Saturday, March 15, 2008

Penyokong BA tidak perlu bimbang dengan perselisihan yang berlaku - Adun Triang

"Tegak Iman" tegakiman@yahoo.com

Penyokong BA tidak perlu bimbang dengan perselisihan yang berlaku - Adun Triang
Basiron Abdul Wahab
Fri | Mar 14, 08 | 3:51:10 pm MYT
BERA, 14 March (Hrkh) - Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Triang, Leong Ngah Ngah berkata, para penyokong Barisan Alternatif (BA) tidak perlu bimbang dengan situasi yang berlaku khususnya membabitkan isu perlantikan menteri Besar Perak.

Katanya, apa yang berlaku bersifat sementara dan akan selesai dalam masa dua tiga hari ini.

Menurutnya, hubungan BA masih baru dan ia memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan perkembangan baru iaitu mengambil alih pentadbiran negeri. Beliau yakin ia akan dapat diselesaikan dengan kematangan para pemimpin parti terlibat.

"Apa yang penting ialah kejayaan menumpaskan BN, isu siapa kerusi (menteri besar) mungkin bukan isu utama buat masa ini, yang penting ialah membentuk kerajaan campuran itu," katanya ketika berucap kepada pada majlis meraikan petugas BA kelmarin.

Beliau berkata, DAP Pahang tidak pernah keluar daripada pakatan BA.

"Ada orang bertanya, bila masuk BA semula, saya tanya bila pula masuk, DAP Pahang tidak pernah keluar," ujarnya.

Mengenai pilihan raya minggu lalu, beliau sangat bimbang kerana dalam masa dua tahun kebelakangan ini beliau sering berulang alik ke Singapura untuk rawatan kesihatanya maka jarang berada dalam kawasan.

"Saya bimbang mereka ubah sokongan kepada BN pula, kita nak ubah mereka, mereka ubah kita pula," katanya.

Pada pilihan raya 8 Mac lalu, Leong menang dengan majoriti 2,469 undi berbanding 605 dalam pilihan raya umum 2004 lalu. - mns


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: