Monday, March 24, 2008

Pak Lah enggan berganjak keputusannya lantik Idris Jusoh

"umar faruqi" faruqi03@yahoo.com


Posted on Sunday, March 23 @ 20:38:16 MYT by greenboc
Berita Oleh kelantankini

"a
PERDANA Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dilaporkan enggan berganjak daripada keputusannya melantik Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu, Dato' Seri Idris Jusoh sebagai Menteri Besar negeri itu.


Menurut Abdullah, pelantikan Idris tidak akan berubah kerana ia berdasarkan majoriti sokongan yang diberikan oleh Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) kepada bekas menteri besar itu.

Sehubungan itu beliau menyifatkan pelantikan Adun kawasan Kijal, Dato' Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu sebagai tidak mengikut Perlembagaan.

"Semua Adun yang bilangannya agak besar itu tetap menyokong Dato' Seri Idris Jusoh. Itu satu perkara yang tidak ada perubahan daripada segi sokongan.

"Dengan itu, maka sebarang lantikan yang dibuat terhadap orang lain itu, tidak kena dengan Perlembagaan, " kata Abdullah ketika diminta mengulas mengenai tindakan 22 Adun daripada Barisan Nasional (BN) Terengganu yang membantah pelantikan Ahmad Said.

Ahmad, 51, menerima watikah perisytiharan pelantikan sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru daripada Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) yang disampaikan oleh Yang Dipertuanya, Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman dalam satu upacara tertutup di Istana Tetamu di Kuala Terengganu, pagi tadi.

Sementara itu Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyarankan Perdana Menteri dan Idris Jusoh supaya menghadap pihak istana negeri itu bagi menyelesaikan isu pelantikan Menteri Besar Terengganu yang kian meruncing.

Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, jika terdapat sebarang masalah antara Idris dengan pihak istana, ia perlu diselesaikan segera supaya tidak memberi kesan kepada rakyat.

Menurutnya, isu pelantikan Menteri Besar Terengganu harus ditangani dengan cara terbaik kerana yang penting adalah hati rakyat harus dijaga kerana mereka mungkin akan merajuk dan menyebabkan Barisan Nasional (BN) kehilangan negeri itu pada pilihan raya umum akan datang.



*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: