Monday, March 24, 2008

Persenda agama ketika kempen boleh jejaskan aqidah

"Tegak Iman" tegakiman@yahoo.com

Persenda agama ketika kempen boleh jejaskan aqidah
Muhammad Yusri Amin
Sun | Mar 23, 08 | 1:24:43 pm MYT
KOTA BHARU, 23 Mac (Hrkh) � Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato� Nik Abdul Aziz Nik Mat melahirkan rasa dukacita apabila ada pihak sanggup mengenepikan soal aqidah ketika berkempen menjelang pilihan raya umum lalu.

Beliau yang melahirkan rasa hairan kerana pihak lawan sanggup melakukan perbuatan yang jelas bertentangan dengan aqidah dengan mengeluarkan perkataan �Mampus Bersama Islam�.

�Saya hairan mengapa perkara seperti ini masih dibiarkan berlaku di zaman manusia penuh dengan maklumat sekarang,� katanya pada satu program di Pasir Tumboh dekat sini baru-baru ini.

Banyak risalah tanpa segan silu mempersendakan Islam ditaburkan pihak yang tindak bertanggungjawab berlaku di beberapa tempat termasuk di Kota Bharu dan Kuala Krai.

Antaranya ditulis �Mampus Islam, Pertahan Melayu�. Selain itu perkataan sedemikian juga disebarkan melalui sistem pesanan ringkas (SMS).

Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, dalam ajaran demokrasi, Komunis, nasionalis dan sosialis, tidak ada konsep akhirat sehingga penganutnya bebas melakukan apa sahaja.

�Namun bagi orang Islam mereka yakin adanya hari akhirat dan pertanyaan di alam kubur. Manusia yang mencerca Islam akan menerima pembalasannya apabila jasad dimasukkan ke dalam kubur,� katanya.

Kata beliau manusia yang secara terang-terangan mempersendakan Islam seperti tidak yakin dengan pembalasan yang akan diterima di akhirat kelak.

�Sebab itu kita di Kelantan menekankan aspek agama dalam pentadbiran kerajaan dan mengajak rakyat menolak perkara-perkara yang bertentangan dengan suruhan agama.

�Kita mengajak rakyat takut kepada Allah swt dengan menyarankan mereka mengerjakan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Selain itu melalui kuasa yang ada pada kerajaan kita juga boleh melaksanakan hukum Islam,� tambahnya.

Menurutnya sudah berpuluh-puluh tahun beliau menjelaskan mengenai perkara itu kepada masyarakat dan sekarang syiar Islam semakin berkembang di negara ini. - mj


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: