Tuesday, March 18, 2008

Perjuangan Najib pun dah selesai

"r r" alternatif2007@yahoo.com

Umno hilang kepercayaan rakyat...
Mar 10, 08 1:32pm
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak secara tidak langsung mengakui bahawa Umno telah kehilangan kepercayaan rakyat.

Ini berdasarkan kenyataannya yang berbunyi: "Kita akan terus berusaha untuk mendapatkan semula kepercayaan rakyat".

Dalam kenyataan lima perenggan hari ini, Najib yang juga timbalan presiden Umno, minta ahli-ahli Umno untuk merapatkan barisan dalam menghadapi cabaran ini.

"Sebagai Timbalan Presiden, saya akan membantu YAB Presiden untuk menghadapi cabaran besar ini," tambahnya.

Najib mengeluarkan kenyataan tersebut di hari ini di tengah-tengah desakan supaya Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang juga presiden Umno, meletakkan jawatan, ekoran kekalahan teruk Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya umum Sabtu lalu.
BN juga kehilangan lima negeri termasuk Pulau Pinang - di mana Abdullah merupakan pengerusi Umno negeri tersebut - kepada pembangkang.
BN juga gagal mendapat majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat apabila hanya memenangi 140 daripada 222 kerusi parlimen.

Umno pula kehilangan 31 kerusi Parlimen dan hanya mempertahankan 78 kerusi berbanding 109 kerusi parlimen yang dimenangi pada 2004.

Pilihan rakyat

Selain Umno, MCA hanya mampu mempertahankan 15 kerusi parlimen, MIC (3) dan Gerakan (2).

Pembangkang pula berjaya merampas 82 kerusi parlimen - PKR 31, DAP 28 dan PAS 23.

Umno juga kehilangan Kedah, Perak dan Selangor kepada barisan pembangkang yang berjaya menubuhkan kerajaan di negeri-negeri berkenaan.

Barisan pembangkang juga berjaya merampas Pulau Pinang dan PAS berjaya mengekalkan kerajaan negeri Kelantan dengan tambahan kerusi yang besar.

Mengulas mengenai keputusan pilihanraya umum itu, najib bekata, ianya berjalan dengan selamat dan telus selaras dengan amalan demokrasi di negara ini.

"Rakyat Malaysia menyatakan suara dan pilihan mereka dan kita berasa syukur kerana Barisan Nasional (BN) terus diberi kepercayaan untuk memerintah negara.

"Walaupun BN agak kecewa dengan kegagalan untuk kembali berkuasa di lima negeri serta kegagalan mendapat majoriti dua pertiga (di Parlimen), kita menerima dengan hati penuh terbuka keputusan rakyat," tambahnya.


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: