Thursday, March 6, 2008

Perutusan Presiden PAS, Dato� Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang



Perutusan Presiden PAS, Dato� Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

Video Perutusan boleh ditonton di Blog Dr Lo'Lo'

The image “http://buletinonline.net/images/berita4/doatg.gif” cannot be displayed, because it contains errors.Marang, 3 Mac - Presiden PAS, Dato� Seri Tuan Guru Haji Abd Hadi Haji Awang kelmarin telah memperturunkan perutusan khasnya, yang menyeru seluruh rakyat Malaysia, untuk memilih PAS/BA pada hari mengundi, Sabtu 8hb Mac, 2008, dalam Pilihanraya Umum Malaysia yang ke 12. Berikut adalah perutusan penuh Presiden yang dicatatkan oleh wartawan Harakah, Awang Harun;

Allah SWT menjadikan memilih kerajaan dan memilih pemimpin adalah amanah yang paling besar. Oleh kerana itu, pilihan raya yang kita hadapi dalam amalan demokrasi adalah peluang bagi rakyat untuk memilih kerajaan yang memerintah dan memilih pemimpin-pemimpin mereka di peringkat Parlimen dan di peringkat Dewan Undangan Negeri (Dun). Dan bagi wakil rakyat yang dipilih ini akan menjadi wakil kepada rakyat di Parlimen dan di Dewan Undangan Negeri untuk membahas dan melibatkan diri dalam perbincangan perkara-perkara yang berkait dengan dasar-dasar kerajaan, polisi-polisi yang penting menunjukkan bahawa pilihan raya dalah suatu amanah yang besar dalam ajaran Islam kerana ia berkait dengan pemerintahan dan urusan yang berkait dengan syariat Allah SWT. Betapa besarnya kewajipan ini sehingga Allah SWT menyenaraikan taat kepada Ulil�amri (pemerintah) selepas taat kepada Allah dan Rasul. Taat kepada Ulil�amri hendaklah bergantung kepada taat kepada Allah dan Rasul. Dan Ulil�amri ini diriwayatkan oleh para ulama� dengan dua golongan. Berdasarkan kepada huraian Nabi SAW, ulama�-ulama� dan sahabat tab�ie r.a mereka ialah �Umarak� (pemimpin-pemimpin) negara dan mereka juga ulama� (pemimpin) ummah dalam pengajian agama. Dua golongan ini hendaklah berpadu, hendaklah bersama di dalam menunaikan tanggungjawab politik menegakkan pemerintahan Islam.

Malangnya, kita telah dihanyutkan oleh ajaran sesat yang dibawa oleh penjajah. Ajaran Sekularisme yang memisahkan politik dari agama. Padahal, politik menjadi sebahagian dari agama yang diamalkan oleh Rasulullah SAW yang dinamakan Sunnah Amaliah iaitu sunnah secara amali. Apabila Rasulullah SAW menolak tawaran menjadi ketua negara secara percuma dan hendak diberi harta kekayaan dengan sebanyak-banyaknya. Tetapi ditolak oleh Nabi SAW apabila kuasa pemerintahan itu tidak berlandaskan kepada ajaran Allah SWT yang wajib mendaulatkan hukum Allah SWT serta menjadi hukum yang tertinggi dalam pemerintahan negara.

Apabila, Rasulullah SAW menerima kedatangan orang-orang Madinah yang menganut Islam dan menyerahkan diri serta tanahair mereka bagi mendirikan pemerintahan Islam. Barulah Rasulullah SAW berhijrah ke Madinah bersama dengan sahabatnya dan mendirikan sebuah negara yang mengandungi masyarakat majmuk yang melibatkan semua kaum, semua agama menjadi rakyat di dalam negara itu dan orang Islam menjadi pemimpin yang adil, pemimpin yang baik dengan memberi hak kepada semua pihak yang ada di dalam negara itu dengan seadil-adilnya. Apa yang diamalkan oleh Nabi SAW adalah sunnah amaliah yang diikuti dengan ayat-ayat Quran yang berkait dengan hukum-hakam yang berhubung dengan pemerintahan. Undang-undang dan pentadbiran negara. Undang-undang Perlembagaan, undang-undang jenayah, undang-undang harta, undang-undang yang berkait dengan Antarabangsa semuanya diturunkan oleh Allah SWT melalui ayat-ayat yang diturunkan di Madinah. Ini menunjukkan bahawa, semua hukum ayat-ayat ini tidak boleh dilaksanakan melainkan wajib mendirikan negara. Maka, melibatkan diri dengan politik pemerintahan menjadi suatu perkara yang wajib dalam agama Islam. Bukan sahaja mengikut nas al-Quran, mengikut nas amalan Nabi SAW termasuklah mengikut kaedah usul fiqh yang dikatakan oleh para ulama� usul fiqh.

Firman Allah SWT yang bermaksud �Apa yang tidak sempurna itu wajib melainkan dengan niat maka dia menjadi wajib�. Seterusnya, selepas wafatnya Rasulullah SAW. Para sahabat melantik khalifah-khalifah di kalangan para sahabat yang dianggap tokoh-tokoh yang memimpin negara. Dan dalam masa yang sama, khalifah-khalifah ini melibatkan rakyat kalau memilih ketua negara dan melibatkan rakyat dalam pemrintahan.

Ucapan Abu Bakar r.a ketika dipilih menjadi khalifah;�Wahai tuan-tuan, saya telah dipilih menjadi pemimpin kamu dan saya bukanlah orangyang baik di kalangan kamu. Sekiranya, saya baik tolong saya dan sekiranya saya �terpesong� dan �belot� perbetulkan saya. Benar adalah amanah dan bohong adalah khianat�. Dan akhirnya, beliau mengakhiri ucapannya �Taat kepada saya selagi saya taat Allah dan Rasul. Sekiranya saya tidak mentaati Allah dan Rasul jangan lagi kamu taat kepada saya.

Ini menunjukkan bahawa, pemerintahan Islam bukan sahaja melibatkan pemimpin termasuklah melibatkan seluruh rakyat.Cara inilah, yang dibawa oleh orang-orang barat dan mereka memodenkan demokrasi. Amalan pilihan raya sebenarnya adalah amalan yang dipengaruhi oleh penyokng Islam yang berkait dengan pemerintahan negara.

Negara-negara barat mengamalkan demokrasi yang memihak kepada rakyat dengan seluas-luasnya. Apabila diadakan pilihan raya parti-parti politik dan calon-calonnya dikemukakan secara terbuka dan pihak media memberi maklumat yang sepenuh-penuhnya. Mereka dari parti dan calon-calon yang bertanding supaya rakyat menjadi hakim yang adil. Inilah cara yang sebenarnya. Malangnya di negara kita tidak berlaku hal-hal yang seperti itu. Namun, demikian umat Islam wajib melibatkan diri dengan politik dan wajib melibatkan diri dengan pilihan raya dengan kesedaran dan kemampuan masing-masing. Wajib mendirikan sebuah kerajaan yang mendaulatkan syariat Allah SWT.

Alhamdulillah, bagi negeri Kelantan dan Terengganu kita telah berjaya meletakkan asas kepada pemerintahan Islam dan menjadikan Quran, Hadis dan Ijma�-Ulama� adalah hukum yang paling tinggi bagi pemerintahan negeri-negeri yang sudah kita perintah itu. Dan kita ikuti dengan meluluskan Rang Undang-undang Syariat dan melaksanakan polisi-polisi pemerintahan yang berdasarkan kepada hukum syarak yang menjuruskan kepada Negara Berkebajikan sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah SWT yang bermaksud; �Negara yang baik, aman dan mendapat keampunan Tuhan Yang Maha Besar�.

Inilah yang kita janjikan secara objektif dan oleh kerana itu, bagi menghadapi Pilihan Raya Ke-12 ini kita mengemukakan Negara Berkebajikan kerana asas kepada pemerintahan Islam itu sudah diletak di Kelantan dan Terengganu. Apa yang penting, kita perkenalkan dahulu kepada seluruh masyarakat di dalam negara ini.

Kita tonjolkan objektif daripada negara Islam, negara berkebajikan. Satu agenda yang diterima oleh semua parti-parti politik yang bekerjasama dengan PAS.

Negara Berkebajikan yang meletakkan kerajaan menunaikan tanggungjawab dalam perkara-perkara yang menjadi hukum hidup kepada rakyat iaitu perkara pendidikan, kesihatan dan lain-lain lagi yang perlu dibantu oleh kerajaan.

Maka, kita menjanjikan rawatan hospital percuma, menjanjikan pendidikan percuma di peringkat awal iaitu di sekolah rendah, menengah dan peringkat awal Universiti. Kerajaan menunaikan tanggungjawab, kita yakin dan percaya dengan hasil bumi yang diberikan oleh Allah SWT. Sekiranya, ia ditadbir oleh ahli-ahli ekonomi kita yang diberi peluang dengan sebaik-baiknya dan seikhlasnya. Kita dapat menunaikan tanggungjawab itu dengan kita menghapuskan amalan rasuah, menghapuskan penyelewengan daripada harta-harta negara yang diberikan oleh Allah Taala. Saya percaya kita dapat menunaikan amanah tersebut.

Barisan Nasional (BN) yang memerintah tidak mungkin melaksanakan kewajipan ini kerana banyak sumber-sumber negara dibocorkan oleh rasuah, penyelewengan dan lain-lain lagi. Dan tanggungjawab menunaikan Negara Kebajikan ini dinyatakan oleh Allah SWT dengan maksudNya, �Dan apa-apa harta negeri yang dia dapat dalam negeri itu maka bagi Allah, bagi RasulNya dan bagi kaum keluarga yang memerlukan pertolongan bagi anak-anak yatim yang memerlukan jagaan, bagi orang-orang miskin yang memerlukan bantuan dan bagi mereka yang putus belanja dalam perjalanan ia memerlukan pertolongan supaya harta negara tidak berpusing di kalangan orang-orang kaya yang tertentu sahaja yang disebut dalam amalan politik hari ini nepotisme dan kronisme�.

Harta negara dibolot di kalangan tertentu sahaja hanya sebahagian kecil turun kepada rakyat. Ini amalan yang diharamkan oleh kerajaan. Oleh kerana itu, kita mahu menukar bentuk pemerintahan Negara Kebajikan supaya harta negara dimanfaatkan oleh rakyat kerana pemegang kuasa pemerintahan adalah pemegang amanah. Harta negara bukan miliknya, bukan milik keluarga dan anak-beranaknya. Kalau mereka hendak terlibat dengan ekonomi jangan jadi ketua negara, jangan jadi menteri dan jangan jadi pemimpin dalam urusan politik. Ini kerana, jika mereka terlibat dengan urusan pemerintahan mereka dibayar gaji yang jelas oleh rakyat yang cukup dan mereka selepas itu hendaklah mengendalikan urusan ekonomi negara yang turun manfaatnya kepada seluruh rakyat. Ini dapat dilakukan, sekiranya kita kembali kepada amalan Negara Berkebajikan.

Negara Berkebajikan ini bukan sahaja melibatkan kerajaan membuat kebajikan tetapi kerajaan juga mewajibkan rakyat membuat kebajikan. Menggalakkan rakyat yang berada membuat kebajikan, memberi derma yang kaya secara kayanya, yang miskin secara miskinnya. Islam mewajibkan zakat fitrah bagi tiap-tiap orang. Ini kerana, tiap-tiap orang ada sumbangan zakat fitrah tiap-tiap selepas ramadan. Ini sumbangan wajib yang ditetapkan tiap-tiap orang lelaki dan perempuan termasuk kanak-kanak dalam keluarga juga diletakkan sumbangan melalui zakat fitrah. Walau pun secara sedikit ini melibatkan amalan kebajikan di dalam masyarakat dan mereka yang banyak hartanya. Jadi, kebajikan melibatkan kerajaan dan melibatkan rakyat.

Barisan Nasional menghapuskan penglibatan rakyat dalam amalan kebajikan. Di antaranya, sumbangan rakyat kepada masjid. Apabila mereka politikkan masjid semua belanja masjid ditanggung oleh kerajaan. Maka tidak ada tanggungjawab rakyat mendirikan masjid, tidak ada sedekah jariah kepada masjid dan ini amalan yang salah dibuat oleh kerajaan Barisan Nasional. Kerajaan boleh beri bantuan tetapi rakyat hendaklah dilibatkan sama dalam mengerjakan amalan-amalan kebajikan ini. Begitulah dalam Islam amal-amal kebajikan yang melibatkan secara meluas oleh kerajaan dan oleh rakyat dengan sebab itu, kerajaan tidak dibebankan sahaja dengan tanggungjawab amal kebajikan. Ini termasuklah rakyat menjadi penolong kepada masyarakat bersama-sama dengan kerajaan. Seterusnya, negara kebajikan juga ialah menghapuskan amalan-amalan yang haram dalam kegiatan-kegiatan ekonomi yang tidak mendatangkan berkat kerana pembangunan sesebuah negara yang tidak disertakan dengan keberkatan sebenarnya tidak ada kemakmuran bagi negara itu. Kita mahu bukan sahaja pembangunan mesti disertakan dengan berkat iaitu kurnia daripada Allah SWT dan perkataan berkat ini tidak ada dalam istilah ekonomi barat yang ada dalam istilah ekonomi Islam sahaja yang ada berkat.

Pembangunan adalah amalan semua kerajaan dalam dunia. Pembangunan bukan merupakan suatu perkara yang hanya dibuat oleh satu-satu parti sahaja. Rakyat telah dikelirukan, seolah-olah Barisan Nasional sahaja yang boleh buat pembangunan. Pembangkang tidak boleh buat apa-apa pembangunan. Padahal, pembangkang belum diberi peluang untuk memerintah dan bagaimana mereka boleh mengadakan pembangunan. Semua parti yang memerintah dalam dunia membuat pembangunan termasuk parti komunis yang diharamkan, termasuklah kerajaan Israel yang dilakna oleh Tuhan juga ada pembangunan. Pembangunan perkara biasa termasuk kerajaan-kerajaan yang kutuk oleh Allah di zaman dahulu juga mempunyai pembangunan. Cumanya ada berkat dan ada yang tidak berkat. Allah Taala memerintah orang Islam supaya mengambil iktibar dari kerajaan-kerajaan zaman dahulu yang ditamatkan usianya oleh Allah dengan laknat dan kutukan yang dahsyat walau pun mereka mempunyai pembangunan yang hebat.

Ini menunjukkan bahawa, tidak cukup dengan pembangunan sahaja sekiranya kita lari dari petunjuk Allah SWT. Bahkan slogan yang ditonjolkan oleh Barisan Nasional �Selamat, Aman dan Makmur� dan kita melihat sendiri dengan mata dan didengar sendiri dengan telinga. Bagaimana keamanan dan keselamatan tidak ada dengan berlakunya gejala-gejala jenayah, kemungkaran yang meluas di dalam negara kita. Bukan sahaja orang tua, kanak-kanak juga tidak selamat bahkan pengawal keselamatan pun tidak selamat. Undang-undang jenayah tidak digeruni, hilangnya keamanan dan keselamatan. Kemakmuran bukan sahaja kemudahan jalan raya dan kemudahan awam tetapi kemakmuran tidak ada erti kerana banyaknya kemalangan jalan raya, banyaknya kesilapan yang dilakukan itu menandakan bahawa pembangunan yang tidak mendatangkan makmur. Kemudahan yang tidak mendatangkan kebahagiaan kerana tidak dikendalikan dengan cara yang halal, dipenuhi dengan rasuah yang diharamkan, dipenuhi dengan penyelewengan- penyelewengan, perbelanjaan yang di luar jangka yang berpatutan. Ini semua adalah segaja-segaja menunjukkan bahawa tidak wujudkan keamanan yang sebenar, tidak wujud selamat yang sebenar dan tidak wujud makmur yang sebenar.

Bahkan Parti Islam SeMalaysia (PAS) mengajak rakyat setelah PAS bekerjasama dengan rakan-rakan pembangkang dan menyertai pilihan raya. PAS mengajak rakyat seluruhnya menyokong PAS dengan dua kerajaan Islam yang menjadi model yang pernah kita lakukan di Terengganu dan kita tegakkan di Kelantan. Setelah beberapa penggal, walau pun dalam keadaan kita dikepung secara demokratik, disekat peruntukkan- peruntukkan yang wajib dan sepatutnya. Namun kita mampu bertahan dan kerajaan PAS Terengganu empat tahun tidak boleh ditandingi oleh Barisan Nasional (BN) lebih 40 tahun. Dan mereka (BN) berhempas pulas untuk menutup 40 tahun dengan menyatakan seolah empat sahaja mereka memerintah. Harap rakyat jangan mudah tertipu dengan dakyah-dakyah yang nyata dan terang menyeleweng dari hakikat yang sebenar. Maka, saya menyeru pengundi di seluruh negara memilih pemimpin yang mahu melaksanakan Islam sebenar dan bukan memilih pemimpin yang melaksanakan Islam Hadhari.

Sekian sahaja dan selamat mengundi.

Dari BuletinOnline

UNDI PAS

UNDI PAS
UNDI BA

HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov. himpunan. info/
Lawati laman Bersih di http://bersih. org/


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: