Monday, March 3, 2008

PAS yakin tambah kerusi di Kedah

"Dunya" reliefburden@yahoo.com.sg

PAS yakin tambah kerusi di Kedah
Nash Rahman | Mar 1, 08
Berasaskan kepada sambutan pengundi terhadap parti tersebut kali ini, PAS Kedah yakin bukan sahaja mampu mempertahankan lima kerusi negeri yang diwakilinya sekarang, tetapi juga berpeluang memenangi beberapa kerusi lagi 8 Mac ini.

amiruddin hamzahPemimpin PAS Kedah, Amiruddin Hamzah yang juga penyandang kerusi negeri Anak Bukit berkata penilaian pihaknya mendapat pengundi terus menyokong parti tersebut.

"Kita juga mendapat sambutan yang menggalakkan dari masyarakat Cina dan India. Mereka minta kita mengadakan program. Kita akan dapat undi mereka," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

"Sehingga ini, penilaiannya ialah prestasi kita kali ini akan lebih baik daripad 2004. Saya tidak mahu terlalu optimistik tetapi Insya-Allah kita mampu mengekalkan kerusi kita serta menambah kerusi baru,"
kata Amiruddin.

giant flag pas010308Selain kerusi negeri Anak Bukit, PAS memenangi empat lagi kerusi negeri dalam 2004, iaitu Tokai, Belantek, Sungai Limau dan Bukit Pinang.

Amiruddin berkata, Tokai dan Sungai Limau merupakan kubu kuat PAS dan parti itu yakin mampu mempertahankannya.

Bagaimanapun, beliau berkata, pihaknya perlu bekerja lebih kuat di kerusi Bukit Pinang dan Belantek kerana ada pertambahan pengundi baru, terutama pengundi pos.

Undi pos

"Undi pos tidak telus, kita sendiri tidak dapat menyaksikannya. ..(selama ini) undi pos merupakan talian hayat bagi BN.

"Insya-Allah kita akan mampu mengekalkan kelima-lima kerusi PAS sekarang," kata Amiruddin.


Di samping itu, tambah beliau, terdapat juga faktor-faktor lain yang memperlihatkan perkembangan yang baik untuk partinya.

"Bila perdana menteri datang (ke Kedah), diikuti oleh timbalan perdana menteri, maka tentunya adalah laporan atau risikan yang kurang menyenangkan BN, khususnya Umno," kata beliau.

Katanya, kerusi-kerusi lain yang mampu dimenangi PAS ialah Ayer Hitam, Kota Seputeh, Alor Mengkudu, Pengkalan Kundur, Kubang Rotan, Kuala Ketil dan Bayu.

Rakan pembangkang

pkr  flag alor star 010308"Kita harap prestasi rakan pembangkang kita dari PKR kali ini lebih baik dari dulu seperti di kerusi seperti Lunas yang pernah kita menang dulu, Bakar Arang, Sidam, di mana terdapat ramai pengundi Cina. Tengok trend, mereka dalam keadaan yang baik," katanya.

Mengenai tanggapan sesetengah pihak bahawa pilihanraya awam ke-12 kali ini turut mengembalikan suasana pilihanraya umum 1999, Ami
ruddin berkata:

"Bezanya isu-isu pada tahun 1999 adalah mengenai seorang individu, tetapi kali ini ia membabitkan ramai orang terjejas ekoran kenaikan harga barang.

"Jadi gelombangnya membabitkan hampir ke seluruh rakyat. Dulu tertumpu kepada seseorang individu yang dianiaya dan sebagainya."

Sekarang, katanya, isu-isu yang dibangkitkan membabitkan semua orang - sama ada anda orang PKR, Umno atau PAS.

Amiruddin berkata, PAS berharap untuk mencatatkan kemenangan yang lebih besar daripada 1999 apabila pengundi meluahkan rasa ketidakpuasan mereka melalui peti undi.


------------ --------- -
RM18,000 derma kilat di Marang
Muda Mohd Noor | Mar 1, 08
PAS berjaya mengutip lebih RM18,000 dalam ceramah besar di Kampung Pengadang Baru dekat Kuala Terengganu malam tadi.

hadi awang 010807 Ceramah tersebut dihadiri oleh barisan pemimpin utama parti itu � mursyidul am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang, naib presiden Mohamad Sabu dan pesuruhjaya Terengganu Datuk Mustafa Ali.

Selain untuk kempen, ceramah besar-besaran itu diadakan dipercayai sebagai persediaan awal parti itu berdepan dengan kempen BN yang membawa Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pagi tadi.

Ceramah PAS diadakan di kawasan parlimen Marang yang ditandingi oleh Abdul Hadi dan juga kawasan DUN Alor Limbat yang ditandingi Mustafa.

Kira-kira 5,000 penyokong parti Islam itu menghadirinya yang menyebabkan kesesakan lalulintas sekurang-kurangnya satu kilometer dari tempat ceramah.

Dalam ucapannya, Abdul Hadi mempertahankan tindakannya mengeluarkan kenyataan bahawa seseorang boleh mengumpat calon-calon bertanding sepanjang tempoh berkempen dalam pilihanraya umum.

Beliau sebelum ini dilaporkan berkata mendedahkan kelemahan dan keaiban calon bertanding dibolehkan dalam Islam kerana urusan itu memerlukan tanggungjawab dan ketelusan yang tinggi.

Beliau juga membandingkan kebenaran Islam mendedahkan keaiban calon isteri atau tuning kerana urusan perkahwinan.

'Dedah kelemahan'

Semalam, Abdul Hadi berkatanya, di sisi agama, ulama-ulama fekah merumuskan bahawa dalam keadaan-keadaan tertentu mengumpat boleh menjadi wajib dan pada waktu-waktu tertentu mengumpat boleh pula menjadi haram.

nik aziz 01 Nik Aziz, yang bersetuju dengan hujah Abdul Hadi itu, berkata mengumpat dibolehkan semasa berkempen.

"Ada masanya kita boleh mengumpat. Sama seperti sunat berbohong. Orang Umno kenalah belajar agama sikit," katanya.

Abdul Hadi juga berkata pemimpin-pemimpin Umno sengaja memperbesar- besarkan isu keengganannya bersalam dengan calon BN di parlimen itu, Datuk Dr Ahmad Ramzi Muhammad Zubir, pada hari penaman calon Ahad lalu.

"Tiap-tiap hari, akhbar memainkan isu saya enggan bersalam dengan Dr Ahmad Ramzi tetapi perkara sebenarnya ketika itu tiada orang hulur tangan, bagaimana saya hendak bersalam?

"Saya dengar pemberita kata mahu ambil gambar selepas saya selesai buat sidang media tetapi tiada orang yang hulur tangan kepada saya," katanya.

mustafa ali 02 Sebelum itu, Mustafa mendakwa, beliau mendapat tahu bahawa ada usaha untuk membawa masuk kira-kira 80,000 pengundi luar untuk mengundi di Terengganu pada 8 Mac ini.

Langkah ini satu usaha jahat pihak tertentu untuk memastikan BN terus menang dalam pilihanraya umum kali ini, tambahnya.
------------ --------- --------- ----
Calon PAS jatuh bumbung rumah
Mar 1, 08
Calon PAS bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Perlis, Ahmad Tajuddin Salleh cedera dan dimasukkan ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di Kangar apabila jatuh setinggi empat meter ketika membaiki bumbung rumahnya yang bocor di Sanglang.

Kejadian berlaku kira-kira jam 9 pagi tadi ketika Pengerusi Badan Kebajikan PAS Perlis itu membaiki sendiri bumbung rumahnya yang bocor di bahagian dapur, sebelum keluar berkempen.

Menurut Bernama, bekas setiausaha badan perhubungan PAS Perlis itu yang cedera di kaki dan dahi dikejarkan ke hospital oleh anaknya.

Ketika ditemui di katil hospital, Ahmad Tajuddin, 57, bagaimanapun berkata kejadian itu tidak akan mematahkan semangatnya untuk berkempen malah esok
beliau akan menyampaikan mesej secara bertulis kepada pengundi mengenai janji yang akan dilakukannya sekiranya dipilih sebagai wakil rakyat.

"Saya tak tahu sampai bila saya akan berada di hospital. Kalau diikutkan hati saya nak keluar hari ini juga untuk berkempen," katanya.

Mesej bertulis

Beliau yang berbalut pada kakinya berkata beliau terpaksa menggunakan kerusi roda untuk berkempen.

Ahmad Tajuddin sebelum ini tewas dua kali pada pilihan raya umum 1986 di kerusi DUN Utan Aji dan 1995 di DUN Kuala Perlis.

Kali ini beliau akan ditentang muka baru BN, Mat bin Hassan.

Kuala Perlis mempunyai 8,287 pengundi yang kebanyakannya adalah nelayan.


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: