Sunday, March 30, 2008

Pertikaian lantik MB hanya berlaku zaman Pak Lah - Mahathir

"umar faruqi" faruqi03@yahoo.com

Posted on Saturday, March 29 @ 20:38:53 MYT by greenboc
Berita Oleh kelantankini



"a
MANTAN Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyindir Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi berkaitan pertikaian beliau dengan Sultan Mizan Zainal Abidin dalam isu pelantikan Menteri Besar Terengganu.



Menurut Mahathir pertikaian pelantikan menteri besar tidak pernah berlaku sepanjang pentadbiran empat perdana menteri sebelum ini, sebaliknya ia berlaku pada zaman kepemimpinan Abdullah.



"Perlu diketahui perkara macam ini tidak pernah berlaku semasa pemerintahan empat perdana menteri sebelum ini. Rakyat Malaysia yang prihatin harus menyoal kenapa perkara ini berlaku,' kata Dr Mahathir dalam sepucuk surat yang disiarkan dalam akhbar berbahasa Inggeris semalam.


Minggu lalu, Sultan Mizan telah menolak cadangan Abdullah untuk melantik Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu, Dato' Seri Idris Jusoh sebagai Menteri Besar negeri itu sebaliknya melantik Dato' Ahmad Said.

Dalam surat itu, Dr Mahathir turut mendakwa ada orang yang cuba mengorek bukti jenayah yang dilakukan semasa pemerintahannya bagi menghalang beliau daripada mengkritik Abdullah.

"Saya sedar ada orang yang sedang mencari kesalahan yang saya lakukan sepanjang 22 tahun memerintah untuk mengancam saya dan membuat saya tutup mulut.

"Sejauh ini, mereka belum jumpa apa-apa. Saya bukan saja tidak mengambil sesuatu yang bukan milik saya semasa saya menjadi Perdana Menteri tetapi saya telah kembalikan kepada kerajaan dan rakyat semua yang saya terima sebagai hadiah sepanjang saya berkuasa," katanya.

Dr Mahathir mendakwa beliau tidak mungkin didapati membuat sebarang salah laku, kecuali jika beliau dianiaya.

"Tuduhan-tuduhan lain terhadap saya, termasuk pemecatan hakim, bukan disebabkan oleh saya dan saya tidak rasa bertanggungjawab untuk meminta maaf," tambahnya.

Beliau mendakwa kerajaan Barisan Nasional telah melaksanakan banyak projek infrastruktur yang "sama sekali tidak perlu dan membazir" di Terengganu sejak 2004.



*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: