Tuesday, March 18, 2008

Pertubuhan Islam perlu melangkau sempadan tradisi - Husam

"baharudin baha" baharudinbh@yahoo.com

Pertubuhan Islam perlu melangkau sempadan tradisi - Husam

Kota Bharu, 27 Oktober - Pertubuhan-pertubuh an Islam disaran mengkaji semula sempadan aktiviti masing-masing supaya melepasi sempadan tradisi bagi melebarkan khidmat kepada seluruh anggota masyarakat dan tidak hanya terhad di kalangan umat Islam semata-mata.

Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa berkata sudah tiba masanya organisasi-organisa si Islam sama ada yang berada di dalam atau di luar kerajaan untuk menjadi penyelamat kepada seluruh manusia yang kini semakin menderita akibat sistem yang menindas sejak sekian lama.

"Kita perlu sedar bahawa di luar sana, rakan-rakan kita termasuk golongan bukan Islam ternanti-nanti penyelamat yang mampu membawa mereka keluar dari penindasan dan kezaliman pihak yang tidak berhati perut yang melakukan pelbagai bentuk penyelewangan, " kata beliau ketika berucap dalam sesi forum di persidangan kebangsaan pertubuhan-pertubuh an Islam 2007 di sebuah resort di Pantai Cahaya Bulan hari ini.

Dengan mengambil contoh program Kifalah anjuran kerajaan negeri yang melibatkan semua rakyat tanpa mengira kaum, beliau berkata begitu ramai anggota masyarakat bukan beragama Islam menyatakan pujian dan penghargaan kerana selama ini mereka tidak terfikir orang Islam boleh membantu termasuk dalam hal menguruskan kematian mereka.

"Terdapat kes pihak tertentu mengugut seorang India untuk menarik balik lesen senjatapi jika keluarga mereka yang layak mendaftar dalam skim Kifalah, tetapi ugutan itu telah diketepikan oleh rakan Indian itu dan terus mendaftarkan ibunya dalam skim berkenaan.

"Beliau kemudian berjumpa dengan pemimpin kerajaan negeri untuk menyatakan bahawa beliau tertarik denngan skim ini bukan kerana imbuhan kewangan tetapi katanya beliau tertarik kerana perlaksanaan skim in melambangkan keadilan dan sikap cakna orang Islam kepada masyarakat mereka," jelas beliau.

Sebab itulah menurut Husam, pertubuhan Islam perlu segera meneroka untuk melebarkan khidmat mereka.

Source: Wasilah Online

*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: