Friday, March 14, 2008

Perjuangan Umno Sudah Selesai!

"r r" alternatif2007@yahoo.com

Hisham: Kemenangan pembangkang satu 'misteri'
Muda Mohd Noor | Mar 10, 08 8:47pm
Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menyifatkan kemenangan pembangkang merampas lima negeri Sabtu lalu sebagai satu 'misteri'

Katanya, ia kerana Barisan Nasional (BN) "sangat kuat dan mantap di semua negeri".

Oleh itu, katanya, tidak munasabah empat negeri - Pulau Pinang, Perak, Kedah dan Selangor - boleh jatuh ke tangan pembangkang.

"Jadi saya keliru bagaimana pembangkang menang di negeri-negeri tersebut," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno dan BN di ibunegara hari ini.

Dalam pilihanraya umum kali ini, BN mendapat 140 kerusi parlimen dan gagal mengekalkan kemenangan dua pertiga di Dewan Rakyat.

Barisan pembangkang yang terdiri daripada DAP, PKR dan PAS berjaya memenangi 82 kerusi parlimen.

Barisan pembangkang juga berjaya merampas keempat-empat negeri tersebut manakala PAS mengekalkan Kelantan dengan tambahan kerusi.

Mengulas lanjut mengenainya, Hishammuddin bagaimanapun berkata, kemenangan pembangkang itu tidak akan menghalang kerajaan melaksana dan meneruskan agenda-agenda negara.

"Masih banyak lagi yang akan dibuat. Banyak isu perlu ditangani dan didengar," katanya sambil menambah, pemimpin utama Umno dan BN perlu tegas dan lebih mantap lagi.

Mengenai mesyuarat MT Umno dan BN hari ini, Hishammuddin berkata, mereka menyatakan sokongan padu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak.


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: