Monday, March 31, 2008

Perlunya kepimpinan 5 negeri bergambung

"umar faruqi" faruqi03@yahoo.com


Posted on Monday, March 31 @ 13:03:35 MYT by SongkokPutih
Artikel Oleh kimizuke


" Ulasan demi ulasan yang diterjemahkan oleh rakyat di setiap negeri saban hari membuktikan karisma yang ditunjukkan setiap kepimpinan Barisan Rakyat mendapat sokongan rakyat berbilang kaum dan agama.


Hal ini dibuktikan dengan sikap merendah diri kepimpinan ini dalam soal perbelanjaan negeri seperti


1. potong elaun adun-adun - wajar dipraktikan di seluruh negeri pimpinan BR dan BA.

2. Pembelian kereta untuk exco-exco - Kepimpina Azizan juga wajar dicontohi oleh semua kepimpinan 5 negeri iaitu tidak membazirkan wang rakyat dan menggunakan apa yang telah ada.

3. Isu perumahan rakyat patut diambil pertimbangan yang serius oleh kepimpinan terutamanya bandar-bandar besar. Perumahan yang dibuat perlu mengambil kira mojoriti kewangan rakyat yang berpadanan dengan kemampuan mereka dan tidak memusnahkan persekitaran fizikal setempat.

4. Tumpuan mengurangkan gejala sosial yang menjadi darah daging golongan remaja hari ini. pastikan artis2 remaja tidak menjadi ikon untuk remaja hari ini. Sebenarnya menjadikan artis sebagai ikon boleh merosakkan jati diri remaja. Kerajaan pimpinan BR terutamanya menjadikan remaja2 yang berjaya dalam bidang kerjaya. akademik dan sebagainya sebagai ikon remaja.

5. Tidak lagi mengeluarkan premis-premis hiburan dan tidak menyambung premis2 hiburan yang sendirinya merosakkan remaja Melayu, Cina dan India.

6. Mengukuhkan institusi masjid-masjid dan institusi agama lain sebagai tempat ilmu dan beribadat memperluaskan fungsi-fungsi masjid dengan cara memberi bidang kuasa yang lebih kepada pegawai-pegawai masjid. Dengan memperbanyakkankkan dana untuk aktiviti-aktiviti tertentu.

7. Memberi sagu hati kepada golongan2 yang ingin berkahwin sebagai salah satu menghidarkan gejala sosial yang semakin membarah.

8. Skim kifaalah yang di tonjolkankan oleh kerajaan kelantan wajar dipraktikan oleh seluruh kerajaan BR.

9. Mengembangkan juga Dinar emas untuk rakyat.

Oleh yang demikian saya yakin Kepimpinan 5 negeri dan pertakbiran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur suatu hari nanti bergabung untuk satu program di mana rakyat dapat berkumpul di satu tempat untuk mendengar ceramah perdana secara live yang berpusat di Kuala Lumpur. jadikan program tersebut sebagai aktiviti bulanan untuk membuktikan INILAH KEPIMPINAN BARISAN RAKYAT.


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: