Tuesday, March 11, 2008

Pengerusi SPR Patut Ditangkap dan Dipenjarakan!

"r r" alternatif2007@yahoo.com

Pengerusi SPR Patut Ditangkap dan Dipenjarakan!
Tarikh : Saturday, March 08 @ 15:19:51 MYT
Topik : Komentar


aTidak ada apa lagi yang dapat dikatakan mengenai perjalanan pilihanraya ke 12 ini selain dari pilihanraya yang KOTOR dan penuh tipudaya oleh Suruhanjaya Pilihanraya.

Terlalu banyak BUKTI mengenai kewujudan pengundi hantu serta penyelewengan daftar pemilih oleh pihak SPR di seluruh negara yang mana ianya bertujuan untuk membolehkan Barisan Nasional mengekalkan kuasanya dengan taktik paling kotor dan hina.

Sebagai contoh, di Perlis Harison Mat Saman pengundi di Dewan Undangan Negeri Guar Sanji dan Mansor Jusoh untuk Dun Pauh mendapati nama mereka sudah digunakan.

Di Seri Cemerlang Kelantan, beribu-ribu pengundi hantu telah menunjuk perasaan untuk menuntut wang yang dijanjikan kepada mereka untuk mengundi di Kelantan.

Di Kelantan juga seorang lelaki telah menddahkan pada jam 3 pagi tadi, dengan menyatakan beliau menyimpan 28 kad pengenalan yang boleh digunakan oleh sesiapa sahaja untuk mengundi.

Di Terengganu, ber;puloh-puloh bas di dapati telah masuk ke negeri Terengganu sejak Suboh pagi untuk menghantar pengundi-pengundi hantu di beberapa lokasi dan tempa pembuangan undi.

Seorang programmer komputer Ong Guan Sin, 37 mendedahkan hampir separuh dari undi pos mempunyai nama yang bertindan di lokasi Parlimen yang berasingan. Menurut Ong, beliau sendiri terperanjat untuk mendapati sejumlah 278 (49.3 peratus) dari 563 nombor tentera yang dipilih secara rawak dari Suruhanjaya Pilihanraya dan apabila dimasukkan di dalam program komputernya mendapati ia mengandungi maklumat yang lebih sekali.

Kesemua bukti di atas, selain daripada bukti-bukti yang masih dikumpulkan menjelaskan sangat bahawa PENIPUAN di dalam pilihanraya 2008 ini adalah ketara dan Suruhanjaya Plihanraya adalah dalang utama terhadap penipuan ini.

Hal ini dperburukkan dengan tindakan Polis yang mengugut untuk menembak sesiapa sahaja yang menghampiri tempat-tempat dimana penghuni hantu tersebut di simpan dan dijaga oleh mereka. Mereka bersekongkol dengan perjalanan pilihanraya yang kotor ini untuk memenangkan Barisan Nasional.

JUSTERU itu, TKO berpandangan bahawa Pengerusi Suruhanjaya Pilihanaraya sepatutnya dan ditangkap dan diadili serta disumbatkan ke dalam penjara kerana penipuan yang nyata ini.

Lajnah Undang-undang PAS, Keadilan, DAP dan Majlis Peguam sepatutnya bersatu tenaga untuk mengheret SPR ke muka pengadilan.

Laporan Polis yang dibuat hendaklah dipastikan ada susulan dan jika tiada hendaklah dipastikan aduan dan tindakan diambil terhadap Balai Polis yang enggan menyiasat perkara tersebut.

Tranugkite online v7.0


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: