Friday, March 21, 2008

Perhimpunan rancang jatuhkan kerajaan rakyat?

"Tegak Iman" tegakiman@yahoo.com

Perhimpunan rancang jatuhkan kerajaan rakyat?
Abdul Halim Mohd Rashid
Thu | Mar 20, 08 | 7:42:54 am MYT
KUALA LUMPUR, 20 Mac (Hrkh) - Perhimpunan- perhimpunan dan perarakan-perarakan yang kononnya membela Dasar Ekonomi Baru (DEB), raja-raja dan kepentingan orang-orag Melayu tidak dinafikan sebagai sebahagian dari rancangan untuk menjatuhkan kerajaan rakyat.

Perkara itu tidak dinafikan oleh sumber yang rapat dengan kepimpinan Umno.

Walaupun menegaskan berkali-kali bahawa perhimpunan- perhimpunan tersebut hanya bertujuan membela kepentingan orang-orang Melayu, beliau tidak pula menafikan bahawa perhimpunan- perhimpunan tersebut adalah sebahagian dari rancangan untuk mencetuskan kebencian kepada kerajaan-kerajaan rakyat di Selangor, Perak dan Pulau Pinang.

Apabila ditanya adakah pihak-pihak tertentu mahu menggunakan cara-cara yang tidak demokratik untuk kepentingan kerajaan pimpinan Perdana Menteri yang dituntut berundur, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, sumber yang meminta identitinya dirahsiakan itu berkata: "You minta saya jawab bagi pihak PM".

Mengenai tindakan polis yang didakwa tidak tegas menangani perghimpunan- perhimpunan, beliau meminta supaya pihak polis tidak dilibatkan dengan politik.

"Polis boleh gunakan budi bicara. Tak adil melibatkan polis dalam politik," katanya.

Semalam, polis dilaporkan memberi amaran akan mengambil tindakan tegas termasuk mengenakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ke atas mereka yang menyebarkan khabar angin menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) berhubung satu perhimpunan yang akan diadakan di Masjid Negeri Pulau PInang pada pukul 10 pagi hari ini, sempena sempena Sambutan Maulidur Rasul.

Bagaimanapun, pada masa yang sama, polis tidak dilihat mengambil sebarang tindakan ke atas perhimpunan yang dilaporkan diketuai oleh Ketua Pemuda Umno Selangor, Abdul Shukur Idrus di Shah Alam.

Perhimpunan itu juga menuntut Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak menghapuskan Dasar Ekonomi Baru (DEB) seperti dilakukan Pulau Pinang.

Khalid dituntut oleh perhimpunan itu supaya mematuhi dan menghormati perintah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idis Shah, yang didakwa tidak berkenan pengwujudan jawatan Timbalan Menteri Besar di negeri ini.

Perhimpunan itu juga mengemukakan menolak pelantikan wakil rakyat dari kalangan bukan Melayu untuk jawatan Timbalan Menteri Besar, mengekalkan komposisi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) sebanyak 60 peratus daripada orang Melayu dan bakinya kaum lain.

Tuntutan lain adalah menyelar kenyataan Penasihat DAP, Lim kit Siang baru-baru ini yang mengarahkan semua 18 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) parti itu memulaukan majlis angkat sumpah pelantikan Menteri Besar baru di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, Perak sebagai membantah pelantikan wakil rakyat Pas sebagai Menteri Besar negeri itu.

Abdul Shukur mendakwa, DAP dan PKR seolah-olah tidak menghormati institusi kesultanan yang dijunjung orang Melayu.

Sabtu lalu, kira-kira 100 penyokong Badan Bertindak Melayu (Bertam) dan Gabungan Bertindak Ekonomi Melayu (Gabem) berhimpun di depan Ibu Pejabat Polis, di Seksyen 11, Shah Alam.


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: