Saturday, March 29, 2008

Pidato Perdana Kesyukuran, Stadium Selayang-Sabtu,29 Mac

"Dunya" reliefburden@yahoo.com.sg

Orang ramai dijemput ke 'Pidato Perdana Kesyukuran' di Stadium Selayang esok

Tarmizi Mohd Jam

Fri | Mar 28, 08 | 7:09:44 am MYT

KUALA LUMPUR, 28 Mac (Hrkh) -Kali ini Stadium MPS Bandar Baru Selayang akan menjadi medan baru rakyat untuk bermunajat, solat dan membaca Yasin di samping mendengar amanat pemimpin dalam Program "Pidato Perdana Kesyukuran".

Ia akan diadakan pada 29 Mac ini, Sabtu (esok) mulai jam 7 malam. Program ini anjurkan Pusat Khidmat Masyarakat Dun Gombak Setia, demikian pengesahan Setiausaha Majlis Tindakan Dun berkenaan, Haji Omar Setari (pertanyaan 019-3389870) semalam.

Program bermula dengan Solat Maghrib dan diikuti solat Hajat. Kemudiannya menyusur bacaan Yassin ditengah-tengah padang stadium. Beribu-ribu handbill program ini sudah diedar sekitar Gombak.
Orang-ramai diingatkan membawa sejadah masing-masing dan buku Surah Yassin untuk tujuan ini.
Tiga pemidato tersohor, Naib Presiden PKR yang juga Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali, Exco Kerajaan Selangor yang juga Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Dr. Hassan Ali dan Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrisnan.

Orang ramai seluruh Lembah Klang boleh memenuhi stadium dan melihat "peristiwa" bersejarah ini buat kali pertama tercetus di Selangor.mks


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: