Wednesday, March 26, 2008

Pendirian KeADILan Mengenai Krisis Menteri Besar Terengganu

"r r" alternatif2007@yahoo.com

Pendirian KeADILan Mengenai Krisis Menteri Besar Terengganu

Kuala Lumpur, 25 Mac - Timbalan Presiden KeADILan Dr. Syed Husin Ali hari ini menyatakan pendirian parti mengenai krisis di Terengganu.

�Dalam demokrasi, suara ramai rakyat dan majoriti ahli-ahli dipilih Dewan Undangan perlu dihormati, tidak kira siapa atau parti mana yang memiliki majoriti itu. Pihak istana sewajarnya tidak patut menyekat, melainkan ada alasan yang begitu kuat sehingga tidak boleh diterima sama sekali seseorang calon MB yang dikemukakan oleh majoriti ADUN� kata beliau.

Menurut Dr. Syed, alasan-alasan yang boleh dianggap wajar termausk hal-hal peribadi seperti moral dan korupsi serta akibat buruk ke atas negeri dan rakyat seandainya seorang calon dilantik.

�Sehubungan ini, maka perlulah pihak istana memberikan penjelasan mengapa ia membuat keputusan yang berbeza untuk menenangkan keadaan� terangkan Dr. Syed.

Beliau juga membandingkan sikap Umno di Terengganu berbanding dengan Perak.

�Apabila seorang pemimpin DAP menganjurkan agar semua ADUN dari partinya memboikot angkat sumpah MB Perak baru-baru ini, beliau bertubi-tubi dituduh dalam tunjuk-tunjuk perasaan yang dikaitkan dengan sesetengah ahli Umno sebagai menderhaka, walaupun setelah beliau meminta maaf.

�Mengapakah pimpinan tertinggi Umno tidak mahu menyekat ADUN-ADUN Umno di Terengganu yang merancangkan boikot juga? Adakah parti luar kerajaan tidak boleh melakukan apa yang pihak kerajaan Umno boleh bermaharajalela melakukan?� tanya Dr. Syed, yang menegaskan bahawa Umno hendaklah memberhentikan amalan dwi-standard seperti ini.
admin @ March 25, 2008


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: