Monday, March 17, 2008

Pak Lah tergugat dengan tindakan Istana?

"Chemical Romance" poji2ya@gmail.com

Pak Lah tergugat dengan tindakan Istana?
Posted on Sunday, March 16 @ 01:17:12 MYT by greenboc
Analisis Isu Oleh kelantankini

"a
WALAUPUN Barisan Nasional memenangi Perlis dan Terengganu dengan majoriti besar, namun pembentukan kerajaan kedua-dua negeri terus menimbulkan masalah, bahkan lebih teruk daripada situasi yang berlaku di Perak (yang dimenangi Barisan Alternatif).

BN mengekalkan 24 daripada 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu pada Pilihan Raya Umum, 8 Mac lalu, manakala di Perlis BN memenangi 14 daripada 15 kerusi DUN!

Kemenangan besar itu nampaknya seolah-olah tidak bermakna ekoran pembentukan kerajaan kedua-dua negeri berkenaan menimbul banyak masalah.

Semalam, pelantikan Menteri Besar Perlis menimbulkan kekalutan apabila calon diperkenan Raja Perlis merangkap Adun Bintong, Dato' Dr Md Isa Sabu cuba disanggah oleh Dato' Seri Shahidan Kassim, penyandang jawatan dan juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri.

Hari ini pula kedudukan menteri besar Terengganu masih lagi misteri apabila tiada sebarang tindakan atau tanda-tanda calon yang layak dilantik.

Ia seolah-olah sedang mengulangi fenomena pelantikan menteri besar Perlis apabila istana memilih calonnya sendiri, Dato' Md Isa Sabu, dengan mengetepikan calon yang disokong Perdana Menteri, Dato' Seri Shahidan Kassim.

Pagi tadi pertemuan antara semua wakil rakyat BN dengan Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) Terengganu yang dijadual di sebuah hotel tiba-tiba dibatalkan.

Pertemuan itu dilapor dibatalkan melalui mesej SMS oleh Pengelola Istana, Mohd Yasim Awang kepada 23 wakil rakyat terbabit kira-kira jam 9 pagi tadi, hanya dua jam sebelum ia diadakan.

Ia dibatalkan tanpa alasan yang jelas, dilaporkan atas arahan pihak istana sendiri.

Menurut satu sumber yang dipetik Bernama, pertemuan itu tidak pasti sama ada akan diadakan semula akan datang. Pembatalan di saat-saat akhir ini sekali gus memanjangkan lagi spekulasi bahawa Idris tidak akan dilantik semula sebagai menteri besar.

Perjumpaan antara 23 Adun BN dan MPPR itu, yang tidak dihadiri Idris Jusoh selaku Pengerusi BN negeri adalah berkaitan isu pelantikan Menteri Besar yang sudah berlarutan sejak seminggu lepas hingga menimbulkan pelbagai spekulasi mengenai siapa calon yang bakal mengisi jawatan itu.

Menurut Bernama, salah seorang wakil rakyat berkenaan berkata, kesemua mereka bergegas ke Putrajaya malam tadi, selepas menerima SMS daripada Pengelola Istana pada pukul 3 petang semalam, yang memanggil mereka untuk menghadiri perjumpaan itu.

Bagaimanapun, kira-kira dua jam setengah sebelum perjumpaan diadakan satu pesanan ringkas (SMS) dihantar oleh Mohd Yasim Awang memaklumkan pembatalan pertemuan itu.

Adun berkenaan menambah, mereka juga mengadakan pertemuan selama setengah jam dengan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi pada pukul 3.15 petang tadi, bagi menerangkan mengenai isu pelantikan Menteri Besar.

"Perdana Menteri telah sedia maklum mengenai perkara ini. Beliau minta kami bersabar dan perkara itu akan diselesaikan secepat mungkin," katanya.

Pihak Istana dikatakan mempunyai calonnya sendiri, tetapi Umno negeri cuba mempertahankan Idris sebagai ketua kerajaan. Dua nama yang disebut-sebut bakal mengetuai kerajaan Terengganu iaitu wakil Kijal, Dato' Ahmad Said dan wakil Ajil, Dato' Rosol Wahid, tidak kelihatan pada pertemuan dengan Perdana Menteri.

Misteri kedudukan menteri besar Terengganu mula merebak kepada umum selepas majlis angkat sumpah Idris yang dijadual di Istana Maziah pertengahan minggu ini ditangguhkan secara mendadak dan hingga kini tarikh itu masih belum ditetapkan.

Idris memegang jawatan Menteri Besar Terengganu sejak 2004 selepas BN menang besar dengan merampas negeri itu daripada PAS.

http://kelantankini .com/blog"


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: