Saturday, March 8, 2008

PEMIMPIN GERAKAN IKHWAN DI EROPAH GESA RAKYAT MALAYSIA SOKONG PAS

(JANGAN LUPA! SABTU HARI MENGUNDI!)
(UNDI PAS / UNDI BA)



BuletinOnline
PEMIMPIN GERAKAN IKHWAN DI EROPAH GESA RAKYAT MALAYSIA SOKONG PAS

The image “http://buletinonline.net/images/berita5/kamalh.gif” cannot be displayed, because it contains errors.
Pemimpin Gerakan Ikwan Muslimun di United Kingdom, Dr Kamal al-Helbawy menggesa rakyat Malaysia supaya menyokong PAS di dalam Pilihanraya Umum ke-12 akan datang. Dalam satu wawancara besama wartawan Kelab Maya Barisan Rakyat Malaysia (Eropah) (www.bahankempen. com), beliau menyatakan bahawa demokrasi dan kebebasan sepatutnya boleh memberikan peluang kemenangan kepada Islam untuk memerintah di dunia ini.

Dr Kamal yang merupakan pengasas kepada Muslim British Association (MBA), penaung kepada gerakan-gerakan Islam di United Kingdom turut mengkritik amalan politik di Malaysia . Beliau berpandangan yang kebebasan berpolitik lebih dinikmati di Indonesia , selain menggesa Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya lebih bersifat terbuka dan adil di dalam berhadapan dengan pembangkang.

Dalam wawancara ringkas yang boleh dicapai di sini dan di sini, Dr Kamal turut menyatakan kekagumannya terhadap ketokohan dan integriti yang ditunjukkan oleh Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz bin Nik Mat dan Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang di dalam pengalaman mentadbir negeri Kelantan dan Terengganu. Bagi beliau, kedua-dua mereka perlu menjadi pilihan rakyat di dalam pilihanraya yang akan datang. Beliau turut menyebut nama pimpinan PAS yang lain seperti Ustaz Azizan Razak, Ustaz Hasan Syukri dan Ustaz Yahya Othman yang pernah bersama-sama dengan beliau di dalam gerakan Islam di peringkat antarabangsa. Beliau juga mengkritik tindakan kerajaan mengadakan pilihanraya lebih awal bagi menafikan kelayakan Dato' Seri Anwar Ibrahim bertanding di dalam pilihanraya yang dianggap beliau sebagai pemimpin berkarismatik dan bersih.

Dr Kamal turut menyeru kepada seluruh pertubuhan Islam dan kumpulan nasinonalis supaya bersatu dan bersama-sama mendokong perjuangan PAS sebagai wadah utama memenangkan Islam dan membawa keadilan sejagat di tanahair.

Mengulas pandangan Dr Kamal tersebut, Dr Abu Tuah bin Hisyam yang merupakan Pengerusi Himpunan Teknokrat dan Profesional Melayu Eropah (HEMAT Eropah), sebuah badan profesional dan teknokrat Melayu yang bekerja di seluruh benua tersebut turut berkongsi idea yang sama. Beliau yang bekerja sebagai Research Fellow di sebuah universiti terkemuka di London menyatakan yang rata-rata komuniti Melayu di United Kingdom dan Eropah mengharapkan perubahan di dalam pemerintahan negara. Rakyat Malaysia telah diperbodohkan sejak pemerintahan UMNO dan Barisan Nasional.

"Kami daripada jauh dapat melihat kebobrokan pemerintahan negara di bawah kerajaan Barisan Nasional. Kebebasan yang sepatutnya dinikmati oleh rakyat telah dirampas sewenang-wenangnya. Imej negara semakin buruk di dalam media Eropah, kerana kesempitan di dalam amalan demokrasi serta penipuan yang ketara di dalam sistem pilihanraya. Pemikiran rakyat telah ditutup dengan pelbagai penipuan dan akta ancaman ala diktator. Rakyat tidak lagi bebas bersuara, walaupun kebebasan itulah yang merupakan intipati kepada ajaran Islam yang diamalkan secara meluas di barat sehingga mereka mampu menjadi bangsa yang menguasai tamadun dunia sekarang ini," ujar Abu Tuah.

Mengulas mengenai kemenangan PAS, beliau berkata, "Mungkin tidak pada pilihanraya kali ini. Rakyat Malaysia masih dibelenggu pemikiran mereka. PAS perlu bekerja dengan lebih keras lagi, dan yang pastinya ianya akan menjadi lebih mudah sekiranya seluruh gerakan Islam yang lain bersatu di bawah PAS, selain melunakkan penampilan supaya dapat berkongsi rahmat Islam kepada bangsa-bangsa yang lain."


UNDI PAS
UNDI PAS
UNDI BA


HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov. himpunan. info/
Lawati laman Bersih di http://bersih. org/


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: