Thursday, March 6, 2008

Pembatalan dakwat kuku - Laporan SB-SB ... BN kalah teruk jika tidak tipu.

"Salmah Ahmad" salmahumno@yahoo.com

SPR terpaksa menipu lagi.
Laporan SB-SB seluruh Malaysia mengatakan BN akan
kalah teruk jika pengundi dibenarkan mengundi hanya
sekali sahaja.
Tanda dakwat terpaksa dibatalkan supaya
pengundi-pengundi hantu tajaan BN boleh mengundi
banyak kali.

Malaysia tidak boleh berubah melalui Pilihanraya.
Rakyat perlu mengubah melalui perhimpunan jutaan di
Jalanraya.

Parti-parti Pembangkang dijangka akan sepakat
memBOIKOT Pilihanraya pada hari Sabtu ini.

Tidak ada faedahnya menyertai Pilihanraya yang paling
kotor dengan penipuan dalam sejarah dunia.

BOIKOT Pilihanraya Sabtu 8 Mac 2008 ini !!!
BOIKOT Pilihanraya Sabtu 8 Mac 2008 ini !!!
BOIKOT Pilihanraya Sabtu 8 Mac 2008 ini !!!

http://www.harakahd aily.net/ index.php? option=com_ content&task= view&id=12960& Itemid=28

Pembatalan dakwat kuku untuk jamin mandat selesa
kepada PM
Oleh: Abdul Halim Mohd Rashid

KOTA BHARU, 4 Mac (Hrkh) - Tindakan Suruhanjaya
Pilihan Raya (SPR) membatalkan penggunaan dakwat pada
kuku dalam pilihan raya umum 8 Mac ini mengesahkan
bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Badawi
amat terdesak untuk mendapat mandat yang beliau anggap
selesa bagi meneruskan pemerintahan beliau yang
sepatutnya sepenggal sahaja, kata Ketua Penerangan
PAS, Haji Mahfuz Omar.

Tindakan itu, katanya, boleh dituduh mempunyai tujuan
untuk membolehkan pengundi-pengundi yang ditaja oleh
Barisan Nasional (BN) mengundi berikali-kali untuk
memastikan kemenangan parti itu.

Tindakan itu juga sekaligus menyebabkan ramai pihak
semakin yakin bahawa kad-kad pengenalan palsu telah
dikeluarkan secara besar-besaran untuk membolehkan
seseorang pengundi mengundi sehingga berkali-kali,
katanya lagi.

Malah, kata Mahfuz, pembatalan itu mengesahkan
jangkaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir
Mohamad, bahawa pilihan raya kali ini adalah yang
paling kotor dalam sejarah.

Petang ini, dalam sidang akhbar di sini yang turut
dihadiri oleh Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail
dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, Pengerusi
SPR, Tan Sri Ab Rashid A Rahman mengumumkan bahawa SPR
memutuskan penggunaan dakwat pada kuku semasa
pengundian pada pilihan raya umum 8 Mac ini
dibatalkan.

"Penggunaan dakwat pada kuku boleh membantu
mengelakkan pengundian berkali-kali oleh seseorang
pengundi yang ditaja oleh pihak yang mempunyai kuasa.
Pembangkang tidak ada kuasa.

"Sebab itulah tindakan ini boleh dituduh mempunyai
tujuan untuk membolehkan "hantu- hantu" tajaan Perdana
Menteri dan BN, yang dibekalkan dengan kad-kad
pengenalan yang dikeluarkan secara besar-besaran,
mengundi berkali-kali, " katanya ketika dihubungi.

Tindakan SPR itu juga mengesahkan bahawa BN berada
dalam keadaan yang sangat terdesak berikutan
kebangkitan rakyat yang sudah tidak tahan lagi
menanggung kesengsaraan selama empat tahun di bawah
pemerintahan Abdullah.

"Bagaimana hendak menafikan bahawa BN khususnya
Perdana Menteri yang mengarahkan pembatalan penggunaan
dakwat kuku itu?

"Bagaimana hendak menafikan bahawa BN khususnya
Perdana menteri telah mengarahkan supaya disediakan
kad-kad pengenalan palsu untuk membolehkan
pecacai-pecacai upahan mereka mengundi berkali-kali
demi menjamin mandat kepada kepimpinan Perdana Menteri
tidak dipersoalkan oleh ahli-ahli Umno sendiri selepas
ini?" beliau mempersoalkan.

Beliau menyeru Yang di-Pertuan Agong yang
memperkenankan perlantikan Abdul Rashid dan ahli-ahli
SPR yang lain supaya campur tangan untuk menyelamatkan
rakyat dari terus dihina dengan
pembohongan- pembohongan SPR khususnya Abdul Rashid.

"Dulu kata hendak pakai dakwat pada kuku, lepas itu
kata ia hanya pilihan dan sekarang membatalkan pula.
Mula-mula kata mesti matikan setem pada borang
pencalonan dan selepas itu kata tidak perlu pula.
Suruhanjaya pembohong seperti ini memalukan Yang
di-Pertuan Agong yang memperkenankan perlantikan
mereka.

"Saya menyeru Yang di-Pertuan Agong dan Majlis
Raja-Raja Melayu supaya campur tangan," katanya.

Beliau juga menyeru rakyat supaya bangkit menentang
penghinaan SPR ke atas mereka.

*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: