleh mengundang suasana tidak aman dalam negara kerana cuba tangan hal ehwal politik sesebuah negeri.
Rakyat Kelantan tidak akan merelakan perbuatan mereka, nantilah pembalasannya apabila roh sudah ditarik daripada badan.

Ketua Dewan Muslimat PAS Kelantan, Hajah Siti Zailah Mohd Yusof, berkata puluhan ribu pengundi klon yang khabarnya diangkut ke sini akan dianggap menjadi pengkhianat Islam.

“Mereka sepatutnya merenung negara pada masa depan dan nasib diri sendiri, di samping balasan laknat Allah sekiranya mereka sanggup bersekongkol dengan pemimpin yang memusuhi Islam.

“Setiap rakyat Kelantan tidak meredhai tindakan mereka. Upah yang mereka dapat sebanyak RM250 dan diangkut percuma ke sini tidak memadai dengan balasan yang bakal menimpa,” katanya di sini.

Oleh itu beliau berkata, mereka yang bersekongkol dengan kumpulan tersebut perlu berfikir semasak-masaknya kerana kehidupan mereka tidak akan tenteram kerana doa orang yang dianiayai cepat diterima Allah.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kemungkinan wujud pengundi hantu bagi memastikan kemenangan calon BN esok sekaligus menumbangkan kerajaan Kelantan.

Harakahdaily semalam melaporkan kira-kira 30,000 pengundi yang mendapat kad pengenalan klon berasal dari Indonesia dan Thailand dikatakan akan diangkut ke Kelantan.

Siti Zailah yang juga Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat berkata, mereka yang menjadi tali barut bagi meruntuhkan kerajaan Islam kena berfikir sebelum tertindak.

“Kesan tindakan mereka akan mengundang suasana tidak aman dalam negara dan kerajaan tentunya akan menerima tekanan antarabangsa sehingga boleh menjatuh reputasi negara di mata dunia,” katanya yang calon Parlimen PAS Rantau Panjang.

Beliau juga memberitahu suasana politik tempang yang berlaku di negara ini turut dirasai wartawan-wartawan asing yang membuat liputan pilihan raya di Malaysia sekarang. - mj

UNDI PAS
UNDI PAS
UNDI BA

HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov. himpunan. info/
Lawati laman Bersih di http://bersih. org/


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: