Sunday, March 16, 2008

Pakat Semua Adun BN Sertai Pembangkang - Shahidan MB Baru

"umar faruqi" faruqi03@yahoo.com

Pakat Semua Adun BN Sertai Pembangkang - Shahidan MB Baru
Posted on Saturday, March 15 @ 18:54:57 MYT by SongkokPutih
Artikel Oleh TARMIZI MOHD JAM

 KHABARNYA Shahidan Kasim yang diketepikan dari menjadi Menteri Besar Perlis akan bertindak bersama para Adun lain yang menjadi proksinya menjadi pembangkang dalam Dun negeri itu.

Ia bergantung kepada sejauh mana dirinya tidak dilantik dari menerajui Perlis penggal ini.

Namun, para penyokongnya dikumpulkan sekali lagi seperti diawal pembubaran parlimen bagi mengasak Istana agar menarik balik perkenan Sultan memilih Datuk Dr. Isa Sabu sebagai MB yang baru.


Menurut sumber, pihak Istana tidak akan akur dengan karenah Shahidan yang kini dilihat "tidak jauh perangainya" macam Lim Kit Siang di Perak.



Untuk rekod, dalam kes di Perak, Lim akhirnya memohon maaf dengan Raja Dr. Nazrin atas sikap melampau dan biadapnya untuk memboikot Majlis Angkat Sumpah MB Perak, Ir Nizar Jamaluddin.



Sehingga kini, Shahidan belum memohon maaf kerana dia sedang berjuang bermati-matian untuk mendapatkan semula kerusi empuk Menteri Besar Perlis itu.



Jika gagal, bermakna dia akan mengetuai pakatan pembangkang BN (Team B) untuk berdepan dengan MB barunya, Isa Sabu.



Sekaligus, "Koridor Pembangkang" menjadi lengkap dan makin kuat dari segi semangatnya apabila Shahidan bertindak menjadi pembangkang dalam dewan itu.



Namun begitu, masih terdapat cara lain lagi untuk Shahidan menjadi Menteri Besar, jika itu yang dihajatinya.



Mahu tidak mahu, dia patut melakukannya. Tiada harapan besar yang dia akan terpilih lagi pada PRU 13. Ini adalah penggal terakhirnya menjadi wakil rakyat, jika bersama BN.



Kepada Shahidan, saya menasihati jalan mudah untuk menjadi Menteri Besar dan menafikan Isa Sabu serta perkenan Sultan itu, ialah dengan membentuk pakatan bersama kalangan Adun BN, menyeberang dan mengistiharkan menyertai PAS-PKR.



Dengan cara ini, seperti tindakan yang dilakukan oleh Pairin Ketinggan dulu di Sabah, sekaligus Perlis menjadi negeri milik pembangkang.



Saya yakin, Shahidan mampu melakukannya. .. Cara ini lebih berkesan dari dia terus duduk menjadi pembangkang dalam Dun semata-mata mahu menunjuk kuat dengan Isa Sabu.



Sudah tentulah, dari semangat politiknya tiada siapa berhak untuk menuntut jawatan Menteri Besar itu kerana PAS hanya menang satu kerusi sahaja di Dun Simpang Empat melalui Rus'sele Eizan dan PKR tewas semua kerusi yang ditandinginya.



Dan sudah tentulah, Anwar tiada keberatan untuk mengizinkan Shahidan menjadi Menteri Besar Perlis yang baru dari pakatan PAS-PKR di sana...



Shahidan boleh memilih untuk menyertai PAS atau PKR. Jika dia terpilih menjadi MB, maka bertambahlah seorang lagi MB dari PAS atau PKR, yang kali ini datangnya dari Perlis!



Semuanya ini serba mungkin... macam tiada dalam kotak minda kita tentang akan wujudnya kerajaan pembangkang di Kedah, Perak (atau mungkin juga di Pulau Pinang) dan Selangor sebelum ini


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: